Ahad, 5 Januari 2020

Mahathir tiada sokongan majoriti, usah lagi bincang budi bicara berkenaan peralihan kuasa kata Zaid Ibrahim

Tidak habis-habis lagi berkenaan peralihan kuasa, tidak habis lagi cerita yang indah-indah berkenaan peralihan kuasa Perdana Menteri. Seboleh-boleh tidak sabar sudah untuk menunggu tarikh yang sepatutnya peralihan kuasa itu.

Rakyat kalau diikutkan tidak peduli sangat, mereka hanya fikirkan isi perut mereka, kos hidup yang semakin mencengkam, ramai penganggur yang keluh kesah mencari pekerjaan baharu, peluang pekerjaan pula semakin mengecil.



Jadi apa relevannya untuk siapa jadi PM, tukar segera dan dipercepatkan segera dan macam-macam lagi.

Jangan mendera mental rakyat sehingga ramai yang pendam perasaan, apa kata Menteri-menteri yang dipertanggungjawabkan, tarik segera pelaburan, ekonomi negara diharapkan ke landasan yang betul.

Ini har-hari cerita peralihan kuasa. Kalau betul nak tukar, buatlah undi tak percaya, desak lah cara keras dan garang, ini jentik manja, ingat Mahathir nak peduli?

Anwar Ibrahim pun jenis sembang sahaja, risau kalaulah Mahathir berubah fikirannya, langsung dia tak mahu beri jawatan PM, mau melopong nanti, sepatutnya berhati-hati. Jangan gelojoh.

Bacaan dibawah ini...

Usah lagi bincang budi bicara, Tun M tiada lagi sokongan majoriti – Zaid

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Zaid Ibrahim mendakwa ramai dalam kalangan rakyat dan politik hari ini tidak langsung memahami aspek sebenar kerajaan campuran.

Bekas menteri kabinet yang merupakan ahli DAP itu berkata, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bukan lagi berada dalam kedudukan sama sebagai orang nombor satu kerajaan yang mempunyai majoriti bersih dan besar dari parti politik sendiri.



Dalam ciapan akaun twitter peribadinya, bekas menteri undang-undang itu menggunakan bahasa Inggeris berkata, dalam kes politik semasa negara, Mahathir tidak mempunyai sokongan majoriti.

“Ramai tidak memahami aspek kerajaan bercampur. PM semasa tidak berada dalam kedudukan sama sebagai PM yang mempunyai sokongan majoriti daripada partinya sendiri.



Tarif air tetap naik tahun ini – Xavier

KLANG – Kerajaan tetap akan menaikkan tarif air di seluruh negara tahun ini bagi mengatasi masalah rizab bekalan itu yang sangat kritikal, kata Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Datuk Dr. Xavier Jayakumar.

Beliau berkata, mana-mana negeri yang belum bersedia berbuat demikian diminta mengemukakan mekanisme masing-masing kepada kementerian itu untuk dibincangkan.

Foto - The Star

“Saya memang konsisten dengan apa yang saya kata ini (untuk menaikkan tarif air). Kalau kita tidak ada kerjasama dari semua pihak (negeri) untuk pastikan industri air ini akan naik taraf, kita akan berdepan dengan masalah rizab air yang sangat kritikal.

“Semua kena faham industri air ini mesti ada bajet yang besar dan pastikan kita dapat air 24 jam, 365 hari setahun, rakyat kena terima hakikat kenaikan tarif air ini.

“Kita tidak boleh ada rizab yang sangat rendah di semua negeri termasuk di Selangor, Pulau Pinang dan Johor. Rizab air ini kena meningkat dan untuk meningkatkan rizab ini, kita kena ada belanja yang cukup,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang selepas menyempurnakan program Restorasi, Tebus Guna dan Rehabilitasi melalui penanaman pokok di Kolam Tadahan, Bandar Puteri hari ini.

Menurut Xavier, kerajaan Persekutuan akan memastikan dalam tempoh lima tahun akan datang masalah air yang kritikal di seluruh negara akan dapat diselesaikan.

Beliau bersedia untuk meneruskan program meningkatkan taraf air menerusi program yang telah dirancang, walaupun akan menerima kecaman dari beberapa negeri yang belum bersedia menaikkan tarif air.

Beliau menjelaskan, antara cabaran dihadapi kementeriannya ialah untuk mendapatkan bajet yang cukup bagi meningkatkan taraf atau perkhidmatan industri air dalam negara.

Mengenai kenyataan Menteri Besar Negeri Sembilan, Amirudin Harun bahawa tarif air di negeri itu  kekal pada kadar yang sama dan tiada sebarang kenaikan bagi tempoh lima tahun ini,  Xavier  akan berbincang dalam tempoh terdekat ini.

“Negeri Sembilan kata tarif air tak akan naik, tak apa saya akan bincang dengan Menteri Besar.

“Kalau dia kata tidak akan naikkan, dia kena ada mekanisme yang lain yang kena bawa kepada kementerian ini untuk tunjukkan tidak ada masalah air dalam negeri itu atau mana-mana negeri.

“Tetapi kita tahu ada negeri dan situasinya memang keadaan airnya agak kritikal dan kalau kita tidak buat apa-apa, dalam tempoh lima tahun akan datang kita akan ada masalah air yang lebih besar,” katanya. – MalaysiaGazette

Kaligrafi Cina pupuk semangat perpaduan, Jawi bagaimana pula, tanya warganet

Tajuk berita Bulletin Utama TV3 ‘Kaligrafi Cina Pupuk Semangat Perpaduan’  malam tadi betul-betul mengundang pertanyaan daripada penduduk alam siber.


Berita bercorak kemasyarakatan dan minat ramai itu turut dilaporkan oleh beberapa agensi berita lain.
Ia merupakan liputan berita berkaitan Bengkel Seni Kaligrafi Tahun Baharu Cina anjuran Majlis Perwakilan Rakyat Zon Lembah Pantai dan Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai yang diadakan semalam.

Bengkel tersebut turut dihadiri Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil dan beberapa orang rakyat Malaysia pelbagai keturunan yang begitu tekun belajar kaligrafi warisan masyarakat Cina.
Tajuk berita Kaligrafi Cina Pupuk Semangat Perpaduan tersebut mengundang pertanyaan warganet.

Bagi mereka jika masyarakat pelbagai kaum di negara ini yang berminat untuk mempelajari kaligrafi Cina dianggap sebagai memupuk semangat perpaduan adakah penolakan terhadap tulisan Jawi oleh setengah setengah pihak pula kerana memupuk semangat perpecahan.

Warganet menzahirkan rasa hairan dan melemparkan pelbagai pertanyaan kepada Ahli Parlimen Pantai itu di Facebooknya yang turut berkongsi petikan berita daripada pelbagai agensi.

“YB nak tanya tulisan Jawi boleh memecah belahkan perpaduan dak?” soal Muhd. Fadzil Nor.
“YB ajar Jawi ini pun salah ke? Tanya Syazwan Elmuhammady.

“Kaligrafi Cina perpaduan, tulisan Jawi perpecahan macam tu ye?” soal سلاماپا جي

“Bab kaligrafi Cina laju je memupuk semangat perpaduan bab Jawi kau diam macam orang bisu. Sepatah haram pos pun tak ada  mempertahankan Jawi,” komen Amir Yusof.

“Jawi sepatutnya pupuk perpaduan sebab ada pada wang kertas, pada jata negara, pada jata negeri,” saran Ahmad Nazir Mohd. Azmi.

“Begitulah. Kita dimomok-momokkan dengan naratif yang memualkan dan berat sebelah. Bila Jawi dikatakan pupuk perpecahan,” kata Zaki Zainun.

“Tuan jangan lupa mertabatkan tulisan Jawi ya,” cadang Muhammad Fadzly Mohd. Yusof.
Umum tahu ketika ini Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) berusaha keras memastikan tulisan Jawi tidak diajar di sekolah vernacular. Malahan kain pemidang menolak tulisan Jawi turut digantung di beberapa sekolah jenis kebangasan.
Bantahan kumpulan itu sampai kepada kemuncak apabila mahu mengadakan kongres yang menghimpunankan persatuan Cina Malaysia untuk menolak pengajaran tulisan Jawi di sekolah vernacular.

Namun pihak polis berjaya menghalang kongres yang menimbulkan keresahan masyarakat dan ketidak tenteraman awam apabila berjaya mendapatkan perintah mahkamah.

Dong Zong tidak berputus asa dan pada Khmais lalu persatuan Cina berjaya menyerahkan memorandum penolakan pembelajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular kepada Kementerian Pendidikan.-SM

PRK Kimanis: Calon PH hairan dan bingung Najib masih popular





Calon Pakatan Harapan Karim Bujang menyuarakan kebingungannya terhadap populariti bekas perdana menteri Najib Razak termasuk di Sabah.

Beliau berkata ia di sebalik sejumlah pertuduhan berkaitan skandal 1MDB yang dihadapi Najib di mahkamah pada masa ini.

“Saya tertanya-tanya, seorang yang ada kes di mahkamah, boleh datang ke sini dan berlagak seperti bos dan orang masih mengundi (untuk BN). Bagi saya itu ironi, bukan?

“Seorang yang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, datang ke sini dan orang masih panggilnya ‘Bossku’. Apa jenis mengarut ini?” katanya kepada pemberita di pusat penamaan calon PRK Kimanis.



Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita berhubung kehadiran Najib di Kimanis semalam.

Dalam satu program semalam, Najib mengkritik kerajaan antaranya berhubung projek lebuh raya Pan Borneo dan isu Pas Sementara Sabah (PSS).

Sumber

MB Perak selamba 'sound' Bersatu, jangan curi ahli dan bertanding tempat UMNO

 UMNO Perak akan mempertahankan kerusi-kerusi tradisi miliknya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti sambil mengharapkan gandingan d...