Khamis, 1 Oktober 2020

[Tukar Kerajaan] D4P dan Amanah belum dapat senarai nama Ahli Parlimen yang menyokong Anwar

PETALING JAYA – Walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan telah mendapat sokongan lebih 120 wakil rakyat untuk membentuk kerajaan, tetapi Presiden PKR itu tidak mendedahkan senarai nama itu kepada rakan seangkatan.

DAP dan Amanah juga dilaporkan tidak meminta untuk melihat nama-nama yang menyokong Anwar, tetapi senarai itu dikatakan tidak mengandungi wakil rakyat daripada Pas.

Sinchew Daily melaporkan, dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang diadakan pada Isnin, DAP dan Amanah telah melontarkan pandangan, malahan menyatakan syarat pembentukan kerajaan baharu, iaitu tidak menerima pemimpin UMNO yang dibelenggu kes rasuah seperti Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Kami ada berbincang syarat sokongan kepada Anwar dan beliau juga bersetuju dengannya.

“Kami tidak akan bertoleransi dalam soal mempertahankan keadilan dan menentang rasuah,” kata sumber tersebut.

Menurutnya lagi, DAP dan Amanah menyatakan bahawa mereka tidak mahu bekerjasama dengan parti, tetapi akan berbuat demikian dengan individu.

“Ini adalah seperti mereka menyertai Perikatan Nasional (PN) atas kapasiti individu, bukannya parti yang menyertai PN,” kata sumber.

Sementara itu, sumber juga berkata, wakil rakyat yang ingin bertukar haluan untuk memberi sokongan kepada Anwar juga tidak meletakkan apa-apa syarat.

“Mereka tidak dijanji jawatan dalam kerajaan atau menteri,” kata sumber itu.

– MalaysiaGazette

Saya tidak akan maafkan Najib sampai bila-bila kata Mahathir

Tun Dr. Mahathir Mohamad seringkali menyalahkan Datuk Seri Najib Tun Razak setiap kali beliau membuka mulut sehingga ada yang melihat persengketaan mereka berdua lebih kepada bersifat peribadi.

Dr Mahathir menjawab pelbagai soalan termasuk adakah beliau akan memaafkan Najib.


Dalam temu bual eksklusif MalaysiaGazette dengan Dr. Mahathir yang ditunda sehingga pada pukul 11 malam tadi, beliau telah menjawab pelbagai persoalan mengenai pelbagai perkara seperti isu mengenai Pak Lah, Najib, Anwar Ibrahim dan juga pentadbiran Muhyiddin.

Untuk rekod, sepanjang temubual Mahathir telah menyebut nama Najib lebih dari 20 kali.

Soalan terakhir daripada MalaysiaGazette kepada Dr Mahathir adalah yang paling ditunggu-tunggu samada beliau akan memaafkan Najib ataupun tidak.

"Adakah Tun akan memafkan Dato Seri Najib sepertimana Tun memafkan Dato Seri Anwar Ibrahim?" soal MalaysiaGazette

Pecah-belahkan perpaduan Melayu, Islam kerja syaitan

 KETUA Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menyelar pihak yang cuba memecah-belahkan perpadua...