Ahad, 26 April 2020

Tiada lagi pesakit Covid-19 di hospital Wuhan

#Global Jumlah pesakit Covid-19 yang dimasukkan ke hospital di Wuhan, China, wilayah paling teruk dilanda wabak itu, menurun kepada sifar, kata seorang pegawai kesihatan pada Ahad lapor agensi berita Xinhua.




Kejayaan itu hasil usaha keras pekerja perubatan di Wuhan dan mereka yang dihantar untuk membantu memerangi virus maut itu, kata jurucakap Suruhanjaya Kesihatan China Mi Feng pada sidang media di Beijing.

-Bernama

Pegawai D4P berlakon dalam video parody hina Ustaz Ebit Lew? Nitizen 'hamun' kata dah tua pun bodoh

KUALA LUMPUR – Sejak beberapa hari lalu, nama pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew semakin hangat diperkatakan selepas beliau dan pasukannya memberi bantuan kepada satu keluarga di Kedah.


Beliau diserang daripada pelbagai pihak, termasuk pegawai khas kepada Menteri Besar Kedah, individu dan kumpulan organisasi lain.




Di laman-laman media sosial, pelbagai tuduhan telah dilempar terhadap pendakwah bebas berbangsa Cina itu.

Sejak dua hari lepas, tular pula sebuah video yang dipercayai menyindir aktiviti dakwah Ebit.

Menurut sumber, salah seorang daripada pelakon dalam video tersebut, Rosly Yusof merupakan pegawai kepada Ahli Parlimen DAP, Bukit Mertajam, Steven Sim.

Turut berlakon dalam video tersebut, Muhammad Fitri Termizi, yang juga merupakan Naib Ketua Pemuda AMANAH Pulau Pinang.

Walaupun tidak dinyatakan dengan jelas tujuan video tersebut dan tidak menyebut mana-mana nama, netizen sudah dapat mengagak ciri-ciri yang dilakonkan semula menggambarkan situasi yang sama dalam kebanyakkan video Ebit Lew.

Menerusi perkongsian di Facebook, video tersebut mendapat kecaman dari netizen yang tidak berpuas hati dengan tindakan pelaku di dalam video tersebut.






Antara lain, netizen menganggap perbuatan dan video sindiran tersebut sebagai bodoh dan pelbagai lagi kecaman lain.




SuaraTV telah menghubungi Rosly Yusof, yang juga merupakan pelakon dalam video tersebut, tetapi gagal mendapat sebaran respon. -SuaraTV

Pecah-belahkan perpaduan Melayu, Islam kerja syaitan

 KETUA Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menyelar pihak yang cuba memecah-belahkan perpadua...