Ahad, 8 Mac 2020

Anwar Ibrahim desak jawatan TPM, tetapi Mahathir tolak ketika kemelut - Dr Kamarul Yusoff

Apa yang kita nampak berkenaan situasi sebenar antara mereka berdua? Punca sebenar kemelut ini berlaku sebab apa agaknya, takkanlah suka-suka ia terjadi, malah bila kita nampak hal yang ketara berlaku antara mereka berdua.

Ketahuilah Mahathir yang sebenar menolak Anwar dan sekutunya, kita nampak kononnya dia nak tuju buruk kepada Umno, tetapi Mahathir silap, perancangannya mungkin berjaya, tetapi hakikatnya Anwar yang terkena banyak kali permainan orang tua ni.





Peliknya PKR masih simpan PPBM pro Mahathir dalam Pakatan Harapan. Itu yang pelik, sebenarnya perancangan orang tua tulah sehingga runtuhnya kerajaan PH.

PKR masih tidak sedar? D4P masih tidak mengerti permainan yang mengakibatkan mereka hilang jawatan dan kuasa?

Orang bodoh sahaja percaya Mahathir dan Muhyiddin kononnya bergasak. Kamon beb..

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=3073464022697635&set=a.744213708956023&type=3&theater

DATUK SERI ANWAR MINTA JAWATAN TPM WAKTU KEMELUT, TETAPI DITOLAK OLEH TUN DR MAHATHIR

Lagi pendedahan yang agak mengejutkan mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim yang keluar daripada mulut Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri.

Bila Pakatan Harapan kembali menyokong Tun Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menterinya dalam kemelut politik yang berlaku baru-baru ini, Datuk Seri Anwar mencadangkan nama beliau sendiri sebagai calon Timbalan Perdana Menteri.

Tun Dr Mahathir bagaimanapun menolak cadangan ini kerana ada beberapa pihak yang tidak gembira dengan Datuk Seri Anwar, termasuk kerana dua pemimpin masyarakat sivil terkenal mengadu mengenai beliau ketiadaan skil pentadbiran.

“Anwar lebih mahir dengan politiking berbanding dengan pentadbiran,” kata Tun Dr Mahathir.

Inilah yang diperkatakan oleh Tun Dr Mahathir dalam penjelasan kepada pemimpin BERSATU Langkawi di Langkawi Lagoon Resort mengikut akhbar The Sun Daily.


Apalah malangnya Datuk Seri Anwar, usahkan jawatan Perdana Menteri, minta sekadar jawatan Timbalan Perdana Menteri pun tidak dapat.

Laporan akhbar The Sun Daily ini boleh dibaca di pautan berikut:


https://www.thesundaily.my/local/anwar-wanted-to-be-dpm-after-collapse-of-ph-says-mahathir-JM2097290?fbclid=IwAR0GZ77i2v92KP-UmXaqKNaST7b9hmkE9UatfEZIKCiIjTMVuHItAO7bvUs

Anwar dan Mahathir perlu berundur - Dr Chandra Muzaffar

Sekurang-kurangnya ada tiga faktor yang menyumbang kepada keruntuhan PH. Pertama, hubungan antara keempat-empat parti komponen PH begitu rendah.


Mereka mempunyai latar belakang ideologi, sokongan politik dan intelektual yang begitu berbeza. Tetapi tiada usaha yang tersusun untuk memperkuat hubungan antara parti yang berbeza ideologi dan latar belakang sejarah terutamanya selepas PRU-14. Ini adalah masalah besar PH.


Kedua, saya nampak PH memang ada pencapaian tetapi mereka gagal dari segi komunikasi politik. Mereka melakukan sesuatu, tetapi tidak disampaikan kepada rakyat kenapa mereka berbuat demikian. Ada banyak reformasi yang dibuat dari segi sistem Parlimen, pilihan raya dan pentadbiran.

Umpamanya Pengerusi PAC daripada pembangkang, ini memang berlaku di negara-negara lain tetapi di Malaysia sejak merdeka individu yang mengetuai PAC adalah daripada ahli Parlimen kerajaan.


Dari segi pengundian, kita turunkan umur kelayakan mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun, itu juga suatu yang penting dari segi demokrasi. Namun, pencapaian ini tidak diterangkan.

Ketiga, bagi mereka yang mengundi PH dalam PRU-14, harapan besar mereka bukan soal ketulusan soal akauntabliti, itu penting dari segi pentadbiran dan pemerintahan, tetapi bagi mereka sebagai rakyat dan pengundi yang penting itu adalah kos sara hidup dan peluang pekerjaan atau apa yang dipanggil politik perut.


Dr Chandra Muzaffar

https://www.sinarharian.com.my/article/72931/BERITA/Politik/Anwar-Dr-Mahathir-lebih-baik-berundur

Tidak mengapalah, saya masih ada pegangan moral yang kuat – Syed Saddiq

KUALA LUMPUR –Ketua Armada, Syed Saddiq Abdul Rahman sekali lagi menegaskan dirinya tidak akan sesekali membelakangkan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau enggan menerima jalan ‘singkat’ demi jawatan serta kedudukan yang ditawarkan dengan menyokong kepimpinan Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata, dirinya mempunyai ‘suara hati’ serta pegangan moral yang kuat dan tidak akan sesekali menjalin kerjasama dengan blok Perikatan Nasional (PN).


Syed Saddiq berkata demikian ketika diminta wartawan seandainya beliau juga mempunyai hasrat untuk menukar ‘kem’ seperti bekas pegawai khasnya, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang kini sudah beralih kepada Muhyiddin.


“Sebenarnya, saya tidak akan menyertai beliau (Muhyiddin) kerana saya lebih rela hilang semua kedudukan berbanding pegangan moral tetapi saya juga ucapkan selamat maju jaya kepadanya,” katanya dalam perbualan kumpulan WhatsApp media hari ini.

Wan Ahmad yang juga Pengerusi Biro Perhubungan Antarabangsa ARMADA membuat kejutan apabila melahirkan sokongan tidak berbelah bahaginya kepada Muhyiddin sebagai perdana menteri selepas mengadakan pertemuan selama lebih dua jam.

Menerusi catatan di Twitter, Wan Ahmad Fayhsal mendedahkan hasil pertemuan dengan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)itu selepas mengambil asas ‘fiqh tabayyun’ (berpegang kepada kebenaran) dan menyerahkan diri kepada Allah.

“Yang keruh sudah dijernihkan, yang kusut sudah dikemaskan, yang kabur sudah dijelaskan. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, menyokong penuh Tan Sri Presiden Bersatu untuk terus menerajui kepemimpinan negara sebagai Perdana Menteri.


“Tan Sri (Muhyiddin) seharusnya terus diberikan kepercayaan untuk mendepani cabaran yang hebat ini. baca selanjutnya https://malaysiagazette.com/2020/03/07/tidak-apalah-saya-masih-ada-pegangan-moral-syed-saddiq/

PRU15 boleh memudaratkan, kata Hamzah

 PETALING JAYA: Setiausaha Agung PPBM, Hamzah Zainudin berkata, desakan pembangkang supaya kerajaan mengadakan pilihan raya umum ketika situ...