Isnin, 13 Januari 2020

Kerajaan pertimbang sama ada perlu naikkan cukai, kata Guan Eng

GEORGE TOWN: Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, kerajaan terpaksa membuat pertimbangan sebelum memutuskan sama ada ia perlu menaikkan cukai berikutan Malaysia terus menjadi negara yang mencatatkan kutipan cukai paling rendah di dunia berbanding saiz ekonominya.


Beliau berkata, walaupun Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengutip sebanyak RM145 bilion pada 2019, angka tertinggi dalam sejarah agensi itu, namun pemantau antarabangsa menganggap ia kecil apabila dibandingkan dengan saiz ekonomi Malaysia yang dianggarkan bernilai RM1.35 trilion tahun lepas.

Dalam ucapan pada satu acara LHDN, Lim berkata, berdasarkan data Bank Dunia 2017, kutipan cukai Malaysia ialah 13% berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), lebih rendah daripada Vietnam (19%), Chile (17.4%), Poland (16.8%) dan Korea (15.4%).

Beliau berkata, kutipan cukai Malaysia yang rendah adalah disebabkan insentif cukai yang “agresif”, pematuhan cukai yang rendah dan pelarian cukai.

“Bila kita kutip banyak cukai, rakyat tidak suka. Bila kita kutip kurang cukai, pemberita akan tanya kenapa kita tidak kutip lebih banyak cukai.

“Kita berada dalam keadaan serba salah. Kita cuba kutip cukai secara munasabah. Walaupun kita mahu mengutip lebih banyak, tetapi kita juga tidak mahu bersikap terlalu keras sehingga dipanggil kejam dan sebagainya.

“Kita tidak mahu menghimpit semua orang. (Kita akan membuat keputusan untuk menaikkan cukai) berdasarkan pertumbuhan ekonomi. Harus ada keseimbangan supaya ia tidak terlalu membebankan rakyat.

Dalam pada itu Lim berkata, ekonomi negara dijangka lebih baik tahun ini berbanding 2019 dengan sasaran pertumbuhan KDNK 4.8%, dan sasaran defisit kewangan lebih rendah sebanyak 3.2%.

KDNK tahun lepas tumbuh sebanyak 4.7%.

Lim berkata, ekonomi dijangka berkembang kepada RM1.6 trilion, sementara kerajaan diunjur mengutip hasil sebanyak RM244.5 bilion, termasuk hasil bukan cukai berjumlah RM54.6 bilion.

Beliau menjangka ekonomi digital akan menyumbang 18.2% kepada KDNK tahun ini.

Lim berkata, LHDN dijangka mengutip hasil sebanyak RM154.6 bilion tahun ini, berbanding RM145 bilion tahun lepas. Kutipan 2019 bagaimanapun merupakan pertambahan sebanyak RM8 bilion berbanding tahun sebelumnya.

Terdahulu Lim merasmikan persidangan tahunan pertama pengarah LHDN negeri di sebuah hotel di sini, sekali gus memaklumkan hala tuju prosedur operasi standard pembayar cukai yang perlu diikuti.

Beliau juga mengumumkan satu program modenisasi LHDN dengan kos RM218 juta bagi penambaikan berkaitan IT, termasuk analisis data dan proses automasi. FMT

Saya ke kondo untuk berbincang - Adhif Syan, Adun Dengkil

“SAYA akan meneruskan tugas seperti biasa sebab di pihak yang benar,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Adhif Syan Abdullah.


Beliau yang ditemui di rumahnya di Pulau Meranti, Dengkil, hari ini berkata, dia tidak tertekan dengan pelbagai tohmahan berlegar ketika ini.




Namun, Adif Syan, 39, mengakui dalam kejadian itu dia berada di tempat dan masa yang salah.

Ketua ARMADA Selangor itu berkata, dia hadir ke kondominium itu hanya untuk menghadiri sesi perbincangan sahaja.

“Saya tidak boleh memberikan sebarang komen terhadap isu ini kerana ia sedang disiasat, malah dinasihati tidak berbuat demikian.

“Namun saya boleh katakan, saya berada di tempat salah pada masa salah, malah saya tegaskan bahawa saya berada di pihak yang benar," katanya.

Ditanya adakah kejadian itu dirancang pihak tertentu, katanya, ia berkemungkinan sebegitu sebab pemilihan parti bulan depan.


“Saya musykil bagaimana laporan itu boleh disebarkan kerana itu hanyalah laporan awal sahaja," katanya.

Mengenai kekeliruan beliau direman di lokap polis, Adhif Syan menjelaskan bahawa dia tidak ditahan dan berada di rumah selepas selesai membantu siasatan.

“Selepas membantu siasatan, saya kembali ke rumah dan tidur seperti biasa dan hanya mengetahui kekecohan di laman sosial apabila bangun pagi tadi," katanya sambil menegaskan akan meneruskan tugas membantu rakyat seperti biasa.

Harian Metro

Betul ke Adun Dengkil kena cekup sebab dadah dalam 'private party'?

Masih tertanya-tanya, laporan rasmi masih belum diperjelaskan dan diwar-warkan kepada umum, malah media pro kerajaan pun hanya memberi laporan yang zig zaq, yang sini kata begini, yang sana kata begini.



Adun Dengkil, Adhif Syan Abdullah Foto - Astro Awani

Menurut laporan Sinar Harian, 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Adhif Syan Abdullah menafikan beliau ditahan polis membabitkan kes dadah di sebuah pusat hiburan semalam.

Adhif Syan yang juga Ketua Armada Selangor berkata dakwaan berkenaan adalah satu fitnah.

https://www.sinarharian.com.my/article/65710/BERITA/Politik/ADUN-Dengkil-nafi-ditahan-polis?fbclid=IwAR1otQzoex1Bo0_w-7aG-LKjbE9gJhz-Bua1_YlkHILX12WR419VbtHnzdw


Berita Harian pula melaporkan yang Adun Dengkil ditahan dalam satu operasi..

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor dan empat pegawai khas ahli politik, antara 17 individu ditahan polis dalam satu operasi, semalam.

Mereka yang berusia antara 26 hingga 53 tahun, termasuk enam wanita itu ditahan pada jam 4.45 petang di sebuah kondominium di Jalan Puchong, di sini.

Menurut sumber, penahanan itu berpunca daripada laporan terhadap bunyi bising daripada sebuah parti persendirian di kondominium terbabit.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/01/646261/adun-selangor-ditahan-polis?fbclid=IwAR0huaFSXNRZ5NXOhruEPGtrnQKUylRMoHnlGewei7TSESuGilvOR0NTr8Y

Laporan Harian Metro pula melaporkan, Adun Dengkil nafi positif dadah

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Adhif Syan Abdullah menafikan maklumat tular di media sosial mengenai beliau ditangkap polis selepas didapati positif dadah dalam serbuan di pusat hiburan sekitar Damansara, Petaling Jaya, awal pagi hari ini.

Sebaliknya, ketika dihubungi Harian Metro pada 10.17 pagi tadi hari ini, beliau berkata akan membuat siaran media dalam waktu terdekat bagi menjelaskan perkara berkenaan.

Ketika dihubungi wartawan, Adhif Syan, 39, memberitahu berada di rumahnya di Pulau Meranti, Puchong dan turut akan melakukan laporan polis berhubung tular palsu itu.

https://www.hmetro.com.my/utama/2020/01/534648/adun-dengkil-nafi-positif-dadah

Malah ada satu Page Facebook kepunyaan pro PPBM yang kuat menjilat ketat Mahathir, membuat satu posting yang agak janggal, akan saman kepada sesiapa yang membuat kenyataan adun Dengkil ditahan polis kerana positif dadah.



Tetapi paling mengejutkan, bila Berita Harian juga melaporkan yang Bersatu Selangor mengiyakan tangkapan itu. Tak ke pening lalat namanya tu..

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari, mengesahkan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu ditahan polis seperti tular menerusi media sosial sejak pagi tadi.

Beliau berkata, ADUN itu ditahan polis kira-kira jam 1.30 pagi tadi.

Bagaimanapun, Abdul Rashid yang juga Naib Presiden BERSATU, tidak mahu mengulas lanjut mengenai penahanan itu berikutan kes berkenaan masih dalam siasatan pihak berkuasa.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/01/646277/bersatu-selangor-sahkan-adun-ditahan-polis


Kita tunggu pihak Polis membuat kenyataan, sebab katanya, ia melibatkan 17 orang yang ada berjawatan pegawai khas, memang buat malu Atuk Madey jelah nanti, Syed Saddiq mesti akan buat drama cinetron la lepas ni.

Persoalannya, apa nak jadi dengan Pakatan Harapan ni?





Pelik! Muhyiddin kata kerajaan sudah dah tak banyak duit, tetapi timbalan menteri pelancongan baru tetap akan dilantik hari ini

 Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Dee Koh Hoi dilapor akan mengangkat sumpah sebagai timbalan menteri pelancongan, ke...