Rabu, 29 Julai 2020

Nik Abduh kagum lihat semangat juang Najib dalam kes rasuah SRC

Seorang pemimpin PAS menyifatkan Najib Razak sebagai pejuang, selepas dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM120 juta atas 7 pertuduhan rasuah membabitkan RM42 juta dana SRC International.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz masih menghormati Najib dan kagum melihat semangat perjuangan bekas perdana menteri itu untuk menegakkan kebenaran serta membersihkan namanya.




“Keputusan semalam adalah satu daripada 2 laluan di depan yang sudah dijangka sejak awal perjuangan. Perjuangan tunjang kehidupan.

“Saya tidak tahu siapa yang benar, mana satu yang batil, tetapi saya amat tahu bahawa Allah memegang dan memiliki kebenaran itu.


“Dia pasti mempertahankan hamba-Nya yang benar dan berjuang deminya,” tulisnya dalam catatan di Facebooknya hari ini.

Semalam, Najib melafazkan sumpah laknatnya sekali lagi yang beliau tidak meminta atau ditawarkan RM42 juta.


Beliau yang kecewa dengan hukuman dijatuhkan ke atasnya semalam, akan memfailkan rayuan secepat mungkin untuk membersihkan namanya.

Najib ialah bekas perdana menteri pertama di negara ini yang dibicarakan dan disabit bersalah atas pertuduhan jenayah susulan tindakannya ketika memegang jawatan itu.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/07/29/nik-abduh-kagum-lihat-semangat-juang-najib-dalam-kes-rasuah/

Sah Warisan sudah tumbang, Musa Aman ambil alih kerajaan negeri Sabah

Agak mengejutkan setelah ura-ura kerajaan Warisan akan terlungkup, rupa-rupanya ia sangat menjadi kenyataan pada hari ini menurut portal Suara TV.

Shafie Apdal yang sebelum ini mengatakan Warisan masih kuat di Sabah, mustahil UMNO/BN akan mengambil alih akhirnya terlerai juga kata seorang yang sebelum ini diangkat sebagai calon Perdana Menteri PH.


Teringat dulu nyanyian Anwar Ibrahim, 'tanya sama pokok apa sebab goyang, nanti tanya Najib Sabah nak hilang'

Ingat lagi lagu sinis itu?

Selamat kembali Barisan Nasional

Dari Suara TV


Kota Kinabalu – Bekas ketua menteri Sabah, Musa Aman hari ini mengumumkan beliau mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri baru selepas mendapat sokongan mencukupi daripada Adun negeri itu.

Adun itu datang daripada Warisan, PKR, PPBM dan Umno.

Foto - Astro Awani


“Langkah seterusnya ialah menemui gabenor Sabah dan menyerahkan akuan bersumpah daripada Adun kepada beliau,” kata Adun Sungai Sibuga itu pada sidang media di sini.

Beberapa minggu ini, timbul spekulasi akan berlaku perubahan dalam kerajaan Sabah pimpinan Warisan, susulan dakwaan 14 hingga 16 Adun yang menyokong gabungan parti pemerintah itu akan bertukar kem.


Ini bermakna pembangkang yang kini mempunyai 20 kerusi akan mempunyai sokongan mencukupi untuk mendapat majoriti mudah 33 kerusi yang diperlukan bagi menggulingkan kerajaan sedia ada berusia 27 bulan itu.



Menurut khabar angin itu, Musa yang merupakan ketua menteri paling lama berkhidmat akan kembali menerajui negeri itu.

https://suara.tv/29/07/2020/warisan-tumbang-musa-aman-ambil-alih-kerajaan-negeri-sabah/

[Gempar] Ahli Parlimen BN adakan perjumpaan dengan Muhyiddin

Ahli Parlimen BN berjumpa dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada tengahari menurut sumber, sebelum ini status di facebook Datuk Seri Zahid Hamidi yang menjadi tanda tanya kepada semua ahli Umno dan nitizen.

Adakah berlaku sesuatu? tidak dipastikan lagi, kita tunggu apa yang akan diketahui dalam perjumpaan itu nanti.




Dari Suara TV

Kuala Lumpur – Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mengadakan perjumpaan tertutup dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di bangunan Parlimen, hari ini.

Perjumpaan yang diketuai Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu berlangsung kira-kira sejam bermula dari 1 tengahari.

Perjumpaan tersebut dikatakan untuk membincangkan beberapa isu termasuklah mengenai kedudukan BN di dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Zahid melalui laman Facebook memberikan bayangan, parti itu akan menilai semula perkongsian kuasa di dalam PN.


“Untuk berkongsi hidup, apatah lagi berkongsi kuasa, keikhlasan dan kejujuran merupakan prinsip utama perkongsian.

“Apabila keikhlasan dan kejujuran diketepikan, sebarang perkongsian harus dinilai semula. UMNObangkit,” tulisnya sebentar tadi.


Terdahulu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata walau dalam apa keadaan sekalipun, parti itu akan menzahirkan komitmen bersama UMNO dalam Muafakat Nasional di samping terus memperkukuhkan Kerajaan Perikatan Nasional.

https://suara.tv/29/07/2020/ahli-parlimen-bn-adakan-perjumpaan-dengan-muhyiddin/?fbclid=IwAR2wWNJ7GvK2K9WuQKRN0IZn-7m7Ox7WAM8vQqaM8a4hkn2pWE5fgy3guj8

[Panas] Zahid beri gambaran UMNO perlu perincikan kerjasama bersama PN?

Kuala Lumpur – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi memberikan bayangan, akan pendirian parti itu untuk menilai semula perkongsian kuasa di dalam Perikatan Nasional (PN).

Zahid melalui laman Facebook sebentar tadi berkata keikhlasan dan kejujuran adalah prinsip paling utama dalam perkongsian kuasa.

“Untuk berkongsi hidup, apatah lagi berkongsi kuasa, keikhlasan dan kejujuran merupakan prinsip utama perkongsian.


“Apabila keikhlasan dan kejujuran diketepikan, sebarang perkongsian harus dinilai semula. UMNObangkit,” tulisnya sebentar tadi.

Terdahulu Zahid berkata UMNO akan membuat satu keputusan politik selepas Datuk Seri Najib Razak didapati bersalah dalam kes SRC International Sdn Bhd.


“UMNO akan buat keputusan politik berkaitan keputusan mahkamah kes DS @NajibRazak hari ini. Harap semua pihak berlapang dada.

“Yakin DS Najib masih ada ruang mendapatkan keadilan mengikut proses perundangan negara,” tulisnya sebentar tadi.



Terdahulu ahli parlimen Bagan Datuk itu turut menegaskan UMNO bakal membincangkan mengenai hala tuju parti itu di dalam kerajaan Perikatan (PN).


“Maka tentunya ada sesuatu yang akan dilakukan oleh UMNO. Tunggulah keputusan-keputusan yang akan kami perbincangkan.

“Maka tentunya apa yang akan kami lakukan adalah tindakan bersifat usaha bagi menentukan hala tuju kerajaan yang ada sekarang,” katanya kepada pemberita di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Selasa.

Terdahulu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata walau dalam apa keadaan sekalipun, parti itu akan menzahirkan komitmen bersama UMNO dalam Muafakat Nasional di samping terus memperkukuhkan Kerajaan Perikatan Nasional.


Semalam Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib yang didapati bersalah atas 7 pertuduhan membabitkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Najib berdepan tiga pertuduhan pecah amanah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kuasa berhubung dana tersebut.

https://suara.tv/29/07/2020/zahid-beri-gambaran-umno-akan-nilai-semula-perkongsian-kuasa-dengan-pn/

‘Di hari saya tidak berkuasa, masih ada sokongan ikhlas rakyat’ – Najib

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan hari yang beliau lalui semalam sebagai satu hari yang panjang.

Namun menurutnya, kehadiran rakyat rakyat dari segenap lapisan masyarakat yang memberi sokongan di tengah-tengah Covid-19 menjadi ancaman adalah sesuatu yang tidak beliau sangka.


Ahli Parlimen Pekan itu sebak kerana ketika dia tidak berkuasa masih ada sokongan ikhlas daripada rakyat yang hadir untuk menunjukkan persahabatan sejati.


“Ada seperkara yang saya tidak sangka. Bukan, bukan keputusan penghakiman.


“Apa yang saya lihat setibanya kereta saya di Masjid Wilayah pagi tadi. Menerusi tingkap kereta pada mulanya dan ketika berjalan menuju ke mahkamah.

“Saya lihat wajah anak-anak muda, dalam lingkungan 20-30an. Saya lihat ada warga emas, pakcik-pakcik dan makcik-makcik. Ada yang bertongkat, ada yang dipapah. Saya lihat ada golongan kurang berupaya di atas kerusi roda,” kata Najib.

Menurut Najib, beliau diberitahu kebanyakkan yang hadir terdiri daripada kalangan mereka orang kampung, pekerja kontrak, peniaga kecilan, buka warung, pengusaha kantin.


Kumpulan yang hadiri itu, kata beliau merupakan lapisan masyarakat yang menerima manfaat dan bantuan daripada dasar ketika dia menjadi Perdana Menteri.



“Secara ikhlas dari hati saya, saya nak sampaikan satu mesej kepada semua. Saya tidak dapat berjumpa, tidak dapat membalas ucapan sokongan saudara-saudari satu-satu.


“Maafkan saya. Izinkan saya sampaikan penghargaan di sini. Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih tidak terhingga.

“Tidak saya sangka. Saya ada ‘aset’ yang begitu bernilai dalam saudara-saudari. Persahabatan sejati. Di hari saya sudah tidak berkuasa ini. Di hari saya sudah tiada apa-apa.


“Saya masih ada persahabatan sejati dan sokongan ikhlas rakyat. Andalah rakan dan keluarga yang saya ada. Ini bukan pengakhiran. Perjalanan saya masih jauh dengan proses lanjutan di peringkat kehakiman seterusnya. Saya mahukan keadilan,” kata Najib.

https://suaramerdeka.com.my/di-hari-saya-tidak-berkuasa-masih-ada-sokongan-ikhlas-rakyat-najib/

Malu! Sekali video Timbalan Menteri tertidur masuk berita Turki tu...

 Rakaman video yang menunjukkan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Eddin Syazlee Shith tertidur ketika di satu majlis konvokesyen baru-ba...