Isnin, 14 September 2020

PKR dakwa Perikatan Nasional tidak didaftar, tidak sampai sehari ROS menafikan, sudah daftar 7 Ogos lepas

PKR ni pun kalau nak balun tengoklah kiri dan kanan dulu, salam sudahlah tidak diberi, berdehem tidak sekata, akhirnya malu juga yang dapat.


Menurut jurucakap PKR dengan nada tegasnya... Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia Syed Badli Shah Syed Osman mendakwa Perikatan Nasional tidak didaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS)




Syed Badli berkata, semakan beliau setakat pukul 2.22 pagi tadi tiada rekod berkaitan berjaya dipaparkan.

“Saya telah membuat semakan melalui laman sesawang pendaftar pertubuhan (ROS) berkaitan status pendaftaran Parti Perikatan Nasional (PN) dan saya mendapati tiada rekod ditemui.

“Semakan seterusnya keatas nama “Perikatan Nasional” atau “Prikatan Nasional” turut tidak menemui sebarang rekod daftar,” kata Syed Badli.

Syed Badli berkata, melalui makluman media kononnya permohonan untuk pendaftaran Parti Perikatan Nasional telah dihantar sebelum atau pada 20 Ogos 2020.

Dari Suara Merdeka


Tidak sampai sehari, tidak sampai nak gembira kerana menggunakan modal yang mungkin menguntungkan pembangkang, akhirnya terciduk, malu jugalah PKR, akhirnya ROS mengeluarkan kenyataan... JABATAN Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) menafikan kenyataan Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Syed Badli Shah Syed Osman bahawa tiada rekod daftar parti Perikatan Nasional.

Menurut ROS, kenyataan yang dibuat oleh Syed Badli Shah adalah tidak benar dan tidak berasas.

ROS dalam satu kenyataan berkata, pendaftaran parti Perikatan Nasional telah diluluskan dan berkuatkuasa pada 7 Ogo di bawah kategori politik selaras dengan peruntukan Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335].

Sijil Pendaftaran, logo parti dan perlembagaan parti tersebut juga telah ditandatangani dan dikemukakan kepada Parti Perikatan Nasional sebaik sahaja pendaftaran parti diluluskan.


Dari Suara Merdeka

Pesan orang tua-tua, biar tidak cerdik tetapi kurang bodoh, tetapi mengaku cerdik sedangkan memang bodoh...

Kalau nak serang pihak kerajaan, gunakan cara berkualiti sedikit ya.

Syed Saddiq dah berani menjawab secara serius terhadap Dr M - "Saya bukan hamba orang Melayu sahaja"

Anggota Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjawab kritikan bekas mentornya Dr Mahathir Mohamad, yang mendakwanya memecahkan undi orang Melayu melalui sebuah parti politik berasaskan anak muda.




Ketika ditemui di Kota Kinabalu semalam, Syed Saddiq berkata dia menghormati Mahathir tetapi tugasnya kini adalah menyatukan semua rakyat Malaysia.

"Saya bukan di sini (dalam politik) untuk hanya menjadi hamba orang Melayu. Saya di sini untuk menjadi hamba bagi semua rakyat Malaysia. Saya bukan di sini hanya untuk menyatukan orang Melayu, tetapi untuk menyatukan semua rakyat Malaysia.


"Saya sangat menghormati (Mahathir). Sebagai orang muda, dengan harapan dan sangat idealis, saya sangat yakin bahawa kepelbagaian di Malaysia adalah kekuatan kita.

"Sementara dia bercakap mengenai memecahkan undi orang Melayu, kita (sebaliknya) harus menyatukan semua rakyat Malaysia," katanya kepada Malaysiakini.


Syed Saddiq kini sedang mengadakan lawatan ke Sabah untuk bertemu anak-anak muda dan berkempen untuk gabungan Warisan Plus.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini baru-baru ini, Mahathir juga mengkritik idea Syed Saddiq mengenai parti yang berasaskan golongan muda kerana akan meminggirkan "orang lama".


Syed Saddiq bagaimanapun berkata parti baru itu akan "dipimpin oleh ganak muda" dan tidak "eksklusif untuk golongan muda".

Pada masa katanya, parti itu akan terus berjuang untuk semua rakyat Malaysia terutamanya golongan yang kurang berkemampuan.

MalaysiaKini

Saya tidak dikawal oleh D4P, anggapan itu satu penghinaan kata Dr M

WAWANCARA | Dr Mahathir Mohamad mengulangi penafian terhadap tanggapan yang mengatakan DAP mempunyai kuasa untuk mengawalnya ketika memimpin kerajaan Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan.

Bekas perdana menteri itu berkata, dakwaan beliau "dikawal" oleh DAP adalah tidak benar dan DAP tiada kuasa untuk berbuat demikian.



"Untuk mengatakan DAP mengawal saya ... Saya fikir anda menghina saya, jika anda fikir DAP dapat mengawal saya, "kata Mahathir dengan tegas dalam wawancara bersama Malaysiakini.

Katanya, meskipun pemimpin DAP dilantik sebagai menteri kewangan di bawah pentadbiran PH, perdana menteri masih lagi berkuasa mengawal menteri.


"Ini tak benar sama sekali. Ya lah DAP ada dalam kerajaan dan dia menjadi menteri kewangan, dia mengawal wang (kerajaan) sepenuhnya, (tapi) saya kawal.

"Banyak cadangan-cadangan dia (menteri kewangan) walaupun saya kata boleh bawa dalam Kabinet (tapi) Kabinet tolak. Umpama menghapuskan tol, Kabinet tak setuju, dia nak ambik alih Plus pun Kabinet tak setuju. Nak kata dia berkuasa, dia tak ada kuasa.

"DAP tak berkuasa, yang berkuasa saya. Orang tahu saya jadi perdana menteri lama, masa saya jadi perdana menteri 22 tahun siapa yang kuat mengawal saya? IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa) tak kawal saya, World Bank tak kawal," katanya lagi.

PH mencipta sejarah baru politik negara apabila menumbangkan BN yang dipimpin Najib Razak dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

BN tumbang buat pertama kali dalam sejarah politik negara selepas lebih 60 tahun menguasai kerajaan.


Kejayaan itu menyaksikan Mahathir yang ketika itu pengerusi Bersatu kembali menjadi perdana menteri pada usia 93 tahun dan membentuk kerajaan bersama PKR, DAP dan Warisan.

Bagaimanapun hayat kerajaan PH tidak lama apabila krisis politik berlaku pada Februari 2020 yang menyaksikan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin membawa keluar parti itu daripada PH.

Ia kemudiannya disusuli dengan kumpulan bekas timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali mengikut jejak Muhyiddin.

Keputusan itu menyaksikan kerajaan PH yang dibentuk selama 22 bulan tumbang dan Muhyiddin membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) bersama Umno, PAS dan GPS serta parti dari Sabah.


Bantuan tetap diberi pada Kelantan dan Terengganu

Tambah Mahathir lagi, meskipun DAP menjaga kewangan negara, namun bantuan tetap diberikan kepada negeri Kelantan dan Terengganu yang dikuasai PAS.

"Kelantan hampir muflis, nak bayar gaji tak boleh, Lim Guan Eng yang cadangkan supaya Kelantan diberi secara sekali 'one off' RM400 juta, Terengganu RM200 juta, ini bukan negeri PH.


"Tapi dia negeri Melayu, dia (Guan Eng) tahu masalah...Soal Kelantan nak beli (kereta)Mercedes dia punya masalah," katanya lagi.

Dalam pada itu, ditanya mengenai legasi yang ditinggalkanya dalam tempoh 22 bulan memimpin kerajaan, Mahathir berkata peralihan kuasa tanpa sebarang kekecohan dan pertumpahan darah juga adalah sesuatu yang boleh dibanggakanya.

"Kita kena fikir biasanya bila berlaku pertukaran kerajaan akan berlaku keganasan. Kita tukar kerajaan yang berusia 60 tahun kepada kerajaan baru tanpa sebarang masalah.


"Kalau tengok tempat lain sampai berperang, sampai membunuh tapi di Malaysia tak ada.

"Ini adalah satu kejayaan, kedua kita bentuk Kabinet daripada parti berbeza dan Kabinet ini dapat bekerja dan berfungsi, 22 bulan (Kabinet) ini dapat membuat keputusan bagi mengurus dan menjadikan kerajaan yang bersih," katanya lagi.

Mkini

Malu! Sekali video Timbalan Menteri tertidur masuk berita Turki tu...

 Rakaman video yang menunjukkan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Eddin Syazlee Shith tertidur ketika di satu majlis konvokesyen baru-ba...