Jumaat, 4 Disember 2020

Cubaan tukar kerajaan ini penderhakaan dan pengkhianatan, kata wakil PAS

 Seorang exco kanan menganggap usaha menukar pemimpin kerajaan yang berlaku dalam dewan undangan negeri hari ini adalah suatu "penderhakaan dan pengkhianatan".

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak, Razman Zakaria, berkata usul yang dibawa Adun Pengkalan Baru, Abdul Manaf Hashim memang tepat dan mesti disokong semua.



Kata Razman sebelum ini Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu sanggup meninggalkan kerusi yang dipegangnya dalam Pakatan Harapan (PH) untuk bersama-sama parti lain membentuk kerajaan yang stabil.

"Maka usul yg dibawa Pengkalan Baru (Abd Manaf) ini amat tepat sekali untuk kita di barisan ini (kerajaan) untuk memberi sokongan kepada Chenderiang," katanya semasa berucap sebelum pengundian terhadap usup percaya dijalankan pagi ini.

Mahu permimpin dipercayai semua

Menggunakan kiasan "gila talak" wakil Umno itu berkata sebenarnya ada perjanjian bertulis dibuat sebelum kerajaan Perikatan Nasional dibentuk di Perak beberapa bulan lalu.

Katanya kegagalan perjanjian itu ditunaikan menjadi antara sebab dia membawa usul percaya kepada Ahmad Faizal hari ini.

"Kemudian, mungkinlah ada juga - saya bagi contoh - orang yang dah kena cerai dia pula gila talak... mungkin dalam ni dia nak berkecuali.

"Manalah tahu Umno ni jadi cina buta. Jika bertukar kerajaan nanti dia boleh pergi sana balik.

"Chor! (Adik)... Kalau dah bercerai talak tiga pun tapi sebab Umno jadi cina buta nanti bolehlah pergi balik," katanya dengan disulami ketawa.

Tidak dapat dipastikan siapa yang dimaksudkan oleh Abd Manaf itu namun dipercayai merujuk kepada beberapa bekas Adun Umno yang melompat menyertai Bersatu selepas PRU ke-14 lalu.

Pada asalnya wakil Bersatu dalam DUN Perak hanya ada seorang iaitu Ahmad Faizal. Bagaimanapun jumlah Adun Bersatu bertambah sedikit dengan tindakan beberapa pemimpin Umno melompat parti.

Dua daripadanya ialah Nolee Ashilin Mohamed Radzi (Tulang Sekah) dan Zainol Fadzi Paharudin (Sungai Manik). Selain itu turut memberikan sokongan kepada PN ialah Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim (Titi Serong), Abdul Yunus Jamahri (Kuala Krau), dan A Sivasubramaniam (Buntong).

Kata Abd Manaf, usul yang dibawa hari ini bukan bermakna Umno gila kuasa atau bersekongkol dengan DAP sebaliknya hanya mahukan sebuah kerajaan yang dipimpin tokoh dapat dipercayai semua pihak.

Baca seterusnya https://www.malaysiakini.com/news/553767?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR2qlVACjfCVT1h2xX-4CqlNAz3LLyofSWQqgNeqMzkHfjWF95SuYeO8CeA

Tiada ulasan:

Catat Komen

[Gempar] DAP pecat Adun Malim Nawar

 DAP hari ini memecat salah seorang wakil rakyatnya di Perak. Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP Ch...