Isnin, 14 Disember 2020

[Najib lagi?] Maaf saya tidak mahu Najib dalam kerjasama baru nanti kata Tun M

 KUALA LUMPUR – Setelah mengumumkan kerjasama dengan dengan veteran UMNO, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dalam membentuk kerajaan baharu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Datuk Seri Najib tidak akan ada dalam kerjasama itu.

Dr. Mahathir menjelaskan sekiranya menerima bekas Perdana Menteri keenam itu, beliau akan kekal sebagai Perdana Menteri dan tidak akan melepaskan jawatannya.



“Dengan Datuk Seri Najib saya tidak boleh kerjasama. Saya minta maaf, saya dijemput untuk menjadi Perdana Menteri sebelum Tan Sri Muhyiddin jadi Perdana Menteri lagi.

“Saya kata kepada mereka satu kerajaan yang bergantung kepada Datuk Seri Najib untuk jadi kerajaan bukanlah satu benda yang saya boleh terima. Tapi Muhyiddin kata dia boleh terima. Dia ambil lah,” katanya dalam sidang media khas yang diadakan di Yayasan Al-Bukhari, hari ini.

Dr. Mahathir dan Tengku Razaleigh hari ini mengumumkan untuk bekerjasama bagi membangunkan semula negara sebagai Harimau Asia.

Beliau secara terang-terangan mengharap Ahli-ahli Parlimen di Dewan Rakyat agar menolak Rang Undang-undang Pembekalan (Belanjawan) 2021 pada sesi bacaan kali ketiga esok.

Langkah itu, kata Dr. Mahathir, penting kerana kerajaan pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat goyah. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan:

Catat Komen

Shahril Hamdan tegur Bersatu, usahlah pusing cerita dakwa Umno pula yang cetus masalah

 PETALING JAYA: Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan meminta Bersatu tidak menuduh Umno mencetuskan masalah, sebaliknya beliau mempersoalka...