Jumaat, 5 Jun 2020

[Tak cukup] PH belum peroleh 129 kerusi

Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong berkata, Pakatan Harapan (PH) setakat ini belum mencapai sasaran 129 kerusi Parlimen seperti yang disebar dalam spekulasi.

Walau bagaimanapun, sasaran itu boleh dicapai jika Datuk Seri Anwar Ibrahim berganding dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad.



“Saya tidak berpendapat bahawa kami sudah ada 129 kerusi. Ia bagaimanapun bukanlah sesuatu yang mustahil jika percanggahan Dr. Mahathir dan Anwar dapat diselesaikan dan pengagihan jawatan dirundingkan dengan baik,” kata Chin Tong kepada Kwong Wah Yit Poh.


Chin Tong juga tidak menafikan kemungkinan berlaku pilihan raya kilat pada akhir tahun jika persetujuan berjaya dicapai antara bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


“Terdapat khabar angin bahawa Najib sedang melihat peluang yang diwujudkan COVID-19 dan faktor lain yang akan menyebabkan peratus mengundi menurun ke 60 peratus.

“Keadaan ini akan membolehkan UMNO dan Pas memenangi pilihan raya melalui sokongan penyokong tegar mereka,” katanya kepada Kwong Wah Yit Poh.


Sementara itu, Chin Tong yang juga Ketua DAP Johor memberitahu Sinchew Daily bahawa adalah menjadi kebimbangan PH bahawa Najib dan UMNO akan menghala ke arah pembubaran Parlimen.

“Kami akan berusaha sedaya upaya untuk menyelaraskan semula pengaruh Dr. Mahathir dan Anwar supaya mereka tidak dipecahkan oleh Muhyiddin dan Najib.

https://malaysiagazette.com/2020/06/05/ph-belum-peroleh-129-kerusi/

“Insya Allah perubahan besar dalam masa terdekat.” PH akan ambil kembali Putrajaya?

“Insya Allah perubahan besar dalam masa terdekat.”

Itu ungkatapan penuh makna dan menimbulkan persoalan yang tercatat di laman sosial Pakatan Harapan dalam satu hantaran malam ini.




Hantaran tersebut turut dimuatnaik di laman Facebook Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut dimuatnaik gambar-gambar pertemuan Ketua Pembangkang itu dengan beberapa pemimpin parti Pakatan Harapan (PH) termasuk Presiden Amanah, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Anthony Loke.


“Pimpinan utama PH telah bertemu malam ini dan mengulangi komitmen untuk bersama mengukuhkan PH dalam membuat setiap keputusan dan tindakan politik.

“PH akan membuat semua keputusan berasaskan konsensus,” katanya lagi.- MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/2020/06/04/anwar-jangka-perubahan-besar-dalam-masa-terdekat/

[Biar betul?] 3 Ahli Parlimen Amanah Akan Sertai Bersatu?

KUALA LUMPUR – Tiga Ahli Parlimen Amanah dijangka akan menyertai Bersatu dalam masa terdekat, bagi mengukuhkan lagi kerajaan Perikatan Nasional yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Menurut sumber dalaman, tiga ahli parlimen tersebut ialah bekas Menteri Pertanian, Datuk Salahuddin Ayub (Pulai), Hasanuddin Mohd Yunus (Hulu Langat), dan Dr. Hasan Baharom (Tampin).

“Ada tiga orang semuanya. Pulai, Hulu Langat dan Tampin.



“Bila, kita tidak tahu tapi tak lama(lagi) akan pi(menyertai). Kita tunggu la.

“Depa(mereka) kuatkan lagi kerajaan,” katanya ringkas kepada SuaraTv.


Beliau ketika ditanya berkenaan orang yang bertanggung jawab menarik ketiga-tiga ahli parlimen itu menyertai Perikan Nasional, bagaimanapun enggan memaklumkan secara jelas.

“Hang(kamu) tahu siapa, semua orang tahu dan kenal,” katanya.

SuaraTV sudah menghubungi ketiga-tiga ahli parlimen tersebut melalui aplikasi Whatsapp.


Walau bagaimanapun, masih belum mendapat sebarang maklum balas meskipun hantaran mesej pengesahan pada aplikasi tersebut menunjukkan ianya sudah diterima dan dibaca.

SuaraTV

https://suara.tv/04/06/2020/3-ahli-parlimen-amanah-akan-sertai-bersatu/

Pelik! Muhyiddin kata kerajaan sudah dah tak banyak duit, tetapi timbalan menteri pelancongan baru tetap akan dilantik hari ini

 Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Dee Koh Hoi dilapor akan mengangkat sumpah sebagai timbalan menteri pelancongan, ke...