Khamis, 4 Jun 2020

Pemimpin Armada ditahan: Jangan takut, berani kerana benar, kata Syed Saddiq

Ketua Armada Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan kepimpinan Armada tidak perlu takut jika mereka ditahan oleh pihak berkuasa atas prinsip berani kerana benar.


Dalam ciapannya hari ini, bekas Menteri Belia dan Sukan itu menegaskan kepimpinan sayap Bersatu itu perlu teguh dengan prinsip.



“Saya dengar satu persatu rakan Armada yang bersuara dipanggil dan ditahan oleh mereka yang berkuasa.

“Jangan kita takut. Berani kerana benar. Prinsip kita kekal teguh walaupun diugut. Jika tidak salah, buat apa rasa takut?” kata Syed Saddiq yang turut berkongsi berita portal Malaysiakini bertajuk ‘Ahli Armada dicekup SPRM, dijangka ramai lagi ditahan- sumber.’

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Ahmad Khusairi Yahaya berkata, penangkapan itu adalah berhubung siasatan wang tunai RM250,000 yang dilaporkan hilang di rumah Syed Saddiq pada hujung Mac.



Memetik laporan Berita Harian, Ahmad Khusairi Yahaya yang menolak sekeras-keraskan tangkapan itu bermotifkan politik berkata, hasil siasatan SPRM mendapati berlaku penyelewengan dalam akaun ARMADA dan tangkapan dilakukan untuk siasatan selanjutnya.

Syed Saddiq sebelum ini mendakwa, wang yang dicuri dari rumahnya itu adalah milik peribadi iaitu RM90,000 adalah miliknya; RM50,000 (ibunya) dan RM70,000 (bapanya).-SM

https://suaramerdeka.com.my/pemimpin-armada-ditahan-jangan-kita-takut-berani-kerana-benar/

[Koyak?] Hanna Yeoh bidas Najib sebab bercakap soal PRU

Anggota Parlimen Segambut Hannah Yeoh mengkritik bekas perdana menteri Najib Razak yang bercakap soal pilihan raya umum (PRU) ketika negara masih dilanda krisis ekonomi dan kesihatan ekoran Covid-19.

Yeoh merujuk laporan media berkenaan kenyataan yang dibuat bekas pengerusi Umno itu yang berkata ada “kemungkinan yang tinggi” PRU diadakan jika situasi politik negara terus bergolak.


“Ketika sekolah masih belum lagi dibuka, kedai gunting rambut hilang pendapatan selama tiga bulan dan sebahagian rakyat diberhentikan kerja, pemimpin Umno ini hanya sibuk mencadangkan untuk diadakan pilihan raya.


"Beliau malah sampai peringkat mencadangkan kepada kementerian kesihatan dan suruhanjaya pilihan raya untuk segera merangka SOP untuk menghadapi pilihan raya.


“Adalah sesuatu yang tidak boleh diterima akal apabila cadangan seperti itu datang daripada Najib……Ini adalah bukti paling jelas betapa Najib telah meletakkan kepentingan politiknya mengatasi kepentingan negara.

"Perdana menteri (Muhyiddin Yassin) perlu menasihatkan ahli parlimennya supaya berhenti meruntuhkan pemerintahan majoriti tipisnya,” kata ahli parlimen DAP itu dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam satu kenyataan di akaun Facebook semalam, Najib meminta kementerian kesihatan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mula merangka prosedur operasi standard (SOP) sekiranya pilihan raya.

Bagaimanapun, dalam kenyataan sama, beliau juga mengatakan bahawa pilihan raya ketika ini akan memberi risiko tinggi kepada kesihatan rakyat dan ekonomi negara.


“Jika politik negara terus bergolak sehingga pimpinan kerajaan tidak dapat memfokuskan kerja memulihkan ekonomi negara ekoran perintah kawalan pergerakan (PKP), percayalah majoriti rakyat akan lebih rela memilih untuk berdepan dengan risiko yang ada dan menuntut Parlimen dibubarkan.

“Ini kerana majoriti rakyat sudah berasa muak dengan drama politik yang sedang berlaku hari ini,” katanya.


Dalam kenyataan susulan, anggota parlimen Pekan itu menafikan dakwaan bahawa Umno kini menggesa untuk mengadakan pilihan raya bagi menentang kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Sebaliknya, beliau mendakwa Pakatan Harapan (PH) kini berusaha untuk menjatuhkan kerajaan dengan "membeli ahli parlimen" dan mengatakan Umno bersedia sekiranya Parlimen dibubarkan jika PH berjaya meraih majoriti tipis.

Najib berkata demikian bagi mengulas kenyataan Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, A Kadir Jasin yang membuat spekulasi bahawa Umno dan Barisan Nasional (BN) sedang mengatur langkah menantang PN.


Ini selepas Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memuat naik gambar beliau dan Najib beserta keterangan: "Kami sudah siap siaga untuk PRU15. Adakah anda semua sudah bersedia bersama kami?"

https://www.malaysiakini.com/news/528677

Pelik! Muhyiddin kata kerajaan sudah dah tak banyak duit, tetapi timbalan menteri pelancongan baru tetap akan dilantik hari ini

 Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Dee Koh Hoi dilapor akan mengangkat sumpah sebagai timbalan menteri pelancongan, ke...