Jumaat, 31 Julai 2020

Mat Sabu 'Macai' dan memalukan kata ketua Pan Marang

Kuala Lumpur – Ketua Parti Amanah Negara (PAN) Marang, Miqdad Zakaria menyifatkan Presiden parti, Mohamad Sabu sebagai macai dan memalukan.


Beliau berkata demikian sebagai maklumbalas berhubung klip video yang memaparkan Mohammad bersama bekas menteri kewangan, Lim Gun Eng sedang memakan ‘super ring’.



“Dua makhluk ini pernah jadi menteri di sebuah negara yang namanya Malaysia. Seluruh negara kenal dua makhluk ini.


“Tapi kelakuan tak ubah macam macai tahap bawahan, sangat memalukan,” katanya dalam satu kemaskini di laman Facebook pada Khamis.
Di dalam klip video tersebut Mohamad yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu dilihat cuba menyindir bekas perdana menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang didapati bersalah dalam kes SRC.


Tinjaun yang dilakukan SuaraTV mendapati, rata-rata mengharapkan Mat Sabu lebih serius dan profesional untuk memperkukuhkan hala tuju PAN, berbanding terlibat dengan ‘troll super ring’ yang lihat remeh dan memalukan.

Miqdad turut mendesak Mat Sabu agar untuk meletakan jawatan sebagai Presiden parti.


“Bagi pendapat ana secara peribadi, dan sampai masanya Abg Mat Sabu mengundur diri dari jawatan No 1 Amanah.

“Bagilah laluan kepada yang lebih muda dan bertenaga untuk berdepan dengan gelora politik hari ini.


“Bukan ingin mengecil atau memperlekeh kebolehan Abg Mat Sabu, tapi demi melihat Amanah yang lebih segar dan sehat di dalam arena politik tanah air. Maafkan ana,” ujarnya lagi.

https://suara.tv/31/07/2020/mat-sabu-macai-letak-jawatan-presiden-kata-ketua-pan-marang/

PRK Slim, PH tidak bertanding, beri ruang kepada kem Mahathir kata Saifuddin

Pakatan Harapan (PH) hari ini mengumumkan bahawa gabungan pembangkang itu bersetuju memberi ruang kepada kumpulan Bersatu yang memihak kepada bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim akan datang.


Keputusan itu dicapai selepas mesyuarat Majlis Presiden PH yang memutuskan untuk tidak bertanding dan membuka ruang kepada Bersatu 'Blackout' untuk berbuat demikian.

Ketika dihubungi, Setiausaha Sekretariat PH, Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan bahawa PH tidak akan bertanding pada PRK yang dijadual pada 29 Ogos ini.


"PH bersetuju tidak bertanding. Akan memberi ruang kepada Bersatu Tun (Bersatu Blackout) bertanding," katanya kepada Malaysiakini ketika membalas teks mesej menerusi WhatsApp.

Beliau turut memberitahu bahawa adalah terpulang kepada parti berkenaan untuk menentukan calon yang bakal bertanding.


Beliau mendakwa ini selepas seorang ahli Majlis Presiden PH memberitahu bahawa gabungan pembangkang tidak akan bertanding pada PRK itu nanti.

Susulan itu, Pengerusi PH Anwar Ibrahim berkata bahawa mereka akan berbincang dengan kem Dr Mahathir berhubung calon PRK Slim.


PRK Slim mencuri tumpuan kerana ia akan menjadi medan pertama melibatkan Perikatan Nasional dan PH, yang tidak bertanding pada pilihan raya kecil Chini.

Kerusi DUN Slim kosong selepas penyandangnya dari BN, Mohd Khusairi Abdul Talib, 59, meninggal dunia pada 15 Julai lalu akibat serangan jantung.




Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Dun Slim diadakan pada 29 Ogos, hari penamaan calon pada 15 Ogos, manakala tarikh mengundi awal pada 25 Ogos.

Pada PRU ke-14, lalu Khusairi memenangi kerusi DUN Slim dengan menewaskan calon Bersatu, Mohd Amran Ibrahim dan Muhammad Zulfadli Zainal dari PAS.


Allahyarham memperoleh 8,327 undi dengan majoriti 2,183 undi.

Baca Seterusnya https://www.malaysiakini.com/news/536891?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

Shazni dilantik ketua pemuda PH, namun ditentang dalam AMK

 Ketua Pemuda Amanah Shazni Munir Mohd Ithnin dilantik sebagai Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) yang baru. Namun pelantikan itu, yang diput...