Sabtu, 4 Januari 2020

Siti Kassim turut bersedih Maszlee Letak Jawatan



Peletakan jawatan Dr. Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan semalam turut mengundang rasa sedih terhadap pengkritik tegar pengajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular, Siti Kasim.

Peguam tersebut berkata, beliau sedar bahawa segelintir masyarakat mungkin berpendapat dia berasa gembira dengan peletakan jawatan tersebut.

Namun menurut Siti Kasim, dia sebenarnya berasa sedih kerana amat berharap Maszlee dapat melakukan perubahan dalam sistem pendidikan namun berakhir dengan peletakan jawatannya dalam Kabinet.

“Saya tahu orang mungkin fikir saya gembira dengan berita itu. Percayalah, saya rasa sebaliknya.

“Rasa sedih jadi begini akhirnya. Saya berharap dia berusaha melakukan perubahan kerana kita semua tahu taraf pendidikan kita adalah jauh lebih rendah,” kata Siti Kasim.

Siti Kasim juga merupakan Pengasas Malaysian Action for Justice and Unity (Maju) sebuah badan bukan kerajaan yang aktif menentang pengajaran tulisan Jawi di sekolah jenis kebangsaan.

Beliau sebelum ini menegaskan tulisan Jawi adalah isu yang tiada bezanya dengan penulisan Sanskrit atau Latin yang telah pupus dari segi penggunaan, pengetahuan dan pendidikan. Katanya, tulisan Jawi tidak sepatutnya mempunyai tempat sebagai subjek kurikulum wajib walau dari segi apa pun.

Menurut Siti Kasim, selepas peletakan jawatan sebagai Menteri Pendidikan serangan ke atas Ahli Parlimen Simpang Renggam itu perlu dihentikan.

“Saya berpendapat kita harus menghentikan serangan terhadap beliau sekarang dan bergerak ke hadapan.

“Saya hanya berharap sesiapa yang menggantikannya akan mengambil tahu tentang banyak perkara yang saya tulis mengenai pendidikan,” kata Siti Kasim.

Peguam itu sebelum ini pernah menyuarakan padangan bahawa kualiti dan standard Pendidikan Kebangsaan Malaysia telah menurun dengan drastik setelah 30 tahun akibat kesan mempolitikkan pendidikan oleh pihak politik yang berkuasa ke atas sistem pendidikan kebangsaan.


Jelas Siti Kasim, keputusan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) 2018 daripada Organisasi untuk Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD menunjukkan kualiti pembelajaran pendidikan Malaysia jatuh jauh di bawah peringkat purata antarabangsa dari segi pembacaan, matematik dan sains.

“Tetapi ini langsung tidak dibincangkan sebaliknya Jawi menjadi isu hangat pendidikan di Malaysia. Apakah prioriti kementerian pendidikan dan kerajaan Malaysia? Keruntuhan sistem pendidikan anak-anak Malaysia atau Jawi?

“Sememangnya ini menunjukkan betapa tanggungjawab pendidikan di Malaysia telah diabaikan dan mentaliti pembangunan pembelajaran negara telah dirosakkan atas kepentingan politik.


“Tiba masanya untuk sistem pendidikan Malaysia diperbincangkan dari segi kepincangan aspek-apek penting seperti pembacaan, sains dan matematik, bukan Jawi,” kata Siti Kasim. -SM

[Penyakit bahaya] ‘Pada Mulanya Naik Macam Kena Gigit Nyamuk’ – Derita Bayi 9 Bulan Terkena Jangkitan Sporo Dari Kucing


Jangkitan Sporotrichosis atau lebih dikenali sebagai Sporo merupakan penyakit yang mudah menjangkiti haiwan peliharaan khususnya kucing. Penyakit ini juga dikenali sebagai The Rose-Thorn atau Gardener’s-Thorn disease yang berasal dari kulat dalam tanah. Penyakit ini sememangnya berbahaya kerana kulat Sporothrix Schenckii juga boleh membawa mudarat kepada manusia.

Biji semakin besar dan bernanah

Seperti perkongsian seorang wanita, Nurfarahin Mahamad di laman Facebooknya menceritakan pengalaman sedih apabila anak mereka yang baru sahaja berusia 9 bulan dijangkiti penyakit Sporotrichosis ini. Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib yang menimpa anak kecil itu. Sekarang dah semakin banyak penyakit Sporotrichosis ni. Aku akan share gambar dari awal sampai akhir tentang penyakit ni jadi dekat baby aku umur 9 bulan. Benda ni mula jadi tahun 2019. Sporo ni berjangkit antara haiwan dan manusia. Melalui gigitan, cakaran, bakteria darah kucing kurap atau air liur kucing ni yang menitik dekat sesuatu tempat dan tersebar melalui udara yang dibawa oleh kucing kurap (selalu jumpa kucing ni kat kedai makan dan tepi jalan). Aku cadang lebih baik pergi pakar goverment. Memang terbaik. Servis elok. Tiptop. Pada mulanya naik macam kena gigit nyamuk. Makin lama biji tu semakin besar. Macam kudis api. Pergi klinik swasta. Doktor cakap anak aku kena kudis api. Aku sapu krim. Bagi antibiotik. Tapi biji tu semakin besar dan mula benanah. Nanah tu bukan nanah kuning. Tapi ia nanah darah (aku pernah cucuk biji tu sebab kembung besar sangat) . Tapi sebaiknya jangan cucuk lah sebab kuman boleh merebak.

Penyakit jarang berlaku

Minggu kedua aku mula sedar kawasan urat lengan Faris ada macam isi atas sepanjang urat. Aku bawa pergi klinik kulit Dr.. Venkat. Dia cakap anak aku kena kulat kucing. Yang merunsingkan dia baby lagi macam mana boleh kena. Penyakit ini jarang jadi dan kalau jadi pun akan jadi dekat cat lover (orang dewasa atau kanak kanak atas 10 tahun). Kami diberi dua pilihan nak beli ubat ori (import tapi mahal) atau ubat biasa (dari Malaysia). Husband pilih ubat import sebab doktor cakap yang import lagi baik. Dua hari makan ubat Sporanox tu. Keadaan semakin teruk. Lengan semakin bengkak. Biji semakin naik. Aku terus bawa Faris ke Kedah Medical Centre. Tapi pakar tak ada. Pakar turun hari selasa saja. Tapi doktor tu cuba juga tengok kulit Faris dan dia cakap benda jujur, ‘I rasa you better ke hospital goverment sebab pakar diorang ada hari hari. Dan di sini kes macam ni kami tak berani ambik takut risiko’. Aku pergi pulak PMC. Doktor tu macam blur sikit la dan tekejut. Last sekali Aku pergi refer personal doktor aku sendiri. Dia tekejut tengokk tangan Faris. Dia cakap first time dia tengok Sporo ni. Sebelum ni tengok dalam buku. Dia buat surat untuk ke hospital. Jumpa pakar kanak kanak. Sebab penyakit ni boleh bawa maut dan cepat merebak dalam darah.

Anak kena Sporo kucing

Pagi tu aku pergi hospital goverment sebab nak jumpa pakar kanak-kanak. Pakar tu suruh admit ward untuk on antibiotik dan refer pakar kulit juga. Pakar kulit suruh buat minor operate untuk confirm kan penyakit anak aku. Sebulan lepas tu result keluar. Pommm! Muka rasa kena tampar. Kaki rasa layu bila pakar cakap 90% confirm anak aku kena Sporo kucing ni. Doktor bagi ubat Itraconazole. Tapi tak surut. Biji semakin menjalar dan semakin naik sepanjang lengan. Nasib Faris baik, ubat Sporonox tu tak serang hati. Sebab ubat tu boleh rosak hati (result test blood). Kami ulang alik jumpa pakar kulit tiap minggu. Last pilihan doktor cuba dapatkan ubat original anti kulat. Sebab doktor cakap kulat ni aktif dan cepat merebak diluar jangkaan. Dia juga mengaku kes anak aku sangat complicated. Doktor takut merebak naik ke otak dan lepas naik ke otak tu faham-faham je lah. Tapi doktor tanya, sanggup tak bayar kos ubat bawah RM2 ribu. Sebab kerajaan tak ada peruntukan untuk ubat tu. Diorang cuma boleh tolong order.

Nanah dah surut


I trust you, Allah. Semua ada hikmah. Alhamdulillah doktor bagi ubat tu dua botol secara percuma. Tapi kali ke tiga kena bayar. Tapi baru setengah sebotol minum, keadaan Faris semakin okay. Biji dah surut dan kian pudar. Nanah tu pun dah semakin surut. Alhamdulillah untuk semuanya.


Muka dan tangan Faris sudah kembali handsome dan gebu tapi ubat dia mungkin kena makan selama 6 bulan sampai betul betul sembuh. Kepada anda yang cat lover tu, hati hati. Better bawa pergi cucuk vaksin kucing tu, ingat kan manusia ja ada vaksin.

Sumber Oh Bulan

Pecah-belahkan perpaduan Melayu, Islam kerja syaitan

 KETUA Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menyelar pihak yang cuba memecah-belahkan perpadua...