Rabu, 2 Disember 2020

PN cadang tubuh majlis presiden, kata Hamzah

 Perikatan Nasional (PN) bersetuju untuk mencadangkan penubuhan majlis presiden yang akan dianggotai oleh semua ketua parti dalam kerajaan PN.

Kata Setiausaha Agung PN Hamzah Zainuddin, persetujuan itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) PN yang berlangsung semalam.



Selain penubuhan majlis presiden, mesyuarat semalam turut memutuskan pelaksanaan program-program flagship bagi membantu kebajikan rakyat di seluruh negara.

“Mesyuarat MT bersetuju untuk mencadangkan pembentukan sebuah Majlis Presiden yang akan dianggotai oleh semua ketua-ketua parti kerajaan PN Nasional sebagai platform untuk membincangkan dasar-dasar kerajaan dan mengukuhkan kerjasama antara parti.

“Selain itu, mesyuarat MT juga memutuskan bahawa PN akan segera melaksanakan program-program flagship di seluruh negara untuk membantu kebajikan semua lapisan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mesyuarat MT itu diadakan bagi membincangkan persediaan menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Ia dipengerusikan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, serta dihadiri timbalan-timbalan pengerusi PN: Presiden PAS Abdul Hadi Awang, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Jeffrey Kitingan, Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP) Yong Teck Lee dan Ahmad Faizal Azumu, serta semua ahli MT yang lain.

https://www.malaysiakini.com/news/553409

Tiada ulasan:

Catat Komen

[Gempar] DAP pecat Adun Malim Nawar

 DAP hari ini memecat salah seorang wakil rakyatnya di Perak. Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP Ch...