Sabtu, 5 Disember 2020

Papagomo: Lantik Peja jadi menteri kanan agar 'rumah PN' tak terbakar

 Muhyiddin Yassin disaran segera melantik bekas Menteri Perak Ahmad Faizal Azumu sebagai menteri kanan di peringkat pusat sebelum "rumah PN (Perikatan Nasional) terbakar".

Gesaan itu bukanlah datang daripada mana-mana ketua Bersatu, sebaliknya seorang pemimpin Pemuda Umno.



Untuk rekod Ahmad Faizal semalam diketepikan daripada jawatannya berpunca daripada usul yang dibawa salah seorang Adun Umno dalam DUN Perak.

Exco Pemuda Umno Malaysia Wan Muhammad Azri Wan Deris berkata sebagai timbalan presiden Bersatu Ahmad Faizal perlu diletakkan pada kedudukan terkanan dalam kerajaan persekutuan.

Katanya lagi ia sesuai dengan hierarki parti Bersatu.

"Saya yakin pemimpin Umno tidak mempunyai masalah jika Peja (Ahmad Faizal) dilantik menjadi menteri kanan memandangkan keputusan melantik menteri adalah hak mutlak perdana menteri atas perkenan Yang di-Pertuan Agong," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Faizal semalam gagal mendapat undi majoriti dalam usul undi percaya dibawa Adun Pengkalan Baru, Abd Manaf Hashim, yang mewakili Umno.

Adun Chenderiang itu hanya mendapat 10 undi yang menyokong manakala 48 Adun lain menolak undi tersebut. Walaupun usul itu berbentu mahukan sokongan kepada Ahmad Faizal, kegagalan mendapatkan jumlah mencukupi membawa makna dia tidak lagi diyakini majoriti anggota DUN Perak untuk menjadi menteri besar.

Menurut Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz, perselisihan pendapat di antara Umno dan Bersatu mendorong gerakan menyingkirkan Ahmad Faizal digerakkan tidak sampai dua bulan lalu.

Ahmad Faizal merupakan menteri besar Perak sejak Pakatan Harapan (PH) mendapat mandat untuk menjadi kerajaan pusat dan negeri pada 2018. Bagaimanapun perubahan kerajaan di Putrajaya menyaksikan kerajaan PH dijatuhkan di Perak.

Ahmad Faizal bertindak mengikut langkah Bersatu dengan menarik sokongan kepada PH dan menjatuhkan gabungan tersebut. Pun begitu dia kekal menjadi menteri besar, kali ini dengan sokongan Umno dan PAS.

Muhammad Azri yang lebih dikenali sebagai Papagomo berkata lebih cepat Ahmad Faizal - yang turut memenangi kerusi parlimen Tambun pada 2018 - diserap ke dalam jemaah kabinet, ia lebih baik.

"Lebih cepat Peja diserapkan ke dalam jemaah kabinet maka ianya lebih baik bagi mengawal suhu politik negara daripada terus merebak hingga boleh menyebabkan rumah PN terbakar.

"Peja for menteri kanan!" katanya.

https://www.malaysiakini.com/news/553907?fbclid=IwAR0Qd8f-gBuHKBKceOlmo09KNlX75DUH-ko8rLrHk99Czc-ZXdAZdDdHZ_M

Tiada ulasan:

Catat Komen

Shahril Hamdan tegur Bersatu, usahlah pusing cerita dakwa Umno pula yang cetus masalah

 PETALING JAYA: Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan meminta Bersatu tidak menuduh Umno mencetuskan masalah, sebaliknya beliau mempersoalka...