Jumaat, 4 Disember 2020

Farhash nasihati MB Perak bermuhasabah diri

 Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menasihatkan Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu yang gagal mendapat sokongan majoriti daripada wakil-wakil rakyat negeri itu dalam undian percaya hari ini supaya bermuhasabah diri.

“Saya juga ingin nasihatkan Peja (Ahmad Faizal) untuk bermuhasabah diri setelah ditolak oleh parti komponen sendiri walaupun hanya sembilan bulan bersama,” katanya dalam satu kenyataan.



Menurut Farhash, Adun Perak telah menunjukkan semangat kesepakatan dalam menjamin masa depan rakyat dengan menolak menteri besar Perikatan Nasional (PN) itu.

Sebagai rekod, kerajaan Pakatan Harapan yang menerajui Perak pada pilihan raya umum ke-14 pada 2018 tumbang susulan Langkah Sheraton di peringkat pusat yang menyaksikan beberapa pemimpin kanan Bersatu dan PKR berpaling tadah.

Walau bagaimanapun, Ahmad Faizal yang turut berpaling tadah kekal sebagai menteri besar setelah partinya bergabung dengan Umno dan PAS menerusi PN.

Sementara itu, anggota parlimen Kubang Pasu, Amiruddin Hamzah yang juga adalah bekas ahli bersatu secara sinis mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Muhyiddin nYassin yang juga adalah presiden Bersatu.

“Tahniah Presiden Bersatu. 3 MB dari Bersatu dilantik selepas PRU-14, baru tadi MB Perak dijatuhkan setelah Johor dan Kedah. Hebat!” katanya dalam ciapan di Twitter.

Langkah Sheraton juga menyaksikan dua menteri besar Bersatu terpaksa digugurkan. Di Kedah, wakil PAS Muhammad Sanusi Md Nor dilantik sebagai menteri besar PN manakala di Johor, Adun Umno Hasni Mohammad dipilih sebagai menteri besar baru.

DUN Perak yang mempunyai 59 kerusi sekarang merangkumi 25 Adun BN yang semuanya daripada Umno, 16 daripada DAP, Bersatu (6), Amanah (5), PKR (3), PAS (3), dan Bebas (1).

https://www.malaysiakini.com/news/553759

Tiada ulasan:

Catat Komen

[Gempar] Pemimpin Armada ditangkap miliki ganja dalam jumlah besar

 Seorang tokoh Pemuda Bersatu (Armada) telah ditangkap polis pada 20 Jan lalu atas dakwaan memiliki dadah dalam jumlah yang besar. Perkara i...