Isnin, 21 Disember 2020

Syed Saddiq : bakal Koruptor?

 Siapa sangka mantan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abd Rahman telah memulai langkahnya dalam menyediakan barisan kroni kapitalis untuk karier politik beliau, seperti mentornya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beberapa hari yang lalu, Syed Saddiq telah mengumumkan pembukaan sebuah francais restoran Santan, yang dipelopori oleh Tan Sri Tony Fernandes dari AirAsia, di 163 Retail Park Bukit Kiara. Dalam pengumuman itu, Ahli Parlimen Muar itu mengatakan bahawa fokus utama beliau sebagai rakan niaga francais itu adalah untuk menyediakan peluang pekerjaan untuk anak-anak muda Malaysia.



Namun, seperti yang diketahui umum, Syed Saddiq memang merupakan seorang ahli politik yang talam dua muka. Ramai yang masih ingat tentang janji-janji manis beliau untuk anak-anak muda seperti penyediaan sejuta pekerjaan baru untuk graduan muda, pemansuhan PTPTN secara umum, dan lain-lain lagi.

malang lagi apabila rakyat yang sedang merana akibat wabak COVID-19 masih lagi ditaburi janji-janji yang sama oleh Syed Saddiq.

Negara kita berada dalam keadaan ekonomi yang tenat, yang sudah tentu akan membawa kesan yang amat buruk kepada tenaga kerja muda Malaysia. Adakah janji-janji Syed Saddiq ini mempunyai niat terselindung yang lain?

Figure 1 – Berskema lagi untuk menyeleweng duit rakyat

Untuk merungkai persoalan ini, kita perlu melihat hubungan antara Tan Sri Tony Fernandes dan Syed Saddiq. Kurang daripada 5 bulan selepas kemenangan Pakatan Harapan dalam Pilihanraya Umum ke-14 pada tahun 2018, di mana Syed Saddiq telah dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan, Tan Sri Tony Fernandes menerima lantikan sebagai pengerusi baharu Perbadanan Stadium Malaysia – sebuah jawatan yang sudah tentu mempunyai pengaruh yang besar dalam industri sukan negara.


Figure 2 – Adakah Syed Saddiq kini di bawah ibu jari Tony Fernandes?

https://tokabahkau.com/syed-saddiq-bakal-koruptor/

Tiada ulasan:

Catat Komen

Terbaru! DAP namakan Adly calon Ketua Menteri Melaka

 Nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil, Adly Zahari diumumkan akan kembali menjawat jawatan Ketua Menteri Melaka seandainya Pak...