Isnin, 24 Ogos 2020

Dewan Rakyat kecoh, RM6 bilion projek rundingan terus era PH diluluskan oleh bekas Menteri Kewangan?

Dewan Rakyat hari ini kecoh apabila Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz mendakwa bahawa sejumlah 101 projek rundingan terus bernilai RM6.61 bilion diluluskan oleh kementerian tersebut sewaktu pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan.



“Semasa pentadbiran sebelum ini sejumlah 101 projek ataupun perolehan yang bernilai RM6.61 bilion telah diluluskan secara rundingan terus oleh kementerian kewangan,” kata Tengku Zafrul ketika penggulungan RUU Langkah-langkah sementara bagi pembiayaan kerajaan (penyakit koronavirus 2019) Covid-19 2020 di Dewan Rakyat hari ini.


Dakwaan itu menimbulkan keributan, dengan beberapa anggota parlimen Perikatan Nasional (PN) menuntut supaya menteri berkenaan untuk meyenaraikan semua projek berkenaan.

Antara mereka termasuk, Abdul Azeez Abdul Rahim (BN - Baling), Noh Omar (BN - Tanjung Karang) dan Ahmad Maslan (BN - Pontian).

“Minta ulang, tak berapa dengar?” sindir Ahmad.


“RM6 bilion? Astaghfirullahalazim..,” kata Abdul Azeez.

“RM6 bilion, 100 lebih projek? Temberang betul PH,” celah Noh.

Amin Ahmad (PH - Kangar) kemudian bangun dan meminta Tengku Zaful memberikan senarai penerima projek tersebut.


Dewan terus gamat dengan suara tidak puas hati dari pembangkang dan diselangi dengan sindiran daripada barisan kerajaan terutamanya dari pemimpin Umno.

Bekas menteri kewangan Lim Guan Eng (PH - Bagan) kemudian bangun dan berkata bahawa dia terbuka sekiranya Tengku Zafrul memberitahu senarai penerima.

“Tender-tender yang diberikan bukan secara tender terbuka. Kita lihat jumlah yang diberikan secara tender terbuka jauh lebih besar dan ini tertakluk kepada syarat-syarat,” katanya.

“Seperti yang saya sebutkan tadi, apakah projek yang diberikan secara direct award dan ia juga diluluskan oleh kabinet? Sepertimana YB PM pun tau di mana… ,” katanya tanpa diberikan peluang menghabiskan kenyataannya.


Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim (PH - Port Dickson) kemudian bangun mempertahankan Lim dengan bersetuju supaya senarai tersebut diumumkan.

“Saya setuju supaya semua senarai kontrak tanpa tender dihebahkan kepada awam dan semasa PH atau semasa PN,” kata Anwar.

Abdul Azeez kemudian mencelah; “Kita nak tau PH (punya senarai) sebab PH tuduh kami (Umno) pencuri kami semua perompak!

Anwar membalasnya; “Saya bukan menteri. Menteri di depan saya (Tengku Zafrul). Menteri PN di depan saya. Biar dia jawab. Kenapa saya nak kena jawab? Saya tanya minta penjelasan.

Menyedari keadaan dewan semakin tidak terkawal, Menteri Kanan (Perdagangan Antarabangsa dan Industri) Mohamed Azmin Ali bangun dan cuba mempertahankan kerajaan PN.

“Ni perkara yang dibangkitkan oleh Port Dickson (Anwar) yang kita menteri-menteri sepatutnya menjawab.

“Kita ada menteri kewangan memberikan butiran bukti yang jelas bahawa di zaman PH pun berlaku perkara yang sama. Jumlahnya RM6bilion dan tidak betul YB Bagan (Lim) kata tahu. Mana ada pembentangan senarai…,” katanya.

Kenyataan Azmin itu mengundang perasaan tidak puas hati terhadap beberapa anggota parlimen pembangkang yang mengingatkannya bahawa dia merupakan salah seorang menteri ketika pentadbiran PH.


Antara yang bangkit adalah Ngeh Koo Ham (PH - Beruas).

Ngeh turut senada dengan barisan pembangkang lain yang menuntut penjelasan senarai tersebut, meskipun dalam keadaan di dewan semakin tidak terkawal.

Selang beberapa minit, Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun memberi amaran kepada semua ahli parlimen yang membazir masa akan diusir dari dewan.

“Saya beri amaran kepasa semua siapa yang buang masa saya akan usir dari dewan. YB Beruas keluar,” katanya selepas memberi tiga kali amaran.

Ngeh diarah keluar dari Dewan Rakyat selama satu hari.


Sementara itu, pemimpin DAP berkenaan selepas dihalau dari Dewan Rakyat mengingatkan speaker supaya tidak mengekang suara ahli parlimen.


Jelasnya, Dewan Rakyat merupakan tempat suara hak rakyat paling mutlak dan perdana menteri serta timbalan wajar menjawab persoalan setiap anggota parlimen.

“Saya nak ingatkan Speaker yang Dewan Rakyat bukan dewan kangaroo.


“Dewan Rakyat ini tempat hak suara rakyat paling mutlak, malah perdana menteri dan timbalan perlu jawab kepada kami (anggota parlimen) yang mewakili rakyat,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

ia juga mengingatkan speaker supaya hanya menjalankan tugas mempengerusikan Dewan Rakyat dan tidak mengekang hak anggota parlimen yang mewakili rakyat.

https://www.malaysiakini.com/news/539847

Tidak bersama parti Pejuang, Syed Saddiq akan tubuh parti baru

Bekas menteri belia dan sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak akan menyertai Pejuang, parti baru yang ditubuhkan Dr Mahathir Mohamad, sebaliknya beliau akan menubuhkan parti politik baru berbilang kaum dan memfokuskan belia.


“Jika di Thailand mereka boleh menubuhkan ‘Future Forward’, di Perancis mereka boleh menubuhkan ‘En Marche’ di bawah Macron, saya rasa sudah sampai masanya di Malaysia untuk menubuhkan gerakan terdiri daripada orang muda.





“Daripada teknokrat, profesional, ahli politik muda pelbagai latar belakang untuk bersatu bagi memastikan suara belia mendominasi Parlimen dan di luar Parlimen, akhirnya belia tidak boleh dipandang enteng lagi.

“Sudah sampai masanya untuk politik tidak dikawal dan dimonopoli orang sama,” katanya kepada Channel NewsAsia ketika berkempen untuk calon Pejuang bagi Pilihan Raya Kecil Slim.


Mahathir, bekas pengerusi PPBM, dilaporkan berkata beliau menubuhkan parti politik Melayu bebas yang baru kerana perjuangan parti lamanya diketepikan.

Apabila Mahathir mengumumkan parti barunya, beliau ditemani anaknya, Mukhriz dan bekas pemimpin PPBM, Marzuki Yahya, Maszlee Malik, Amiruddin Hamzah serta Shahruddin Md Salleh, tetapi Syed Saddiq tidak kelihatan.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/08/24/syed-saddiq-akan-tubuh-parti-baru/

UMNO, Pas tidak akan bubar MN

UMNO dan Pas berjanji tidak akan membubarkan Muafakat Nasional (MN) yang ditubuhkan pada September tahun lalu demi kepentingan ummah, agama dan negara ini.

Sebaliknya Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan terus memperkasakan MN bukan sahaja pada Pillihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).




Tegas beliau, dinamika politik negara ini kini perlu menjemput parti-parti lain menyertai MN seperti MCA dan MIC yang menjadi sebahagian daripada Barisan Nasional (BN) yang sentiasa mendokong MN.

“Kawan-kawan kita di Sabah juga sebahagian daripada BN dan mereka mendukung kita. Ertinya ini satu dinamika politik yang harus akui realiti siasah politik baharu di negara kita.

“Kalau ada pun permasalahan, ini adalah permasalah furuq (cabang), asalkan pokok itu ada tempat untuk bertunjang pada akar yang kukuh.


“Asalkan juga parti itu mempunyai ranting yang kukuh biarpun kadang kala pokok yang tinggi di antara lain, pokok itulah akan kena angin kencang atau petir. Akar itu UMNO dan Pas, pokok itu akan menaungi dan melindungi ummah di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Muafakat Nasional di Dewan Tan Sri Ghazali Jawi di sini malam ini.

Turut hadir Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Hadir sama, Pengerusi Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad dan Pesuruhjaya PAS Razman Zakaria. – MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/2020/08/23/umno-pas-tidak-akan-bubar-mn/

Pecah-belahkan perpaduan Melayu, Islam kerja syaitan

 KETUA Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menyelar pihak yang cuba memecah-belahkan perpadua...