Isnin, 5 Oktober 2020

[Kantoi] Presiden PDP sokong Muhyiddin, kecam ‘drama Anwar’

Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) Tiong King Sing hari ini berikrar menyokong kepimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sekali gus mengakhiri spekulasi mengaitkan namanya dengan senarai ahli Parlimen yang didakwa menyokong Anwar Ibrahim.

Menerusi kenyataan dihantar melalui aplikasi WhatsApp, Tiong yang juga ahli Parlimen Bintulu berkata, tindakan Anwar baru-baru ini yang mendakwa memiliki sokongan majoriti untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara adalah 1 lagi contoh drama terdesak pemimpin pembangkang itu untuk merampas kuasa dan mengelirukan rakyat.


“Saya sama sekali menolak dakwaan itu (spekulasi bahawa beliau menyokong Anwar) dan menyifatkannya sebagai berita palsu dan khabar angin semata-mata. Malah kebanyakan maklumat berkaitan yang disiarkan dalam semua portal terbabit adalah kabur dan bersifat spekulasi. Tanpa sebarang kepastian, saya menggesa rakyat agar tidak mempercayai khabar angin mengarut serta tidak berasas ini,” katanya.

Beliau membuat kenyataan itu selepas beberapa portal berita mengaitkannya dengan 120 ahli Parlimen lain yang didakwa menyokong Anwar untuk menjadi perdana menteri berikutnya dan mengambil alih kuasa daripada Muhyiddin.

Baca selanjutnya https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/10/05/presiden-pdp-sokong-muhyiddin-kecam-drama-anwar/

Anwar tunggu tarikh baru untuk mengadap Agong - sumber

 Presiden PKR Anwar Ibrahim kini sedang menunggu tarikh baru untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung usahanya untuk menubuhkan kerajaan baru, kata sumber dari parti itu.

"Kalau nak jujur, perkara ini sangat sulit. Melibatkan institusi diraja. Kebanyakan pemimpin parti tidak mengetahui perkembangan terkini.


"Tapi, saya boleh pastikan satu perkara. Iaitu Datuk Seri (Anwar) sedang menanti tarikh baru untuk mengadap Seri Paduka Baginda," katanya kepada Malaysiakini.

Sumber yang dekat dengan Anwar itu menegaskan Anggota Parlimen Port Dickson itu kini masih mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat, selepas kira-kira dua minggu membuat sidang media khas untuk mengumumkan perkara itu.

"Dia masih mempunyai sokongan termasuk wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak. Sebab itu saya kata, Anwar sedang menanti majlis menghadap Seri Paduka.

"Ada yang kata 121 (anggota Parlimen yang sokong), ada yang kata 125. Itu bagi kami tidak penting. Apa yang penting majoriti yang kukuh dan menyakinkan," katanya lagi.

Pada 23 September lalu, Anwar dalam sidang media mendakwa mempunyai sokongan yang "kukuh dan menyakinkan" untuk menubuhkan kerajaan persekutuan dan mempunyai "dokumen tetap yang tidak boleh diragui" bagi membuktikannya.

Dia turut berkata telah diperkenan untuk mengadap Al-Sultan Abdullah pada hari sebelumnya tetapi ia terpaksa ditangguhkan susulan kegeringan baginda.

Perkara itu turut disahkan Istana Negara dalam satu kenyataan pada hari sama Anwar membuat sidang medianya.

Agong dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sejak 21 September dan berangkat pulang ke Istana Negara dua hari lalu.

https://www.malaysiakini.com/news/545309?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR1SaJAU9Hi3tXkG127j6bnFYVmh0Sdv_lJA59hBOpVQzVWZIoKJK4eb84U

Pilihanraya perlu dielakkan buat masa sekarang akta D4P

DAP perlu mengelakkan Pilihan Raya Umum pada masa ini, tetapi harus memberi tumpuan untuk menstabilkan keadaan politik dan ekonomi negara.

Setiausaha Organisasi DAP, Loke Siew Fook berkata, Pilihan Raya Sabah telah menyebabkan angka jangkitan COVID-19 meningkat dan data menunjukkan 80 peratus rakyat tidak berharap pilihan raya diumumkan pada masa ini.


“Jika kami bertegas (mahu adakan pilihan raya), maka kami akan ditolak dan dimarah pengundi.

“DAP harus mengenal pasti pendekatan untuk mengekalkan kestabilan politik Malaysia dan mengelakkan pilihan raya kilat,” katanya seperti dipetik Sinchew Daily ketika merasmikan dialog anjuran parti itu di Seremban.

Siew Fook berkata, DAP merupakan parti yang mempunyai kerusi paling banyak dan parti itu mahu mengelakkan pilihan raya bukan kerana ia takut menghadapi kekalahan.

“Sebaliknya, kami takut keadaan wabak akan terus bertambah tenat. Kami harus menghormati suara rakyat dan pilihan raya tidak harus diadakan masa ini,” katanya.

Beliau juga menyeru semua wakil rakyat, ahli majlis tempatan sampai ke peringkat akar umbi untuk mengekalkan tahap sokongan pengundi kepada DAP.

Ketua DAP Negeri Sembilan itu juga berkata, MCA dan Gerakan yang merupakan lawan utama DAP sebelum ini telah kehilangan pengaruh dalam pilihan raya

Katanya, nasib dua parti itu harus menjadi sempadan DAP.

“Jika parti lemah, maka tiada orang yang akan mahu membentuk pakatan dengan kami.

“Kami harus mempunyai kekuatan yang mencukupi untuk mendapat modal rundingan dan memperoleh pengaruh di Parlimen,” katanya. – MalaysiaGazette

Istana Negara pandang serius pihak guna nama YDPA sebar berita palsu

KUALA LUMPUR – Istana Negara memandang serius perbuatan tidak bertanggungjawab yang menggunakan nama Yang Dipertuan Agong (YDPA) bagi menyebar berita palsu.


Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Inder Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, pihak istana sentiasa memantau kenyataan tidak benar oleh beberapa individu yang berbuat demikian termasuk melalui aplikasi Whatsapp.

“Tindakan yang tidak bertanggungjawab sedemikian bukan sahaja mencemarkan kredibiliti YDPA dan Istana Negara malah boleh menimbulkan kegusaran rakyat serta menggugat kententeraman dalam negara dari pelbagai sudut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Istana Negara tidak teragak-agak untuk melaporkan kepada Polis Diraja Malaysia begitu juga Suruhanjaya Komunikiasi dan Multimedia bagi tindakan lanjut di bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Dalam masa yang sama, Istana Negara menyarankan rakyat tidak mudah panik dan percaya berita palsu tersebar dan turut menyebarkan agar berita palsu tidak dikongsi bersama untuk mengelak tindakan polis dan juga Suruhanya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.- MalaysiaGazette

PRU15 boleh memudaratkan, kata Hamzah

 PETALING JAYA: Setiausaha Agung PPBM, Hamzah Zainudin berkata, desakan pembangkang supaya kerajaan mengadakan pilihan raya umum ketika situ...