Selasa, 8 Disember 2020

[Panas] PN Belum Pasti Sokong UMNO di Perak - Suara TV

 CYBERJAYA – Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) hari ini, yang dipengerusikan oleh Presiden BERSATU, YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Hj. Mohd. Yassin menzahirkan rasa kesal terhadap Usul Keyakinan Majoriti Ahli Dewan terhadap YAB Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.



Menurut kenyataan Media Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, MPT sebulat suara bersetuju untuk memperkukuhkan kerjasama antara BERSATU dan PAS melalui Perikatan Nasional dalam usaha mengekalkan kestabilan politik di peringkat nasional dan negeri.

Bersatu kecewa dengan usul yang dibuat oleh UMNO tetapi tidak disokong oleh UMNO dan Pakatan Harapan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak baru-baru ini.

Kenyataan media yang dikeluarkan turut tidak memberi sebarang komitmen menyokong Menteri Besar dari UMNO.

Bersatu menyatakan semua keputusan yang bakal diambil BERSATU berkaitan penubuhan Kerajaan Negeri Perak yang baharu akan mengambil kira ketetapan bersama rakan-rakan Perikatan Nasional terutama PAS yang terlibat secara langsung.

https://suara.tv/07/12/2020/pn-belum-pasti-sokong-umno-di-perak/?fbclid=IwAR2XEbQKIo42tPcKX-ENuzrzSOYTvtkke_GLOsvuI5YQkyIPs_GeQsj6JyE

Tiada ulasan:

Catat Komen

Terbaru! DAP namakan Adly calon Ketua Menteri Melaka

 Nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil, Adly Zahari diumumkan akan kembali menjawat jawatan Ketua Menteri Melaka seandainya Pak...