Ahad, 1 Mac 2020

Tidak gentar dan gerun langsung dipecat, Saya berani kerana benar, kata Syed Saddiq

PUTRAJAYA – Senada dengan Datuk Mukhriz Mahathir, Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak kisah langsung jika ada tindakan seperti pecat terhadapnya.

Kata Syed Saddiq, beliau mendokong penuh kata-kata, ‘ berani kerana benar’ dan tidak akan sesekali berkompromi dengan apa sahaja yang melanggar prinsipnya.



“Saya masuk parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kerana menentang pemimpin yang salah guna kuasa serta rasuah. Saya berjuang untuk membersihkan politik.

“Sebagai pemimpin muda, slogan yang telah diajar kepada kami dalam parti ini adalah ‘berani kerana benar’.


“Saya tidak akan sesekali bersetuju dengan tindakan bekerjasama dengan UMNO secara en-bloc yang mana bukan sahaja parti ini besar secara keseluruhan sebaliknya ada segelintir pimpinan sudah terpalit dengan rasuah, salah guna kuasa.

“Saya tidak akan sesekali bersekongkol dengan pemimpin UMNO seperti ini.

“Jadi seandainya ada apa-apa tindakan parti ke atas saya, biarlah,” katanya selepas mesyuarat Ketua-Ketua Bahagian Armada bersama Tun Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana sebentar tadi.


Hari ini, Lembaga Disiplin PPBM diminta memecat Syed Saddiq sebagai ketua armada parti.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Mohd. Redzuan Mohd. Yusof mencadangkan Exco Armada, Muzammil Ismail sebagai pemangku sementara pemilihan semula ketua Armada dilakukan.

Ada juga mencadangkan ahli pimpinan parti itu iaitu Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga dikenakan tindakan pemecatan kerana menentang Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Mukhriz dan Syed Saddiq antara pimpinan Bersatu yang bertindak menyokong bekas Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad. -MG

Gaduh dah - Anwar ‘gila-gila’ nak jadi PM, kata Dr M

PUTRAJAYA: Dr Mahathir Mohamad menyalahkan Presiden PKR, Anwar Ibrahim sebagai punca beliau tidak dilantik sebagai perdana menteri ke-8.

Beliau berkata, Anwar tidak dapat menjadi perdana menteri kerana ramai yang tidak lagi menyokongnya.




“Anwar memang dia gila-gila nak jadi PM, dia tak boleh jadi (PM) pasal entah macam mana kalau dulu ramai sokong dia, sekarang ini ramai sokong saya.”

Mahathir berkata demikian dalam mesyuarat tertutup dengan pemimpin akar umbi Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini yang disiarkan secara langsung di Facebook Amanah.


Bekas perdana menteri itu berkata, beliau meletak jawatan sebagai perdana menteri pada Isnin lalu supaya Anwar dapat membuktikan beliau mempunyai sokongan untuk menerajui negara.

“Kalau orang nak saya, nak saya bertanding, saya dapat balik, tetapi Anwar fikir dia boleh dapat balik.

“Saya amat sedih kerana saya kalah dalam pemilihan ini kerana dia minta pada PH supaya namakan dia sebagai calon (PM) PH.

“Kalau tak, saya dah dapat 90 undi dan tambah 60 undi, saya boleh dapat majoriti jadi (PM) kerana dia tuntut untuk jadi calon, walaupun dia sepatutnya tak boleh dapat, tetapi dia tuntut.”

Pagi tadi, Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-8 selepas mendapat sokongan daripada Barisan Nasional, PAS, Gabungan Parti Sarawak, beberapa ahli Parlimen dari PPBM dan PKR.

Bagaimanapun, Agong menggunakan kuasanya di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk melantik Muhyiddin sebagai perdana menteri ke-8 selepas menemui ahli Parlimen dan blok politik yang menyerahkan senarai wakil rakyat menyokong mereka.


Hari ini, Mahathir berkata, setiausaha politiknya memberitahu rancangan Anwar menuntut dirinya dilantik sebagai timbalan perdana menteri dalam mesyuarat Majlis Presiden PH pada 21 Feb lalu.

Bagaimanapun, beliau berkata, perkara itu tidak berlaku, sebaliknya Anwar dan pemimpin PH menyokong beliau kekal sebagai perdana menteri.

Katanya, tindakan Muhyiddin mencari sekutu baru ialah punca tercetusnya krisis politik selama seminggu yang menyebabkan perpecahan PH.

Sementara itu, Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, beliau menyertai parti itu untuk membersihkan amalan rasuah dan salah guna kuasa dalam politik.


Bekas menteri belia dan sukan itu tidak bersetuju dengan tindakan Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin bekerjasama dengan blok pembangkang, termasuk Umno.

“Saya membuat pendirian ini kerana tak ingin bersekongkol dengan pemimpin rasuah.

“(Jika) tindakan diambil ke atas saya, biarlah kerana saya percaya dan berpegang teguh berani kerana benar.”

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/03/01/anwar-gila-gila-nak-jadi-pm-kata-dr-m/

Pecah-belahkan perpaduan Melayu, Islam kerja syaitan

 KETUA Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menyelar pihak yang cuba memecah-belahkan perpadua...