Ahad, 27 Disember 2020

Permintaan tak dilayan, BN wajar tinggalkan PN

 BN seharusnya menarik sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) susulan dua tuntutan parti itu tidak layan.

Naib Ketua Pemuda PKR (AMK), Syed Badli Shah Syed Osman, berkata BN perlu berani membuat keputusan seperti saranan Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi.

"Seharusnya seluruh BN perlu menarik balik sokongan terhadap kerajaan PN bukan sekadar lima anggota Parlimen sahaja. Kerajaan PN ternyata gagal memenuhi aspirasi rakyat yang diterjemah melalui belanjawan.



"Dua tuntutan utama iaitu pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 secara 'one-off' dan lanjutan moratorium pinjaman kepada semua masih gagal dilaksanakan.

"Namun belanjawan ini tetap lulus kerana BN tidak menyebelahi rakyat sebaliknya memilih untuk menyelamatkan kerajaan Muhyiddin," kepada Malaysiakini.

Terdahulu pada 24 Dis lalu, Puad menyarankan ada antara anggota parlimen BN melakukan tindakan berani dengan menarik balik sokongan mereka kepada Muhyiddin Yassin.

Kata Puad walaupun langkah itu dilihat seolah-olah membunuh diri namun jika ia dilakukan "demi rakyat" maka tidak ada apa salahnya.

"Tarik sahaja sokongan daripada Muhyiddin sebagai perdana menteri. Nampak macam kamikaze tetapi apa salahnya, demi rakyat.

"Mungkin tidak semua (ahli parlimen BN) sanggup. Lima orang tarik sokongan pun alhamdulillah. Tiga pun OK. Gunakan hati nurani," katanya dalam satu hantaran di media sosialnya.

Tambah Syed Badli, jika BN berani melakukan perubahan dengan menolak belanjawan tempoh hari ia pasti mengembirakan rakyat.

"Kalau BN berani buat perubahan ditambah angka pembangkang 108 tempoh hari, tentunya rakyat akan gembira kerana permintaan mereka didengari.

"Justeru saya kira sudah sampai masa BN berani untuk buat keputusan keluar dari PN," katanya lagi.

https://www.malaysiakini.com/news/556606

Tiada ulasan:

Catat Komen

Shahril Hamdan tegur Bersatu, usahlah pusing cerita dakwa Umno pula yang cetus masalah

 PETALING JAYA: Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan meminta Bersatu tidak menuduh Umno mencetuskan masalah, sebaliknya beliau mempersoalka...