Selasa, 15 Disember 2020

Rundingan agihan kerusi UMNO, BN, PAS hampir selesai, kata Annuar

 KUALA LUMPUR: Rundingan pengagihan kerusi bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 antara UMNO dan parti komponen Barisan Nasional (BN), selesai hampir 90%.

Setiausaha Agung BN Annuar Musa berkata tiga pusingan rundingan dilakukan di bawah Jawatankuasa Rundingan, diketuai Mohamad Hasan berhubung perkara berkenaan.



Beliau berkata UMNO juga mengadakan dua rundingan bersama PAS, yang telah mencapai kira-kira 60 hingga 70% kesefahaman.

“Kami bersetuju 55 kerusi yang dimenangi UMNO tidak akan ditandigi PAS, dan 18 kerusi dimenangi PAS tidak akan ditandingi UMNO.

“Jika terdapat kerusi yang mana kedua-dua kalah, tetapi UMNO mendapat undi ebih banyak, maka UMNO akan bertanding, dan sebaliknya,” katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen hari ini.

Dalam pada itu, Annuar berkata BN bersetuju supaya rundingan bersama PPBM disegerakan, bagi mencapai kata sepakat berhubung kerusi yang akan ditandingi.


Tiada ulasan:

Catat Komen

Shahril Hamdan tegur Bersatu, usahlah pusing cerita dakwa Umno pula yang cetus masalah

 PETALING JAYA: Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan meminta Bersatu tidak menuduh Umno mencetuskan masalah, sebaliknya beliau mempersoalka...