Rabu, 30 Disember 2020

PRU 15 dijangka Jun tahun depan kata Pemimpin Pas

 Pemimpin PAS menjangkakan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) bakal berlangsung selewat-lewatnya pada Jun tahun depan.

Perkara itu diutarakan Naib Presiden PAS Mohd Amar Abdullah ketika diminta mengulas mengenai situasi politik semasa.

Menurutnya parti-parti dalam kerajaan perlu diperkukuhkan bagi menghadapi berlakunya pilihan raya.

"Hasrat parti adalah untuk mengukuhkan ketiga-tiga parti bagi mengukuhkan Muafakat Nasional dan memperkasakan Perikatan Nasional di peringkat persekutuan.



"Seperti yang saya sebut sebelum ini antara ketiga-tiga parti (PAS, Umno dan Bersatu), tidak ada parti yang boleh berdiri sendiri. Kalau kita nak jadi kerajaan yang gagal pada PRU akan datang perlu ada kerjasama yang mantap. Kerana kita tengok kerajaan sekarang tidak stabil (dari segi majoriti).

"Kita jangka PRU tahun depan, secara peribadi paling lewat pun saya rasa bulan Jun, sebab itu ketiga-tiga parti utama ini perlu merapatkan persefahaman dan kurangkan pertembungan," katanya kepada media selepas mesyuarat exco kerajaan Kelantan di Kota Bharu, hari ini

Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan berkata, kerajaan yang ada hari ini selalu diganggu oleh pihak pembangkang susulan majoriti di parlimen yang tipis.

"Dalam keadaan hari ini pun kita tengok kerajaan tidak dapat berfungsi dengan baik kerana terlalu banyak politiking, baru nak bergerak ada orang umum ada nombor, baru kita nak bergerak kawan ini kata ada nombor.

"Jadi selalu ada gangguan, tetapi kalau kita ada majoriti kukuh di parlimen kerajaan boleh berjalan tanpa gangguan. Itu yang penting," jelasnya.

Mengulas isu sama, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Mohd Redzuan Md Yusof sebaliknya dilaporkan menjangkakan PRU15 tidak akan berlangsung dalam waktu terdekat.

Malah anggota Parlimen Alor Gajah itu meramalkan ia akan diadakan menjelang tempoh penggal PRU14 yang akan berakhir pada 2023.

Katanya, kerajaan PN yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin sekarang berada pada kedudukan yang stabil terutama selepas sesi Parlimen lalu.

"Saya tak jangka pilihan raya umum akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Saya meramalkan (PRU15) pada 2023,'' katanya seperti dilaporkan Utusan Online, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Mohd Redzuan Md Yusof sebaliknya dilaporkan menjangkakan PRU15 tidak akan berlangsung dalam waktu terdekat ini.

Malah anggota Parlimen Alor Gajah itu meramalkan ia akan diadakan menjelang tempoh penggal PRU14 yang akan berakhir pada 2023.

Katanya, kerajaan PN yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin sekarang berada pada kedudukan yang stabil terutama selepas sesi Parlimen lalu.

"Saya tak jangka pilihan raya umum akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Saya meramalkan (PRU15) pada 2023,'' katanya seperti dilaporkan Utusan Online, hari ini.

https://www.malaysiakini.com/news/557035

Tiada ulasan:

Catat Komen

Najib 'tarbi' kerajaan PN kerana tidak mampu menjaga warganya sendiri yang jatuh sakit

  Memang itulah yang terjadi, mengapa Najib kritik lantang dengan kerajaan PN sekarang ini? Puncanya kerna mereka cara mereka menyelesaikan ...