Selasa, 18 Ogos 2020

[Gempar] Pejuang mungkin sertai Muafakat Nasional, kata ahli MPT PPBM

Ahli majlis pimpinan tertinggi (MPT) PPBM Mohd Redzuan Yusof berkata beliau tidak menolak kemungkinan parti baru Dr Mahathir Mohamad Pejuang berganding bahu dengan parti itu dan barisan politik yang lain pada masa hadapan.


Beliau berkata, PPBM fokus kepada peningkatan integriti serta penegakan kedaulatan undang-undang dan menyifatkan parti itu dan Pejuang “mempunyai misi yang sama tetapi mengambil jalan berbeza”.



“Jika Pejuang mempunyai misi yang sama, saya tidak akan terkejut jika mereka juga menyertai (kami) sebagai sebahagian gabungan besar pada masa depan.

“Kamu tidak akan tahu. Itu pandangan saya,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

PPBM bersetuju untuk menyertai Muafakat Nasional, gabungan yang mengeratkan Umno dan PAS pada Sabtu yang Redzuan merujuknya sebagai “gabungan besar ” hari ini.


Perikatan itu diumumkan selepas 3 hari Mahathir mengumumkan Pejuang sebagai nama parti baharu beliau.

Mahathir mengumumkan penubuhan parti baharu itu pada 7 Ogos dan berkata ia perlu melawan rasuah kerana parti Melayu lain menyeleweng daripada perjuangan asal mereka.


Beliau berkata, parti baharu itu akan kekal sebagai blok bebas tetapi akan berganding bahu dengan parti lain selepas pilihan raya.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/08/18/pejuang-mungkin-sertai-muafakat-nasional-kata-ahli-mpt-ppbm/

PH runtuh kerana pengkhianatan kata Mahathir

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Rakyat hari ini tergantung apabila Timbalan Speaker Datuk Seri Azalina Othman Said mengingatkan ahli Parlimen bahawa mereka tidak membahaskan rang undang-undang “pengkhianat”, tetapi Rang Undang-Undang Perbekalan (Peruntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2020.


“Saya ingatkan kita ini (bahas) rang undang-undang peruntukan perbelanjaan, tapi saya tak tahu ada ke rang undang-undang pengkhianat ni?” tanya beliau.

Azalina berkata demikian selepas ahli Parlimen dari kedua-dua belah pihak cuba membuktikan siapakah penyelamat dan pengkhianat negara.


Ia bermula dengan Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Arau) yang menyatakan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah penyelamat dan bukan pengkhianat.

Pembangkang melabel kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebagai pengkhianat selepas ia mengambil alih Putrajaya.

Shahidan berkata, bekas Perdana Menteri Tun Dr Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan pada Februari, yang menyaksikan ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) memilih sama ada menyokong Mahathir atau Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyebabkan perpecahan undi gabungan itu.

“Muhyiddin mendapat sokongan majoriti, dia bukan pengkhianat,” kata Shahidan.

Ketika giliran Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) berucap, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) bertanya siapakah pengkhianat dan penyelamat.


Azeez berkata, pemimpin PH tidak tahu Mahathir akan meletak jawatan ketika itu.

“Siapa yang khianat siapa sekarang sehingga pecah belah hari ini? Akhirnya, betul apa yang disebutkan Arau tadi. Pagoh (Ahli Parlimen) menjadi penyelamat keadaan,” katanya.

Mohamed Hanipa Maidin (PH-Amanah) mencelah dengan mengatakan perpaduan boleh dicapai dengan “menjadi pengkhianat”.


Foto - FMT

Bung menjawab bahawa Hanipa juga telah menipu partinya ketika beliau meninggalkan PAS untuk menyertai Amanah.

Beliau menambah beliau akan mengizinkan Mahathir untuk menjawab pertanyaan “siapa pengkhianat?”.

Mahathir berkata, Shahidan dan Azeez seperti tidak mengetahui apakah yang berlaku dalam “langkah Sheraton”, yang menyaksikan runtuhnya kerajaan PH.


“Kalau tak tahu, tak payah cakaplah,” tambahnya.

Beliau berkata “seseorang” telah bersetuju untuk menyertai bekas partinya PPBM kerana menolak kleptokrasi.

“Rakyat percaya akan apa yang dinyatakan oleh orang ini, setelah rakyat pilih orang ini, mereka menolak harapan rakyat dengan beralih untuk menyokong parti yang dulu.”


“Itu suatu pengkhianatan juga,” katanya, sambil menambah beberapa ahli Parlimen PH juga menyertai pembangkang pada waktu itu.

Bung kemudian mengingatkan Mahathir bahawa beliau telah menerima ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) ke dalam PPBM.

Mahathir menjawab ahli Parlimen tersebut perlu keluar Umno sebelum menyertai PPBM.


Azeez berkata, Mahathir menimbulkan kekeliruan dengan kenyataan beliau.

Bung kemudian berkata: “Siapa yang mengkhianati siapa, biar rakyatlah memutuskan.”

https://suara.tv/17/08/2020/dewan-rakyat-kecoh-mahathir-dakwa-ph-runtuh-kerana-pengkhianatan/

Tolak Bajet Prihatin, DAP dan PH lebih rela lihat rakyat menderita

Oleh: Lau Chin Kok

Sungguh hipokrit, bermuka-muka dan sememangnya muka pemimpin Pakatan Harapan-DAP tak boleh dipercayai langsung. Jika anda membaca di laman Facebook Lim Guan Eng pada 4 hari yang lepas anda akan dapati satu kenyataan yang cantik bunyinya jika membaca dari luaran. Tapi sebenarnya apa yang ditulis mnya tak sama dengan apa yang tertulis di hatinya.


Lau Chin Kok

Kononnya beliau mahu kerajaan bantu rakyat dengan melanjutkan moratorium untuk 6 bulan lagi, tapi bila diusulkan bajet ini beliau dan seluruh MP Pakatan Harapan menolaknya mentah-mentah. Inikah caranya PH hendak membantu rakyat ?

Saya kepilkan bersama kenyataan Lim Guan Eng disini :

“Bantulah rakyat Malaysia dan perniagaan tempatan, lanjutkan moratorium untuk 6 bulan lagi.”


Hakikatnya apa yang berlaku semalam, Isnin 17 Ogos 2020, kesemua 106 orang Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan mengundi TIDAK BERSETUJU bagi meluluskan Rang Undang-Undang Penguntukan Semula Peruntukan Perbekalan 2020.

Yang peliknya mereka ini tak malu, dihadapan rakyat mereka meminta kerajaan Perikatan Nasional memperuntukan bajet untuk membantu rakyat, tapi disebaliknya merekalah dalang yang cuba menggagalkan bajet bantuan ini. Apakah mereka ingat rakyat tak tahu ?

Ianya cukup jelas menunjukkan MP Pakatan Harapan menolak kerajaan Perikatan Nasional memperuntukkan sejumlah wang bagi membantu rakyat Malaysia yang terkesan gara-gara wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Saya mohon YB Hannah Yeoh memberi sedikit nasihat kepada kepimpinan Pakatan Harapan terutama Lim Guan Eng.


Apa pun rakyat Malaysia patut bersyukur, semua ahli MP Perikatan Nasional 111 orang yang terdiri daripada UMNO. PAS, MCA, PPBM, GPS, dan Sabah menyokong usul tersebut.

Begitulah sikap hipokrit pemimpin Pakatan Harapan-DAP terutama Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng yang kononnya mahu kerajaan memanjangkan tempoh moratorium bank. Semuanya hanyalah retorik politik kosong semata-mata.


Mereka DAP dan Pakatan Harapan lebih rela melihat rakyat menderita, menanggung beban tanpa dapat dibantu oleh kerajaan. Cukuplah 22 bulan rakyat menanggung segala derita dan masalah semasa Pakatan Harapan menjadi kerajaan.

RAKYAT SUDAH SERIK!

https://suara.tv/18/08/2020/tolak-bajet-prihatin-dap-dan-ph-lebih-rela-lihat-rakyat-menderita/

Pecah-belahkan perpaduan Melayu, Islam kerja syaitan

 KETUA Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menyelar pihak yang cuba memecah-belahkan perpadua...