Jumaat, 4 Disember 2020

Undi percaya MB Perak - UMNO sudah serik diperbodohkan oleh Bersatu

Rupanya ada cerita disebalik terciduknya MB Perak Faizal Azumu (Peja) kerana undi percaya disidang Dun Perak pagi tadi, ramai juga terkejut kerana angin tiada ribut tiada tiba-tiba Peja boleh hilang sokongan dari Adun Umno. Mengapa boleh terjadi keadaan ini?

Jadi blogger Daeng selili memberi sedikit penceritaan yang mungkin keadaan pertukaran MB itu terjadi, tidak dinafikan parti Umno di Perak sudah lama sabar dengan perangai Peja yang boleh dikatakan suka buat kerja senyap-senyap tanpa berbincang dengan lebih lanjut dengan kepimpinnan tertinggi Umno Perak.

Bak kata orang mendapat.. ego jangan terlalu tinggi, nanti bakal terciduk.

Hari ini menjadi detik sejarah hitam bagi parti BERSATU Perak apabila rancangan mereka kononnya untuk menunjukkan tahap sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri Perak (ADUN) kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (Peja) tersungkur bilamana 2/3 ADUN dari semua wakil rakyat menolak Undi Percaya Kepada Menteri Besar dengan kiraan 48 (Menolak) berbalas 10 (Sokong). 1 (Rosak) – Jumlah keseluruhan kerusi DUN Perak adalah 59 Kerusi.

ada awal sesi PAGI Jumaat tadi, usul undi percaya Menteri Besar Perak itu diminta untuk dibahaskan lebih awal berbanding usul lain.

Perkara itu diusulkan oleh ADUN Temengor, Salbiah Mohamed dan ADUN Pasir Pinji, Howard Lee Chuan How atas alasan bahawa Dewan perlu membuktikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mempunyai keyakinan majoriti agar keraguan terhadap pemimpin kerajaan itu dapat dipadamkan.

Mohammad Zahir berpuas hati dengan perbahasan Salbiah kerana perkara itu dijelaskan secara spesifik serta mempunyai sokongan 37 ADUN untuk membawa usul tersebut.

Beliau kemudiannya meminta Abd Manaf membacakan usul tersebut yang turut disokong Datuk Mohd Tarmizi Idris. Sesi DUN kemudiannya dibuka untuk perbahasan oleh wakil kerajaan dan pembangkang dengan ADUN Gunung Semanggol menjadi wakil kerajaan tunggal berbahas menyokong usul tersebut.

Selepas tamat perbahasan, Mohammad Zahir mengumumkan proses pengundian belah bahagi dibuat selepas dicadangkan oleh ADUN Tebing Tinggi, Dr Abdul Aziz Bari dengan sokongan ADUN Bukit Chandan, Maslin Sham Razman.

Semua ADUN diberikan kertas undi khas untuk ditandakan sama ada menyokong, tidak menyokong atau berkecuali berserta tanda tangan.

Selepas undian dibuat, proses kiraan undi turut disaksikan wakil kerajaan, ADUN Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin dan wakil pembangkang, ADUN Simpang Pulai, Tan Kar Hing. Akhirnya Speaker DUN kemudian menangguhkan Persidangan DUN Perak pada Rabu depan.

BURUK PEJA KERANA KANDO DAN SI RAM KATIGESU

Untuk pengetahuan para pembaca blog yang budiman, Isu kepercayaan ahli dewan terhadap kepimpinan Menteri Besar Perak ini telah lama diperkatakan oleh umum, lebih lebih lagi bilamana Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebelum ini dikaitkan dengan beberapa siri pendedahan yang tular di media sosial antaranya melibatkan Setiausaha Politik Menteri Besar yang juga Ketua Bahagian BERSATU Kuala Kangsar iaitu Dato’ Iskandar Dzulkarnain atau panggilan mesranya ‘Kando’

*Beliau kini “direhatkan” atas sebab sebab yang tidak jelas dengan alasan kononnya beliau “ditugaskan” menjaga hal ehwal bagi urusan jawatan Timbalan Presiden BERSATU Malaysia yang disandang oleh Peja. (Kando kini hilang jejak bersama kisah cintanya KARAM (Kando Dan Ram Katigesu) Mungkin boleh search di Google atau Facebook tentang pendedahan ini)

(Atau mungkin selepas tindakan diambil oleh pihak berkuasa baru kita sembang pasal ini? Kalau tidak nanti orang kata hanya khabar angin)

PEJA TERUS MENCABAR KESABARAN UMNO

Jawatan Setiausaha Politik Menteri Besar Kosong ketika (Lepas Kando direhatkan) dan secara tiba tiba Datuk Aznel Ibrahim yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gerik dilantik ke jawatan itu, Perkara ini mendapat tentangan dari sekutunya UMNO Perak kerana tindakan pelantikan tersebut dibuat tanpa sebarang perbincangan bersama Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, maka jelaslah bahawa BERSATU gagal menghormati institusi UMNO yang telah berkorban dan bebaik sangka memberikan laluan untuk pemimpin BERSATU diangkat sebagai Menteri Besar Perak.

Rujuk :

Aznel Angkat Sumpah Setiausaha Politik MB Perak 

Pemuda UMNO Perak persoal lantikan setiausaha politik MB Perak

Lalu ,rasa tidak dihormati, dipersendakan dan diperbodohkan oleh BERSATU ini diterjemahkan oleh barisan ADUN UMNO pada undian pagi tadi.

SETIAUSAHA AGUNG BERSATU TERLEPAS KAPAL ATAU BELAKON SUCI

Petang tadi Setiausaha Agung BERSATU, DS Hamzah Zainudin mengeluarkan kenyataan di laman Facebook rasmi beliau yang penuh rasa kecewa.

“BERSATU sentiasa berpegang teguh dengan prinsip persefahaman dan kerjasama yang terbentuk antara parti-parti Kerajaan Perikatan Nasional sejak awal tahun ini demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.” – Facebook Hamzah Zainuddin 

Jelas apa yang disebarkan kepada rakyat jelata adalah kesalahan ini daripada UMNO. UMNO yang mengkianati BERSATU sedangkan gaya bahasa dan perbuatan yang BERSATU lalukan selama ini langsung tidak menghormati UMNO selaku parti yang mempunyai majoriti didalam pemerintahan pada hari ini.

Mungkin Hamzah lupa parti mana yang menyelamatkan negara ini apabila BERSATU kehilangan kerusi Perdana Menteri akibat daripada kerakusan pemimpin BERSATU dan Pakatan Harapan sebelum ini?

Hamzah, taubatlah ingat tuhan..

https://daengselili.net/undi-percaya-mb-perak-umno-serik-diperbodohkan-bersatu/

Tiada ulasan:

Catat Komen

Shahril Hamdan tegur Bersatu, usahlah pusing cerita dakwa Umno pula yang cetus masalah

 PETALING JAYA: Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan meminta Bersatu tidak menuduh Umno mencetuskan masalah, sebaliknya beliau mempersoalka...