Jumaat, 10 Januari 2020

Rafizi sudah tidak jadi bersara? Arah Tun M serah segera jawatan PM kepada Anwar dengan rela hati

Akhirnya muncul juga hero pakar formula yang baru-baru ini katanya sudah bersara dari politik, tiba-tiba dia muncul dan bangkit dari gua dan dengan nada garang yang mengerunkan, arah Mahathir menetapkan tarikh untuk peralihan kuasa, kalau tidak mereka-mereka (PKR) akan tetapkan sendiri bila peralihan kuasa itu boleh berlaku.

Hebat tu, dengan gaya seorang hero rakyat, dia memberi satu signal, kalau Anwar tidak berani nak cakap terang-terang, tetapi Rafizi ada dan boleh melontarkan nada yang garang kepada Mahathir.

Rafizi Ramli

Agaknya di pihak PPBM gerun ke tidak dengan saranan Rafizi ini? Harap balas balik dengan lebih keras, kalau Rafizi sudah tidak jadi bersara politik tu kira Anwar tidak boleh tahan dah tu.

Kita tunggu hari ini, esok, lusa, ada tak pemimpin PPBM balun balik si Rafizi ni.

Bacaan dibawah ini

Dr Mahathir perlu tetapkan tarikh peralihan kuasa – Rafizi

KUALA LUMPUR – Tarikh persaraan akan ditetapkan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sekiranya beliau enggan memenuhi perjanjian peralihan kuasa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada awal tahun depan.

Rafizi Ramli dalam satu persidangan di Singapura berkata, pemimpin tertinggi Pakatan Harapan (PH) terpaksa mengambil tindakan sedemikian kerana rakyat Malaysia sudah hilang sabar dengan isu peralihan kuasa.

Rafizi berkata, isu penggantian akan dibuat oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan, sebuah badan teratas dalam blok kerajaan yang terdiri daripada empat pemimpin parti gabungan.

Tanpa tarikh yang ditetapkan untuk penyerahan, isu penggantian itu menjadi topik utama perbincangan dalam kalangan politik negara sejak pakatan Pakatan Harapan berkuasa pada bulan Mei 2018.

Gabungan itu bersetuju untuk melantik Dr Mathathir menjadi calon Perdana Menteri, dengan syarat Anwar akan menggantikannya.

Dr Mahathir dan Anwar dilihat sebagai seteru tetapi bergabung dalam usaha mereka menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.

Selepas pilihan raya, Anwar telah diberi pengampunan diraja untuk sabitan kes liwat yang didakwanya bermotivasi politik.

Bercakap di Regional Outlook Forum anjuran Institut Yusof Ishak, Rafizi mengakui beliau adalah antara penggubal perjanjian peralihan kuasa yang ditandatangani pada 7 Januari 2018, empat bulan sebelum pilihan raya yang menyaksikan PH dipilih sebagai pemerintah.

Rafizi yang telah berundur daripada barisan hadapan politik berkata, perjanjian itu tidak membabitkan tarikh peralihan kuasa yang telah dispekulasi.

Sebaliknya, beliau berkata, Dr Mahathir yang berulang kali merujuk “tempoh dua tahun” yang menyebabkan banyak pihak berpandangan Perdana Menteri akan menyerahkan kuasa pada bulan Mei tahun ini.

Dr Mahathir juga menyatakan beliau komited untuk menghormati perjanjian penggantian itu tetapi hanya akan serah kuasa selepas mesyuarat Forum Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) pada bulan November bagi tidak menjejaskan persiapan Malaysia sebagai tuan rumah.

Rafizi, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat percaya tidak akan ada “percubaan berani” oleh mana-mana pihak untuk memaksa peralihan kuasa berlaku pada tahun ini kerana ia akan mengeruhkan keadaan.

Mengenai peluang Anwar untuk menjadi Perdana Menteri, Rafizi berkata, Ahli Parlimen Port Dickson itu mendapat sokongan besar dalam kalangan Ahli Parlimen PKR dan DAP.

PKR dan DAP menguasai 92 daripada 222 kerusi Parlimen.

Dan Anwar memerlukan 20 kerusi lagi untuk menerajui kerajaan dengan majoriti mudah.

Mengenai beberapa spekulasi jika Dr Mahathir enggan melepaskan jawatannya dan Anwar akan melakukan undi tidak percaya, Rafizi berkata, ia tidak mungkin terjadi.

Sokongan untuk gabungan itu akan “runtuh” jika ada usaha sedemikian daripada dalam untuk buat begitu kepada Dr Mahathir, katanya. – MalaysiaGazette

Tiada pertuduhan kes video semb*rit sangat melucukan kata kumpulan pro Anwar

PETALING JAYA: Kumpulan pro-Anwar Ibrahim menyifatkan keputusan Jabatan Peguam Negara untuk tidak mendakwa mana-mana pihak dalam kes video seks sejenis mirip menteri kerana gagal mengenal pasti individu terbabit sebagai “melucukan”.

“Kami tidak percaya dan tidak boleh terima alasan yang diberikan,” kata Bendahari Otai Reformasi, Ronnie Liu Tian Khiew.

Ronnie Liu

“Kami desak supaya dedahkan kepada umum laporan penuh hasil siasatan forensik dalam dan luar negara.”

Beliau mengingatkan kegagalan berbuat demikian tidak akan meyakinkan rakyat bahawa individu yang dituduh tidak terlibat.

Peguam Negara Tommy Thomas hari ini mengumumkan Jabatan Peguam Negara tidak akan mendakwa mana-mana pihak dalam kes video seks sejenis itu kerana gagal mengenal pasti individu terbabit dalam video yang tersebar pada Jun tahun lalu.

Pada Jun, bekas ketua Pemuda PKR Santubong, Haziq Aziz mengejutkan negara apabila mengakui terbabit dalam video itu dan menamakan Azmin sebagai pasangannya, tetapi dinafikan Azmin yang menyifatkannya komplot jahat untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

Ronnie mencadangkan pihak berkuasa menghantar video itu kepada pihak forensik di China, mengatakan teknologi negara itu paling berkesan.

“Kalau tidak, rakyat akan terus percaya kepada khabar angin, ia tidak menyakinkan rakyat,” katanya.

FMT

Pecah-belahkan perpaduan Melayu, Islam kerja syaitan

 KETUA Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menyelar pihak yang cuba memecah-belahkan perpadua...