Rabu, 22 Januari 2020

PSS dibatalkan, Shafie akan maklumkan kepada KDN

KOTA KINABALU: Pas Sementara Sabah (PSS) yang menimbulkan pelbagai reaksi daripada pemimpin politik dan rakyat keseluruhannya tidak akan dilaksanakan.



Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, keputusan pembatalan tersebut dibuat dalam mesyuarat Kabinet Kerajaan Sabah hari ini.


Katanya, keputusan tersebut akan dimaklumkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam tempoh terdekat.

“Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini telah memutuskan supaya PSS dibatalkan setelah melihat dan mendengar suara rakyat, kerajaan negeri akan memaklumkan keputusan ini kepada KDN,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.


Shafie berkata, keputusan itu dibuat selepas melihat reaksi rakyat yang menolak PSS dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis.

Sumber

https://www.borneotoday.net/pss-dibatalkan-shafie-akan-maklumkan-pada-kdn/

Ramasamy, naib presiden PKR pula kecam Syed Saddiq

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P Ramasamy mengecam Syed Saddiq Abdul Rahman kerana mengkritik beliau dan beberapa pemimpin PH lain kerana tak habis-habis bercakap mengenai isu peralihan kuasa.

Tanpa selindung, beliau berkata Ketua Pemuda PH sepatutnya "merapatkan jurang" dan tidak mempersoalkan hak demokratik mereka untuk meminta Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menghormati perjanjian menyerahkan kepimpinan negara kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim.



"Tiada siapa pun yang memaksa Mahathir untuk undur diri sekaligus, tetapi mahu beliau menetapkan tarikh penyerahan kuasa kepada kepimpinan berikutnya iaitu Anwar," kata Ramasamy dalam satu kenyataan malam ini.

Menurut Adun DAP, perjanjian PH sebelum pilihan raya umum lalu adalah untuk Dr Mahathir menjadi perdana menteri sementara selama dua tahun.


"Tetapi malangnya, sehingga ke hari ini, Majlis Presiden PH masih belum menetapkan tarikh peralihan kuasa. Sekarang ini siapa yang salah?" Soalnya.

Ramasamy berkata suatu tarikh perlu ditetapkan walaupun Mahathir mahu melepaskan jawatan selepas sidang kemuncak negara-negara Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) di Kuala Lumpur pada November.

"Apa yang salah dalam menentukan tarikh muktamad bagi peralihan kuasa?

"Saya yakin Mahathir tidak mempunyai masalah dengan ini, tetapi Syed Saddiq seolah-olah tekinja-kinja untuk mendapat perhatian daripada Mahathir," katanya lagi.


Ramasamy juga tidak bersetuju dengan Syed Saddiq yang berkata gesaan tarikh penggantian kepimpinan akan menyebabkan ketidakstabilan atau menghalang kemampuan Mahathir untuk mentadbir negara.

"Jika Syed Saddiq percaya kepada demokrasi, beliau mesti menghormati hak untuk berbeza pendapat," katanya.

Beliau juga berkata mustahil PH dapat menang PRU14 tanpa gerakan reformasi yang dicetuskan Anwar dua dekad dahulu.


"Saya fikir Syed Saddiq hanyalah pendatang baru untuk memahami dan menghayati dinamik politik era reformasi, apalagi memahami konteks di mana Mahathir dijadikan perdana menteri sementara.

Baca sambungannya https://www.malaysiakini.com/news/507947

Syed Saddiq hentam pemimpin DAP, PKR pro-Anwar

PETALING JAYA: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini menghentam beberapa pemimpin Pakatan Harapan kerana “tidak habis-habis” menggesa Dr Mahathir Mohamad berundur dan membuka laluan kepada Anwar Ibrahim.

Ketua Pemuda PPBM itu menamakan 9 pemimpin PH daripada PKR dan DAP, yang dituduh membelakangkan konsensus yang membenarkan Mahathir mengetuai kerajaan.


Ini termasuk Ramkarpal Singh dari DAP, P Ramasamy dan Ronnie Liu, serta penyokong Anwar dalam PKR seperti Syed Husin Ali, Johari Abdul, Abdullah Sani, Akmal Nasir, Rafizi Ramli, dan Syukri Razab.

“Tidak sampai 2-3 tahun Mahathir memegang jawatan sebagai perdana menteri, mereka sudah mendesak Mahathir meletakkan jawatan.



“Bagaimana Mahathir ingin mentadbir negara jika setiap hari didesak, ditekan dan diserang oleh mereka yang dianggap sebagai sekutu Anwar?” katanya dalam kenyataan hari ini.

Syed Saddiq berkata tindakan mereka boleh dianggap tidak mengutamakan kepentingan negara.

“Perbaiki keadaan parti kamu! Berhenti tuntut perdana menteri yang dipilih secara demokrasi letak jawatan dan sila hormati konsensus PH!” katanya.

Mahathir baru-baru ini didesak mengumumkan tarikh khusus penyerahan kuasa kepada Anwar, seperti yang dipersetujui pemimpin PH sebelum pilihan raya umum 2018.


Beliau yang menjadi perdana menteri susulan kemenangan PH pada pilihan raya umum 2018 berulang kali berkata akan mengotakan janji itu selepas kira-kira 2 tahun.

Mahathir baru-baru ini mencadangkan penyerahan kuasa mungkin akan berlaku selepas Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik di Kuala Lumpur pada November. FMT

[Gaduh Sudah] Pemimpin DAP bidas Syed Saddiq hentam pemimpin PH gesa Dr M berundur

GEORGE TOWN: P Ramasamy DAP hari ini membidas Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Abdul Rahman kerana “menamakan dan memalukan” beberapa pemimpin Pakatan Harapan yang menggesa peralihan kuasa perdana menteri.

Ramasamy berkata wakil PH hanya meminta Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad memberikan tarikh yang tepat untuk menjawab persoalan yang dibangkitkan mengenai peralihan kuasa kepada presiden PKR, Anwar Ibrahim.



Terdahulu, Syed Saddiq menghentam mereka yang “tidak habis-habis” menggesa Dr Mahathir berundur dengan menamakan Ramasamy dan 8 yang lain dari DAP dan PKR.

Ramasamy memberitahu Syed Saddiq bahawa tiada pemimpin seorang pun PH memaksa Mahathir meletak jawatan, malah negarawan veteran itu tidak keberatan jika rakan-rakan pemimpin meminta tarikh yang tepat untuk peralihan itu.

“Rakyat Malaysia yang mahukan perubahan menyokong Mahathir. Perubahan rejim yang penting pada 2018 tidak mungkin berlaku tanpa pergerakan reformasi yang dinyalakan oleh Anwar.


“Tanpa PKR dan DAP menyertai pasukan, tidak ada cara BN boleh ditumbangkan secara politik. Tetapi selepas kalah dalam 5 pilihan raya kecil, terdapat keperluan untuk menyelesaikan isu peralihan.

“Untuk pemimpin PH yang bertanya tentang tarikh peralihan kini tidak menyebabkan ketidakstabilan atau malah menjejaskan Mahathir dalam menjalankan tugasnya sebagai PM.

“Jika Mahathir mahu menyerahkan jawatan perdana menteri selepas Sidang Kemuncak Ekonomi Asia Pasifik pada November, tarikhnya perlu ditetapkan,” kata timbalan ketua menteri II Pulau Pinang itu.

Ramasamy mengingatkan Syed Saddiq bahawa konsensus PH sebelum pilihan raya 2018 adalah Mahathir menjadi perdana menteri sementara selama “kira-kira 2 tahun” sebelum menyerahkan kuasa kepada Anwar.


Beliau berkata serangan Syed Saddiq terhadap pemimpin PH iaitu daripada seorang “ahli politik baru” adalah dijangka. Beliau mengingatkan menteri muda itu menghormati hak untuk menentang jika beliau percaya kepada demokrasi.

“Saya rasa Saddiq keterlaluan sebagai pendatang baru untuk memahami dan menghargai dinamika politik era reformasi, apalagi memahami konteks di mana Mahathir dijadikan perdana menteri sementara.


“Syed Saddiq sepatutnya menutup jurangnya daripada mempersoalkan hak demokratik PKR dan pemimpin DAP untuk meminta PM menghormati perjanjian peralihan.

“Bagaimanapun, siapa dia untuk beritahu saya tentang apa yang boleh dan yang tidak boleh saya katakan?”

FMT

Malu! Sekali video Timbalan Menteri tertidur masuk berita Turki tu...

 Rakaman video yang menunjukkan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Eddin Syazlee Shith tertidur ketika di satu majlis konvokesyen baru-ba...