Sabtu, 26 September 2020

[Tidak Rasmi] Tahniah Parti Gabungan Rakyat Sabah yang sah menang PRN Sabah

 Keputusan dikatakan Gabungan Rakyat Sabah, menang Pilihanraya Negeri Sabah kali ke-16..

Setakat jam 9.00 Malam, GRN sudah mendahului dan meninggalkan Warisan..

Dah boleh rasanya ucapkan Tahniah dekat GRN

Parti Warisan jatuh terduduk

Kota Kinabalu – Parti Warisan Sabah (Warisan) pimpinan bekas ketua menteri, Datuk Seri Shafie Afdal tumbang setelah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berjaya memperolehi 37 kerusi bagi membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi yang diterima sebentar tadi, setakat jam 8:40 malam Warisan hanya berjaya memperolehi 15 kerusi sahaja manakala lain-lain parti berjaya memperolehi 4 kerusi.

Menurut sumber parti USNO, pimpinan Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan calon bebas telah menyatakan sokongan untuk menyokong GRS bagi membentuk kerajaan negeri baharu.

Untuk rekod mana-mana gabungan parti politik yang berjaya memperolehi 37 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) boleh membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada kali ini menyaksikan 73 kerusi DUN dipertandingkan.

Berita lanjut menyusul

https://suara.tv/26/09/2020/prn-sabah-keputusan-warisan-tumbang/

[Gempar] Mahathir tidak akan bertanding pada PRU15

 PETALING JAYA: Dr Mahathir Mohamad tidak akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang, bekas perdana menteri itu memberitahu temu ramah media pada Khamis.

“Saya mahu kekal lebih lama sedikit, tetapi saya fikir saya akan berkhidmat untuk tempoh yang pendek,” beliau memberitahu agensi berita Kyodo di Putrajaya.


“Tetapi saya tidak akan bertanding pada pilihan raya umum (PRU) ke-15,” kata Mahathir. yang dipilih sebagai ahli Parlimen Langkawi pada 2018.

Mahathir, 95, memegang rekod sebagai ketua kerajaan yang paling tua apabila beliau kembali ke Putrajaya untuk kali ke-2 sebagai perdana menteri selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihan raya umum Mei 2018.

Beliau sebelum ini menyandang jawatan itu untuk tempoh paling lama, iaitu dari 1981 hingga 2003.

Mahathir berkata beliau berharap anaknya, Mukhriz, akan meneruskan warisannya.

“Terserah kepadanya. Saya tidak akan menghalang haluan beliau. Ia tidak adil kepadanya,” kata Mahathir.

Mukhriz adalah presiden sementara Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang ditubuhkan oleh Mahathir selepas meninggalkan PPBM.

Mahathir berkata, walaupun terkeluar daripada kerajaan, beliau akan terus memerangi rasuah melalui Pejuang.

“Pejuang mempunyai prinsip yang sangat kukuh, antaranya adalah menghalang negara ini daripada terus terjebak dengan rasuah,” kata beliau.

Beliau berkata, kerajaan baru Perikatan Nasional (PN) yang diketuai oleh PPBM yang pernah dipimpinnya meneruskan amalan rasuah seperti Barisan Nasional (BN).

“Selepas 3 bulan Perikatan Nasional menjadi kerajaan, saya tidak memberi sebarang komen kerana saya mahu melihat prestasi mereka. Malangnya, ia telah kembali kepada rasuah, iaitu dengan membeli sokongan kepada kerajaan. Walaupun begitu, ia hanya ada majoriti 2 orang,” Mahathir menambah.

Beliau berkata kerajaan PN didirikan melalui sogokan.

“Ia lebih teruk daripada rasuah. Seluruh kerajaan ditubuhkan melalui rasuah,” kata beliau.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/09/26/saya-tidak-bertanding-pada-pru-akan-datang-kata-mahathir/

Anwar tidak mahu sokongan parti Pejuang kata Tun M

 PETALING JAYA: Dr Mahathir Mohamad mendakwa Anwar Ibrahim menolak sokongan Pejuang, parti baru yang diketuai bekas perdana menteri itu, ketika presiden PKR itu mendakwa mempunyai majoriti mencukupi untuk membentuk kerajaan baru.


Mahathir berkata, ini terbukti dalam sidang media Rabu lalu, di mana Anwar mendakwa “beliau mendapat sokongan semua orang, kecuali Dr Mahathir” menurut laporan The Malaysian Insight.

“Pejuang ditolak (daripada menyertai Anwar). (Anwar) kata semua orang sokong beliau kecuali Dr Mahathir,” lapor portal itu memetik Mahathir sambil menambah Pejuang tidak lagi boleh menyokong Anwar kerana parti itu ditolak sejak awal.

Rabu lalu, Anwar mendakwa beliau mendapat “sokongan dan majoriti kukuh serta meyakinkan” daripada ahli Parlimen pelbagai parti untuk menubuhkan kerajaan baru, majoritinya wakil rakyat Melayu dan Islam.

Tetapi, beliau tidak mendedahkan jumlah ahli Parlimen yang menyokongnya.

Ditanya jika Mahathir dan bekas ahli Parlimen PPBM antara wakil rakyat yang menyokongnya, Anwar berkata: “Belum. Beliau mungkin memutuskannya kemudian, tapi ketika ini tidak.”

Susulan itu, Mahathir pada Rabu lalu dilaporkan berkata, beliau akan “tunggu dan lihat” jika ini ialah satu lagi episod ketua pembangkang itu membuat dakwaan tidak dapat dibuktikan.

Anwar pernah membuat dakwaan sama pada 2008 yang beliau mempunyai sokongan Parlimen mencukupi untuk menjatuhkan kerajaan dan mendesak perdana menteri ketika itu, Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan kuasa secara aman. – FMT

Malu! Sekali video Timbalan Menteri tertidur masuk berita Turki tu...

 Rakaman video yang menunjukkan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Eddin Syazlee Shith tertidur ketika di satu majlis konvokesyen baru-ba...