Rabu, 1 Julai 2020

Imej kulit buku bukan manipulasi Jata Negara, kata Zunar

Pelik bin ajaib golongan berhaluan kiri cukup koyak sekiranya perkara yang menampakkan mereka ini melanggar dan mencemarkan sesuatu perihal berkenaan Negara Berdaulat ini, maka diambil tindakan oleh Kerajaan.

Terbaru, penghinaan terhadap Jata Negara, diharuskan dikenakan tindakan paling keras terhadap golongan yang cuba mengubah, memandai-mandai pula tukar makna, kononnya atas dasar seni hak asasi bersuara.


Jangan beri muka lagi terhadap golongan begini, sudah kantoi buat onar, minta maaf, ingat dengan meminta maaf selesai masalah penghinaan itu? Jata Negara tu, ingat apa.


Dari Portal Malaysiakini



Di tengah-tengah gesaan supaya tindakan diambil terhadap pengubahsuaian logo Jata Negara, kartunis Zulkiflee SM Anwar Ulhaque berkata imej kontroversi yang dipaparkan di kulit buku itu tidak patut dilihat sebagai memanipulasikan Jata Negara.


Sebaliknya, Zulkiflee atau lebih dikenali sebagai Zunar berkata pereka logo tersebut mungkin hanya menggunakan logo Jata Negara sebagai rujukan, dan bukannya memanipulasikan imej sebenar.

"Ini kerana hanya satu bahagian, iaitu kurang dari 50 peratus dari keseluruhan gambar lambang Jata Negara yang lengkap, digunakan dalam karya itu.


"Manipulasi adalah apabila seseorang menggunakan keseluruhan logo dan mengubah satu atau sebahagian kecil dari keseluruhan logo," kata Zunar kepada Malaysiakini.

"Untuk memahami perkara ini, ia sama seperti larangan menggunakan bendera negara sebagai kain secara menyeluruh, tetapi jika kita hanya mengambil bahagian jalur atau hanya bahagian bintang (di bendera), saya tidak menganggapnya melanggar undang-undang," katanya .


Tafsiran seni luas

Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin sebelum ini berkata kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melakukan "tindakan tidak patriotik" berhubung Jata Negara dan mengarahkan pihak polis menjalankan siasatan segera berhubung isu itu.

Menurut kenyataan menteri dalam negeri itu, Seksyen 3 (1) (a) Akta Lambang dan Nama 1963 menetapkan adalah menjadi kesalahan bagi mereka meniru lambang Kerajaan Persekutuan itu.


Zunar berpendapat seorang artis tidak boleh bertanggungjawab terhadap tafsiran orang ramai mengenai karya mereka.

"Apabila kita bercakap tentang seni dengan mesej, makin luas tafsirannya, adalah lebih baik. Untuk lukisan ini, tafsirannya sangat luas.

"Prinsip asasnya adalah,'sebagai seorang artis, tugas saya adalah menghasilkan seni, tetapi saya tidak bertanggungjawab untuk tafsiran orang lain'," katanya.


Zunar menambahkan dia bingung dengan pengkritik yang menganggap imej itu menyinggung perasaan, termasuk Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah, yang menganggap ia sebagai perbuatan biadab.

Baca seterusnya disini https://www.malaysiakini.com/news/532520

Shafie calon PM9: Amanah mahu bincang dalam Majlis Presiden

Jawatankuasa Pimpinan (JKP) Nasional Parti Amanah Negara (Amanah) tidak akan membuat keputusan bersendirian berhubung cadangan mencalonkan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri kesembilan.




Sebaliknya, menurut Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abd. Samad, perkara itu akan dibincang dan diputuskan secara bersama dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan (MPPH).

“Dalam mesyuarat JKP Nasional petang ini, ada membincangkan pencalonan Shafie sebagai Perdana Menteri seperti dicadangkan dalam satu pertemuan tidak formal pemimpin dari Amanah, DAP, Warisan dan Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini.

“Kita bersetuju merujuk perbincangan berkaitan perkara ini kepada MPPH dalam waktu terdekat untuk mendapat keputusan bersama.


“Mesyuarat ini mengambil maklum bahawa cadangan itu adalah untuk mencari penyelesaian kepada usaha mencukupkan sokongan Ahli Parlimen bagi PH membentuk semula kerajaan,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Beliau berkata, setelah mengambil pandangan dari semua ahli mesyuarat, JKP Nasional Amanah menganggap perlu diputuskan bersama dalam MPPH demi menjamin kesepakatan dan kebersamaan dalam menangani persoalan itu.


Jelas Khalid, mesyuarat itu menegaskan persoalan untuk mengambil semula kerajaan adalah sesuatu yang perlu diutamakan. – MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/2020/06/30/shafie-calon-pm9-amanah-mahu-bincang-dalam-majlis-presiden/

Pelik! Muhyiddin kata kerajaan sudah dah tak banyak duit, tetapi timbalan menteri pelancongan baru tetap akan dilantik hari ini

 Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Dee Koh Hoi dilapor akan mengangkat sumpah sebagai timbalan menteri pelancongan, ke...