Rabu, 23 Disember 2020

AMK S'gor: Parlimen Ampang akan jadi pusara politik Zuraida

 Pemuda PKR (AMK) Selangor menempelak setiausaha politik kepada Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin, Nor Hizwan Ahmad yang merupakan susulan cadangan agar menamakan ketua pembangkang baru bagi menggantikan Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Pengarah Komunikasi AMK Selangor Mohd Khairool Ngadon berkata, Hizwan tidak perlu sibuk dengan urusan Pakatan Harapan (PH).



Sebaliknya, kata Mohd Khairool, Hizwan seharusnya lebih merisaukan masa depan politik bosnya sendiri.

"AMK Selangor akan memastikan Ampang menjadi pusara politik Zuraida sekiranya beliau kekal bertanding di kawasan tersebut pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 nanti.

"Telah sampai masanya pengundi Parlimen Ampang memilih wakil rakyat yang lebih berintegriti dan bertanggungjawab dalam membela kepentingan dan kebajikan mereka," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Hizwan sebelum ini melontarkan pandangan bahawa sudah tiba masanya pembangkang menamakan ketua pembangkang baru.

Dia berkata demikian sebagai mengulas mengenai dakwaan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berhubung Perikatan Nasional (PN) yang disifatkan mengamalkan “politik khianat”.

Nor Hizwan berkata kenyataan Khalid tersebut sepatutnya ditujukan kepada Anwar yang menurutnya menyebabkan ketidakstabilan politik dan ekonomi dengan mendakwa mempunyai sokongan yang cukup untuk menukar kerajaan.

Kenyataan Nor Hizwan itu hadir ketika kredibiliti Anwar dipersoal selepas PH gagal menolak Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat meskipun pada September Anwar mendakwa mempunyai sokongan yang cukup.

Zuraida memenangi kerusi parlimen Ampang pada PRU 2008 ketika bertanding mewakili PKR dan terus mempertahankan kerusi itu sejak itu.

Bagaimanapun, Zuraida meninggalkan PKR bersama kumpulan yang diterajui Mohamed Azmin Ali dalam Langkah Sheraton pada Feb lalu, yang menyumbang kepada kejatuhan kerajaan PH di peringkat pusat.

https://www.malaysiakini.com/news/556235

Tiada ulasan:

Catat Komen

[Gempar] Pemimpin Armada ditangkap miliki ganja dalam jumlah besar

 Seorang tokoh Pemuda Bersatu (Armada) telah ditangkap polis pada 20 Jan lalu atas dakwaan memiliki dadah dalam jumlah yang besar. Perkara i...