Ahad, 16 Ogos 2020

Keputusan Bersatu sertai MN jadi gandingan terbaik ‘Melayu Raya’ – Pas

Keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menyertai Muafakat Nasional (MN) disokong penuh oleh Pas.

Parti berkenaan melihat perkembangan terbaru berikut akan memantapkan lagi kedudukan MN, kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.


Foto - The Star


Dalam satu kenyataan, beliau berkata, Pas yakin gandingan ketiga-tiga parti dalam MN akan mewujudkan gagasan besar “Melayu Raya” di samping memperkasakan struktur masyarakat negara yang berbilang bangsa, kaum  dan agama juga budaya.

“Pas yakin gandingan parti-parti UMNO, Pas dan Bersatu bukan sahaja akan mewujudkan gagasan besar “Melayu Raya” dan sekaligus memperkasakan struktur masyarakat Malaysia yang merupakan sebuah negara majmuk berbilang bangsa, agama dan budaya seperti termaktub dalam undang-undang teras Malaysia serta sejarah dan pengalaman panjang kita bersama,” katanya.


Pas turut percaya gabungan bersepadu barisan kepimpinan Muafakat Nasional daripada ketiga-tiga parti merupakan gandingan terbaik untuk menerajui kerajaan Perikatan Nasional.


Tambah Takiyuddin, penyatuan ketiga-tiga parti ini akan dapat mewujudkan iklim yang harmoni, kondusif dan berwibawa ke arah membangunkan semua sektor masyarakat dan wilayah demi kepentingan negara termasuk rakyat keseluruhannya.

Untuk rekod, Bersatu menerusi Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengumumkan parti itu membuat keputusan untuk menyertai Muafakat Nasional.-MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/2020/08/16/keputusan-bersatu-sertai-mn-jadi-gandingan-terbaik-melayu-raya-pas/

Putrajaya perlu laksana pakej rangsangan baru selepas KDNK menguncup kata bekas Menteri Kewangan

Lim Guan Eng menggesa Putrajaya supaya memperkenalkan pakej rangsangan baru sama seperti pakej yang dilaksanakan bagi menghadapi pandemik Covid-19 berikutan penguncupan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).


Bekas menteri kewangan itu berkata, langkah itu perlu bagi menghalang berlakunya deflasi.

Foto - Lim dan isterinya


Pada April, kerajaan memperuntukkan dana sebanyak RM45 bilion bagi mengurangkan kesan ekonomi wabak tersebut.

Minggu ini KDNK Malaysia dilaporkan menguncup sebanyak 17.1% pada suku ke-2 tahun ini selepas naik 0.7% dalam suku sebelum ini.

Ia merupakan penurunan terbesar sejak krisis kewangan pada 1998.

Lim berkata, pencapaian KDNK itu paling rendah dalam kalangan negara Asean berpendapatan pertengahan dan tinggi yang melaporkan angka suku ke-2 masing-masing.

Beliau berkata, jiran Malaysia seperti Indonesia, Filipina dan Singapura mencatatkan penguncupan lebih kecil.


Walaupun kerajaan “tidak mahu mengalah” katanya, namun data ekonomi menunjukkan Putrajaya “tidak berusaha bersungguh-sungguh” untuk mengurangkan kesan kemerosotan ekonomi.

Lim berkata, data Bank Negara (BNM) menunjukkan perbelanjaan mengurus kerajaan pada suku ke-2 menurun sebanyak 2.1% daripada tahun lepas, berbanding kenaikan 5.2% pada suku pertama.

“Sekiranya pemerintah bertindak lebih pantas, kita mungkin akan mengalami kemelesetan yang lebih rendah,” katanya.

Katanya, bank pusat juga melaporkan gaji swasta turun sebanyak 5.6% pada suku ke-2 tahun ini berbanding tahun lalu selepas meningkat 2.1% pada suku pertama.


Ini katanya menunjukkan risiko deflasi yang boleh menjejaskan taraf hidup rakyat.

Pada Jun 2020, indeks harga pengguna (CPI) menurun sebanyak 1.9% tahun ke tahun setelah menurun sebanyak 2.9% pada Mei.

Pertumbuhan ekonomi dan harga barangan lebih rendah adalah “berita buruk untuk ekonomi”, katanya.

“Terdapat keperluan mendesak untuk satu lagi pusingan pakej rangsangan ekonomi berjumlah RM45 bilion untuk mencegah deflasi, termasuk bantuan kewangan kepada perusahaan kecil dan sederhana dan melanjutkan moratorium pinjaman bank selama 6 bulan lagi apabila tamat pada 30 September.”


Beliau berkata, kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan malapetaka lebih besar, termasuklah kebankrapan kerana banyak pihak yang akan gagal membayar pinjaman mereka, sama ada untuk kereta, rumah atau perniagaan.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/08/16/guan-eng-gesa-putrajaya-laksana-pakej-rangsangan-baru-selepas-kdnk-menguncup/

ADUN Batang Kali umum keluar Bersatu, sokong Tun M

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Harumaini Omar hari ini mengumumkan keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Turut bersama keluar bersama beliau adalah 1,800 ahli Bersatu Hulu Selangor.



“Bahawasanya saya Harumaini Omar, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Kali dengan ini mengisytiharkan keluar dari Bersatu berkuat kuasa mulai 15 Ogos 2020.


“Saya juga mengisytiharkan menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya pada satu kenyataan media.

Beliau berkata dirinya akan menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan menubuhkan parti baharu yang bernama Parti Pejuang tidak lama lagi.

Harumaini juga berkata, beliau dan 1,800 ahli Bersatu Hulu Selangor sudah menandatangani surat peletakan jawatan sebagai ahli parti itu.


Minggu lalu, ADUN Jeram Mohd Shaid Rosli mengumumkan keluar dari Bersatu dan turut menyokong parti Dr Mahathir.

Turut mengikut langkah beliau adalah 21 ahli jawatankuasa bahagian, ketua cawangan dan majoriti ahli parti itu di Kuala Selangor.

Mohd Shaid berkata, tindakan dilakukan selepas merasakan perjuangan parti itu tersasar daripada objektif asal penubuhannya, iaitu untuk melawan sebuah kerajaan keleptokrasi dan menggantikan parti Bersatu sebagai wadah perjuangan orang Melayu.


Kedua-dua mereka juga dilihat hadir pada sidang media penubuhan parti baharu berkenaan bersama ADUN Kuang, Salehuddin Amiruddin Jumaat lalu. – MalaysiaGazette

PRK Slim : Calon pro Mahathir ada peluang menang dengan tidak disangka?

Kalau kajian begini yang boleh dibanggakan, maksudnya parti bebas pro Mahathir boleh lepak santai jelah, kerja tarik pengundi ala santai sahaja.

Ketara sumber kajian Dr Bridget ini ibarat semacam memerli calon pro Mahathir pula, namun tidak boleh diambil enteng dengan mereka, sebab mereka ini memang hebat menghasut, modalnya sudah tentu nama Najib paling utama.




Calon logo pokok - Amir Khusyairi Mohamad Tanusi

Harap pengundi di Slim, jangan terciduk dengan janji manis parti-parti yang sembang kencang ini, cukuplah memberi ruang 22 bulan mereka berkuasa.

Ingat salah undi...


Dari Facebook Kamarul Yusoff

PRK SLIM: CALON PEJUANG ADA PELUANG MENANG?

Ikut kajian Dr Bridget Welsh, calon PEJUANG ada peluang menang dalam PRK Slim kerana:
(1) Dalam PRU 14, calon BERSATU memenangi 86% pengundi Cina, 78% pengundi India dan 20% pengundi Melayu di Slim.

(2) Walaupun sokongan pengundi Cina dan India kepada PH menurun sebelum ini kerana tak puas hati dengan kepimpinan Tun Dr Mahathir, ada kemungkinan mereka mengundi calon PEJUANG yang disokong oleh PH kerana PN kononnya meminggirkan golongan minoriti di dalam kerajaannya (pinggir kot mana lah tau) dan kerana mereka kononnya marah bila PN mendakwa Lim Guan Eng .


(3) Calon UMNO dalam PRU 14 hanya memenangi 51.4% pengundi Melayu di Slim, dan calon UMNO akan menang besar jika pengundi PAS mengundi beliau, tetapi ada kemungkinan mereka mengundi calon PEJUANG kerana kononnya mereka marah bila PAS asyik diketepikan dalam agihan kerusi (marah kot mana lah tau) dan kerana calon PEJUANG kononnya mempunyai latar belakang agama yang kuat, dan jika ini berlaku maka peluang untuk calon UMNO menang menipis.


Sama-sama kita tengok sejauh mana benarnya ramalan Dr Bridget Welsh ini.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/columns/538819?fbclid=IwAR1bESqypsO_rq6YWE4V6GC7SgoXjXy6D204HRy32aCm68ziIMEdnlii9Pc

[Hot!] Jangan anggap PN kerajaan yang lemah – Razali

 KUALA LUMPUR – Jangan menganggap Perikatan Nasional (PN) sebagai satu kerajaan yang lemah atau tidak berwibawa. Ini kerana kerajaan PN tela...