Sabtu, 23 Mei 2020

PH diambang perpecahan, sudah mula kelihatan tanpa selindung kata penganalisis

PETALING JAYA: Seorang penganalisis percaya bibit perpecahan mula kelihatan dalam blok pembangkang, terutama selepas Presiden PKR Anwar Ibrahim tidak hadir sidang media yang diadakan Dr Mahathir Mohamad ketika pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang lain hadir.

Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia berkata alasan Anwar tidak hadir – sidang media itu bukan dianjurkan PH secara rasmi – adalah aneh, terutama Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu menghadirinya.



Beliau berkata ia jelas ada isu yang belum selesai dalam kalangan pembangkang dan memberi amaran potensi pakatan itu untuk menawan kembali Putrajaya akan terjejas sekiranya perbezaan mereka gagal diselesaikan.

Azmi berkata perselisihan dalaman yang sudah berlaku sejak PH menjadikan PPBM sebagai sekutu, sinonim dengan persepsi pakatan itu tidak menunjukkan prestasi yang baik sebagai sebuah kerajaan.

“Pembangkang perlu mengetepikan perselisihan dalaman seperti ini, yang mana bagaimana mereka hilang sebagai kerajaan pada mulanya.


“Rakyat agak berwaspada dan mungkin mengesyaki mereka tidak memiliki apa yang diperlukan untuk memerintah negara ini,” katanya kepada FMT.

James Chin dari Institut Asia University of Tasmania
berkata PKR dilihat sebagai hubungan yang lemah dalam PH ketika ini, sambil menambah ada kemungkinan lebih banyak pembelotan dari parti Anwar untuk menyertai Perikatan Nasional (PN).


Beliau berkata pendaftaran rasmi PN sebagai entiti politik akan menjadi faktor penentu utama jika ia akan ditubuhkan sebagai gabungan tunggal menjelang pilihan raya umum akan datang.

“Jika PN didaftarkan sebagai sebuah gabungan- di mana saya fikir mereka akan lakukannya – maka ini akan membolehkan semua parti PN, termasuk Barisan Nasional (BN), berdiri di bawah simbol parti tunggal.

“Dan lebih lama mereka (PN) memegang kuasa, lebih mudah untuk mereka membawa masuk beberapa orang PKR,” katanya.

Azmi Hassan

Chin berkata kedudukan PPBM ketika ini bersejarah dan menarik, berikutan tidak pernah berlaku parti pemerintah yang memiliki ahli Parlimen dalam kedua-dua blok kerajaan dan pembangkang.


Menyentuh mengenai organisasi politik, Azmi berkata, BN dilihat sebagai gabungan yang lebih stabil berbanding PN dan PH.

“PN adalah yang paling lemah memandangkan ahli berada dalam gabungan itu kerana agenda yang berbeza, berbanding dengan PH, di sebalik perselisihan dalaman mereka, mempunyai agenda bersama untuk menyingkirkan BN.”

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/05/23/bibit-perpecahan-mula-kelihatan-dalam-ph-kata-penganalisis/

[Panas] Seorang lagi ahli Parlimen PKR akan keluar parti

PETALING JAYA: Seorang ahli Parlimen PKR akan menjadi wakil rakyat terbaru yang akan keluar parti, satu lagi tamparan kepada peluang parti itu untuk mengembalikan Pakatan Harapan ke tampuk kuasa persekutuan.

Sumber dalaman parti beritahu FMT bahawa ahli Parlimen itu tidak menonjolkan diri sejak tumbangnya kerajaan PH pada Februari, yang juga menyaksikan penyingkiran para penyokong bekas timbalan presiden Mohamed Azmin Ali daripada PKR.



Azmin dan beberapa ahli Parlimen belot dan menyokong Muhyiddin Yassin untuk menubuhkan kerajaan Perikatan Nasional, dengan sokongan Umno, PAS, dan GPS.


Dipercayai ahli Parlimen itu akan mengumumkan keluar PKR esok. FMT tidak menamakan wakil rakyat itu sehingga mendapat pengesahan.

Sumber sama beritahu FMT bahawa PKR akan menyaksikan “beberapa lagi ahli Parlimen” jadi wakil rakyat Bebas.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/05/22/seorang-lagi-ahli-parlimen-pkr-akan-keluar-parti/

“Besar kemungkinan ahli-ahli Parlimen ini kekal sebagai wakil rakyat Bebas. Macam mana sekalipun, ia satu tamparan pada Anwar Ibrahim dan PH yang berusaha untuk mendapatkan sokongan wakil rakyat untuk kembali berkuasa,” kata sumber itu, merujuk kepada presiden PKR yang juga kini pengerusi PH.


Perkembangan ini seminggu selepas 2 Adun PKR di Kedah mengumumkan keluar parti, mempercepatkan kejatuhan kerajaan PH pimpinan Mukhriz Mahathir.

Mukhriz meletakkan jawatan MB beberapa hari selepas Adun Sidam, Robert Ling dan Adun Lunas, Azman Nasrudin mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas mesra PN.

Pelik! Muhyiddin kata kerajaan sudah dah tak banyak duit, tetapi timbalan menteri pelancongan baru tetap akan dilantik hari ini

 Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Dee Koh Hoi dilapor akan mengangkat sumpah sebagai timbalan menteri pelancongan, ke...