DATUK Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tidak berminat untuk bekerjasama dengan orang yang menjatuhkan diri sendiri.
Najib berkata demikian menjawab kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menjangkakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan tumbang esok berikutan tidak mendapat sokongan semasa undian meluluskan Belanjawan 2021 bacaan kali ketiga di Dewan Rakyat.
Dr. Mahathir yang mengadakan sidang akhbar bersama Tengku Razaleigh Hamzah petang ini menawarkan diri untuk memimpin kerajaan baharu bagi memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Bekas perdana menteri dua kali itu bagaimanapun enggan bekerjasama dengan Najib dalam membentuk kerajaan baharu tersebut.
Terdahulu Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan turut mendakwa mempunyai sokongan yang cukup bagi membentuk kerajaan baharu jika PN tumbang.
PN mengambil alih kerajaan selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) runtuh selepas Dr. Mahathir meletakkan jawatan menyebabkan pergolakan dalam parti komponen.
Tiada ulasan:
Catat Komen