Isnin, 16 Mac 2020

Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan bermula 18 Mac sehingga 31 Mac 2020

KUALA LUMPUR- Malaysia mengambil terpaksa mengambil tindakan drastik bagi membendung pandemik Covid-19 dengan mengenakan Langkah Kawalan Pergerakan bermula lusa (18 Mac 2020) sehingga 31 Mac 2020.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan, ini melibatkan penutupan semua rumah ibadat dan premis perniagaan kecuali pasar raya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian.



Pergerakan dan perhimpunan ramai juga dilarang diadakan termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.


Kedua, semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara disekat sepenuhnya manakala yang baru pulang dari luar negara dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin sukarela selama 14 hari.

Kemasukan semua pelancong dan pelawat asing juga disekat sepanjang tempoh tersebut.

Langkah keempat adalah penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti.

Langkah kelima melibatkan penutupan penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara.


Selain itu, semua premis kerajaan dan swasta diarahkan tutup kecuali yang melibatkan perkhidmatan penting negara seperti air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.

“Kita tidak boleh menunggu lebih lama sehingga keadaan menjadi lebih meruncing.

“Tindakan drastik perlu diambil dalam kadar segera untuk menyekat penularan wabak ini dengan cara mengehadkan pergerakan orang ramai.

“Inilah satu-satunya cara untuk kita mengelakkan lebih ramai rakyat negara ini dijangkiti wabak yang boleh meragut nyawa,” katanya dalam satu perutusan khas malam tadi.


Muhyiddin sekali lagi memberi jaminan bekalan makanan, keperluan harian dan kesihatan adalah mencukupi.

Malah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah diarahkan untuk memantau situasi bekalan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.- MalaysiaGazette

PRU15 boleh memudaratkan, kata Hamzah

 PETALING JAYA: Setiausaha Agung PPBM, Hamzah Zainudin berkata, desakan pembangkang supaya kerajaan mengadakan pilihan raya umum ketika situ...