Jumaat, 6 Mac 2020

Mujahid gelarkan parti PPBM sebagai Parti Pintu Belakang Malaysia

Mujahid gelarkan Parti PPBM sebagai parti Parti Pintu Belakang Malaysia.

Paling pelik, golongan pecahan parti PPBM pro kepada Mahathir masih bersama mereka (Pakatan Harapan).



Bukan main selamba kutuk parti Mahathir. Menjadi persoalan juga PPBM ni pecah dua atau tidak sebenarnya?

Sebab Sebelah Muhyiddin parti tetap dipanggil PPBM juga.

Disebelah Mahathir juga dipanggil PPBM.


Mungkin Anwar sudah tahu peranan Mahathir dalam kejatuhan PH sehingga dia kena tunggu untuk jadi PM ke 9 pula.


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3066456363398401&id=100001022016761

Bersihkan segera penguasaan D4P dalam GLC, kalau tidak bakal mengundang masalah

BERSIHKAN GLC NEGARA DARI PENGUASAAN DAP!

Antara keutamaan yang perlu dibuat oleh kerajaan baru pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah untuk membersihkan kesemua lantikan politik DAP, khususnya di dalam syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC).


Pertama sekali, lantikan ini adalah sangat tidak bermoral kerana ia menyanggahi Janji 22 Manifesto Pakatan Harapan yang berbunyi “Kerajaan Pakatan Harapan akan memastikan pelantikan ahli lembaga pengarah ke dalam syarikat milik kerajaan nasional dan negeri adalah dari kalangan golongan profesional, dan bukan berdasarkan kaitan politik mereka”.

Keduanya, bila berlaku perubahan di dalam kerajaan yang memerintah maka kesemua lantikan politik yang dibuat oleh pihak-pihak yang tidak lagi menjadi sebahagian daripada kerajaan baru wajar secara automatik dan tanpa disuruh meletakkan jawatan mereka.

Begitupun, Pengerusi DAP, Tan Kok Wai, telah tanpa silu dan malu mengumumkan bahawa Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP memutuskan supaya kesemua lantikan politik DAP ini tidak meletakkan jawatan kerana kononnya Pakatan Harapan adalah kerajaan yang sah dan kerana kononnya mereka bertanggungjawab kepada negara bukan kepada mana-mana kerajaan. Sila rujuk: https://www.malaysiakini.com/news/513296

Disebabkan sikap tebal muka DAP ini maka wajarlah kerajaan baru mengambil langkah segera membersihkan kesemua lantikan politik DAP ini dengan memecat mereka bermula dengan Tan Kok Wai sendiri selaku Ahli Parlimen Cheras yang telah dilantik sebagai Duta Khas Ke China merangkap Pengerusi Malaysia-China Business Council (Majlis Perniagaan Malaysia-China, MCBC) pada Ogos 2018. Sila rujuk: https://www.nst.com.my/news/nation/2018/08/406943/confirmed-tan-kok-wai-special-envoy-china

Yang turut perlu segera dipecat adalah lima Ahli Parlimen DAP lain, iaitu:


(1) Ahli Parlimen Bentong, Wong Tack, yang telah dilantik sebagai Pengerusi Malaysian Timber Industry Board (Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia, MTIB) pada Ogos 2018. Sila rujuk: https://www.malaysiakini.com/news/437165

(2) Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, yang telah dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pada November 2018. Sila rujuk:
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/11/01/ahli-parlimen-klang-dilantik-ketuai-suruhanjaya-perkhidmatan-air-negara/

(3) Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin, yang telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Labuan Port Authority (Lembaga Pelabuhan Labuan, LPA) pada Februari 2019. Sila rujuk: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/02/28/kota-kinabalus-dap-mp-is-new-chairman-of-labuan-port-authority/1727781


(4) Ahli Parlimen Ipoh Timor, Wong Kah Woh, yang telah dilantik sebagai Pengerusi Sustainable Energy Development Authority (Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari, SEDA) pada Julai 2019. Sila rujuk: https://www.thestar.com.my/business/business-news/2019/07/23/wong-kah-woh-appointed-seda-chairman

(5) Ahli Parlimen Lanang, Alice Lau, yang telah dilantik sebagai Pengerusi National Institute of Occupational Safety and Health (Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara, NIOSH) pada Oktober 2019. Sila rujuk: https://www.malaysiakini.com/news/494634


Yang turut perlu segera dipecat adalah satu Ahli Dewan Undangan Negeri DAP, iaitu:

(1) Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah, yang telah dilantik sebagai Pengerusi Port Klang Authority (PKA) (Lembaga Pelabuhan Klang, PKA) pada Mei 2019. Sila rujuk: https://www.malaysiakini.com/news/478033

Yang turut perlu segera dipecat juga adalah dua pemimpin DAP lain, iaitu:

(1) Dr John Brian Anthony, yang merupakan Ahli Jawatankuasa CEC DAP dan Ahli Jawatankuasa DAP Sarawak, yang telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Bintulu Port Authority (Lembaga Pelabuhan Bintulu, BPA) pada November 2018. Sila rujuk:
https://www.theborneopost.com/2018/11/04/dr-john-brian-anthony-appointed-bpa-chairman/


(2) Jeffrey Chew Gim Eam, yang merupakan mantan Penolong Bendahari DAP Pulau Pinang, yang telah dilantik sebagai Pengerusi Penang Port Commission dan Pengerusi Penang Port Commission Teluk Ewa (Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang Teluk Ewa, PPC dan PPC Teluk Ewa) pada Mac 2019. Sila rujuk: https://www.malaysiakini.com/news/470842

Marilah sama-sama kita gerakkan operasi pembersihan GLC negara dari penguasaan DAP!

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3068165793227458&id=100001022016761

[Memang sah] Latheefa Koya Letak Jawatan Atas Keputusan Sendiri, Tiada Tekanan

Latheefa Koya meletak jawatan sebagai ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pegawai kanan kedua yang dilantik di bawah pentadbiran Dr Mahathir Mohamad, susulan tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan.


Keputusan itu disampaikan dalam surat kepada Muhyiddin Yassin pada 2 Mac – hanya sehari selepas beliau mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-8 diikuti dengan pertemuannya dengan Muhyiddin semalam.
“Urusan seperti biasa di SPRM, di tangan pegawai saya yang berkeupayaan,” katanya.

Beliau menolak spekulasi tidak berasas bahawa peletakan jawatannya disebabkan oleh tekanan.
“Ia adalah keputusan saya sendiri untuk berbuat demikian,” katanya sambil menambah peletakan jawatannya tertakluk kepada persetujuan Yang di-Pertuan Agong.

Kerajaan PH tumbang, Justo sudah pulang ke Switzerland

PETALING JAYA: Pemberi maklumat, Andre Xavier Justo yang menjadi tumpuan media selepas mendedahkan dokumen berkaitan 1MDB sudah pulang ke Switzerland, kira-kira 13 bulan setelah beliau memutuskan untuk tinggal di Malaysia.




Warganegara Swiss itu tidak mendedahkan butiran berhubung keputusan berkenaan dan sama ada ia ada kaitan dengan pertukaran kerajaan baru-baru ini.


Justo berkata, beliau dan keluarga meninggalkan Malaysia kerana mereka banyak menderita.

“Dan saya tidak boleh mengambil risiko membuatkan orang yang paling saya sayangi menderita lagi jika ada perkara yang tidak kena.

“Kami sudah pulang dan selamat di Switzerland, tetapi hati dan jiwa kami bersama anda semua,” tulisnya di Facebook.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memastikan mereka “pergi tanpa masalah”.

“Kami yakin sepenuhnya Malaysia akan bangkit tidak lama lagi dengan sebuah kerajaan demokratik yang ditubuhkan seperti sepatutnya.”


Catatan Justo ini menyusul penubuhan kerajaan baru terdiri daripada PPBM, Umno, PAS dan Gabungan Parti Sarawak, susulan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan pada awal minggu lalu.

Tahun lalu, Justo memberitahu FMT, beliau mahu menetap di Malaysia dengan keluarganya dan turut mencari sebuah sekolah untuk anaknya, Zander.

Justo menjadi tumpuan media selepas penahanannya pada 2015 kerana membocorkan dokumen syarikat minyak dan gas, PetroSaudi International berhubung usaha samanya dengan 1MDB.

Ini menjadi asas kepada siasatan pengubahan wang ke atas dana pelaburan negara itu.

Bagaimanapun, beliau kemudiannya dipenjarakan di Thailand selama 18 bulan atas dakwaan menuntut bayaran sebagai balasan tidak mendedahkan maklumat sulit.

Susulan kemenangan PH pada pilihan raya umum 9 Mei 2018, Justo menemui Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad, yang mengarahkan siasatan baru ke atas 1MDB dan SRC International seminggu selepas beliau mengangkat sumpah ke jawatan itu.

Justo berkata, tindakannya pulang ke Switzerland bukan pengakhirannya.

“Pengakhirannya ialah hari kita tunduk dan melupakan prinsip kita, tetapi ini tidak akan berlaku!”

Azmin kata dia yakin audio itu rakaman sahih, anggap itu pengkhianat terbesar Anwar

 Mohamed Azmin Ali yakin audio yang dikatakan perbualan antara Presiden PKR Anwar Ibrahim dan presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi merupakan...