Jumaat, 11 Disember 2020

Putra wujud bukan kerana jawatan – Ketua Wira

 Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dikatakan wujud bukan atas sebab kekecewaan ataupun jawatan untuk diagihkan dalam kalangan pimpinan parti.

Justeru, perwakilan dan rakyat Malaysia diingatkan sekali lagi, Putra ditubuhkan adalah untuk menjunjung kedaulatan Raja-Raja Melayu, Islam dan hak-hak bumiputera.



Malah kelahiran parti itu juga dikatakan atas dasar kesedaran terhadap kerakusan pemimpin politik lain yang akhirnya menekan rakyat.

Oleh demikian, Putra dikatakan tidak mahu dicerminkan sebagai parti retorik dalam melaungkan perjuangan Melayu, sebaliknya mewujudkan pilihan kepada rakyat untuk membela nasib mereka.

“Putra lahir dari kesedaran dampak akibat daripada kerakusan pemimpin politik dan wakil rakyat yang dahulunya turut melaung hidup Melayu tapi kini menjadi si kitol, mengkhianat bangsa sendiri.

“Sebagai contoh yang paling besar apabila pemimpin Melayu Pakatan Harapan yang membiarkan pihak-pihak tertentu untuk meratifikasi kan ICERD dan Statut Rom.

“Di mana antara usaha halus menghapuskan kuasa Raja Raja Melayu dan juga Islam sebagai agama bagi Persekutuan Malaysia.”

Kata Ketua Pergerakan Wira Putra, Nasrul Ali Hasan Abdul Latif, berucap dalam ucapan dasarnya ketika persidangan agung pertama parti itu hari ini.

Tambahnya, kesilapan pemimpin yang terpalit dengan pelbagai skandal dan rasuah perlu diperbetulkan segera.

Selain itu, perbuatan khianat dan fitnah juga harus dibersihkan supaya dapat memberikan cerminan yang baik kepada generasi muda.

Baca sambungannya disini https://suaramerdeka.com.my/putra-wujud-bukan-kerana-jawatan-ketua-wira/

Tiada ulasan:

Catat Komen

Muhyiddin sudah jadi seorang diktator dakwa Tun M

 KUALA LUMPUR Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin seorang diktator. Menur...