Khamis, 8 Oktober 2020

Kerana jawatan PM ke-9, Mahathir, Ku Li bergabung sekat kemaraan Anwar

  Macam-macam spikulasi sedang berlegar-legar yang mengatakan Anwar sememangnya sudah cukup nombor untuk membolehkan kerajaan baharu dibentuk, malah Anwar yang bermain teka teki siapa MP yang menyokongnya itu.

Nampaknya keadaan ini sudah membuatkan pro Mahathir tidak senang duduk, diketahui ramai, Muhyiddin walaupun menjadi Perdana Menteri, namun ramai percaya dibelakangnya adalah tetap Mahathir, mungkin Ahli Parlimen Umno sudah mengatahui strategi yang digunakan oleh Mahathir dan kuncu-kuncunya untuk mengecilkan peranan Umno dengan terbentuknya Perikatan Nasional.

Kali ini wujud pula gabungan Mahathir dan Ku Li untuk menghalang usaha Anwar menjadi Perdana Menteri ke-9.

Kalaulah benar Anwar akan jadi Perdana Menteri, ini akan merisikokan Mahathir dan proksinya.

Jadi kita tunggu dan lihat, Selasa ini, bila Anwar akan mengadap Agong untuk mempersembahkan jumlah Ahli Parlimen yang menyokongnya.

Berdebar-debar......


Mahathir, Ku Li bergabung sekat kemaraan Anwar 

Bukan soal Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi atau UMNO lagi, tetapi congakan utama dalam perkiraan Tun Dr. Mahathir Mohamad sekarang adalah untuk mengekang kemaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengira detik hari pembentangan Belanjawan 2021 di Parlimen 6 November, tidak kurang sebulan sahaja lagi dari sekarang, Suara Merdeka difahamkan, Pengerusi Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) itu sedang mendapatkan sokongan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li untuk memastikan Presiden PKR itu tidak memperoleh `angka atau nombor’ yang diuar-uarkannya.

“Tidak boleh pandang remeh dakwaan Anwar bahawa beliau ada angka ahli-ahli parlimen yang mahu menyertainya menjatuhkan Muhyiddin.

“Kami melihat Ku Li serta beberapa lagi dalam UMNO selain Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal yang mengetuai Parti Warisan Sabah bersama Pejuang sahaja boleh menyekat kemaraan Anwar ini,” kata sumber kepada portal ini.

Anwar pada satu sidang akhbar tergempar di Kuala Lumpur pada 23 Septemberl lalu mendakwa beliau kini mempunyai majoriti sokongan ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan Persekutuan yang baharu, sekali gus membolehkan beliau mengusulkan dirinya sebagai Perdana Menteri kesembilan Malaysia.

Menurut sumber itu lagi, secara konvensional, terdapat tiga cara bagaimana seorang Perdana Menteri boleh kehilangan kepercayaan Dewan Rakyat.


“Pertama, kalah undi tidak percaya yang dibentangkan oleh blok pembangkang; kedua, kalah undi tidak percaya yang dikemukakan oleh blok kerajaan sendiri serta ketiga, tidak ada majoriti meluluskan belanjawan.


“Anwar dipercayai akan menggunaka usul ketiga ini untuk menekan Muhyiddin sekali gus memastikan beliau meletak jawatan Perdana Menteri,” katanya.


Perkara 55 (1) dan 40 (2) (b) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan hanya dua orang yang boleh memutuskan sama ada pilihan raya umum mengejut atau snap election boleh berlaku.


Orang pertama adalah Perdana Menteri. Sekiranya Perdana Menteri tidak meminta pembubaran awal, Dewan Rakyat hanya akan dibubarkan lima tahun dari tarikh mesyuarat pertama.


Tanpa permintaan beliau, Yang di-Pertuan Agong pun tidak boleh membubarkannya.


Orang kedua ialah Agong sendiri. Baginda mempunyai budi bicara mutlak untuk sama ada memperkenankan permintaan Perdana Menteri itu.


Perkara 55 (1) tidak mengenakan sebarang syarat, waktu dan keadaan bagi Perdana Menteri untuk meminta pembubaran, tetapi Perkara 43 (4) meletakkan permintaan tersebut sebagai salah satu dari dua pilihan beliau “jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.”

Pilihan yang lagi satu adalah meletak jawatan, sekali gus memberi laluan untuk seorang ahli parlimen lain yang boleh mendapat kepercayaan majoriti Dewan Rakyat untuk menggantikannya sebagai Perdana Menteri.


Dan secara konvensional, yang tiga tadi yang disebut oleh sumber berkenaan.

Setelah krisis perlembagaan Perak, Mahkamah Persekutuan mengesahkan bahawa hal itu juga dapat dinyatakan melalui penyampaian Akuan Bersumpah (SD) oleh ahli dewan legislatif kepada raja.

Ramai sebelum ini meminta Anwar supaya menunggu Dewan Rakyat bersidang pada 2 November depan sekiranya mahu mendakwa beliau mempunyai sokongan untuk menjadi Perdana Menteri menggantikan Muhyiddin.

Pemilihan Perdana Menteri menerusi proses Parlimen itu merupakan kaedah yang benar-benar mengikut lunas demokrasi berparlimen.

Jalan terbaik yang boleh dilakukan adalah dengan Anwar mengusulkan undi tidak percaya terhadap Muhyiddin Yassin, justeru dari situ rakyat boleh melihat secara terus siapa yang mempunyai sokongan majoriti dan siapa yang tidak mempunyai sokongan mencukupi di Dewan Rakyat.-SM

https://suaramerdeka.com.my/mahathir-ku-li-bergabung-sekat-kemaraan-anwar/

[Tukar Kerajaan?] Anwar menghadap Agong: Ketua Pemuda PKR minta ahli solat hajat

Seluruh anggota Parti Keadilan Rakyat dan penyokongnya diminta untuk mengadakan solat sunat hajat sempena majlis Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim  menghadap Yang di-Pertuan Agong yang dijadual berlangsung Selasa.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Akmal Nasir yang membuat seruan itu berkata, solat hajat itu juga bagi mendoakan majlis itu akan berjalan dengan lancar dan penuh tertib.


“Alhamdulillah, kita menjunjung kasih atas perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong untuk menerima mengadap YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden KEADILAN pada Selasa depan.

“Sehubungan dengan itu, saya bersama kepimpinan AMK ingin mengajak seluruh anggota parti serta pendokong PKR untuk melakukan solat sunat hajat dan mendoakan agar segalanya berjalan baik, penuh tertib dan lancar,” kata Akmal.

Beliau turut meminta anggota parti untuk kekal bertenang dan menghormati Perintah Peraturan Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) seperti yang disarankan oleh Anwar.

“Kita juga mendoakan keselamatan dan perlindungan buat keseluruhan rakyat Malaysia daripada wabak COVID-19. Solat Sunat Hajat boleh dilaksanakan mengikut kapasiti masing-masing di mana jua anda berada.

“Semoga Allah kurniakan kepimpinan negara yang mempunyai halatuju dan stabil, juga kesembuhan dan perlindungan daripada wabak COVID-19 kepada seluruh rakyat Malaysia insya-Allah,” kata Akmal.

Anwar dalam satu kenyataan media hari ini memaklumkan, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memberi perkenan untuk beliau hadir menghadap pada Selasa depan.

“Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan keizinanNya Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah diberi keafiatan daripada kegeringan baru-baru ini.

Baca selanjutnya https://suaramerdeka.com.my/anwar-menghadap-agong-ketua-pemuda-pkr-minta-ahli-solat-hajat/

Anwar persembahkan jumlah majoriti kepada Agong Selasa minggu depan

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa dia akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Selasa depan untuk mempersembahkan butiran bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat.


“Saya ingin menjunjung kasih kerana Ke bawah Duli Tuanku telah memperkenankan untuk saya mengadap pada hari Selasa, 13 Oktober , Insya-Allah.

“Pada majlis mengadap tersebut saya akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang kukuh dan meyakinkan seperti mana yang saya sebut sebelum ini.

“Saya amat berharap rakyat Malaysiauntuk terus bertenang dan mendoakan dari rumah atau tempat pekerjaan masing-masing,serta menghormati Peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

https://m.malaysiakini.com/news/545751?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

[Surat] Muhyiddin perlu berundur kata ketua AMK Damansara

Pelbagai isu timbul sejak kebelakangan ini yang melibatkan kegusaran rakyat secara keseluruhannya, terutamanya dengan peningkatan mendadak kes penularan wabak Covid-19.

Ia semakin mencemaskan apabila ada seorang bayi di Semporna, Sabah, meninggal dunia.


Melihat kepada kronologi, Muhyiddin Yassin mula berhadapan dengan krisis kepemimpinan apabila timbalan menteri kesihatan didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan semasa perintah kawalan pergerakan kira-kira empat bulan lepas.

Hari demi hari, detik demi detik dan saat demi saat, Muhyiddin terus terbukti gagal menguruskan seluruh jentera kabinet dan kerajaan apabila pelbagai isu ketidakadilan berlaku.

Pelbagai isu timbul sejak kebelakangan ini yang melibatkan kegusaran rakyat secara keseluruhannya, terutamanya dengan peningkatan mendadak kes penularan wabak Covid-19.

Ia semakin mencemaskan apabila ada seorang bayi di Semporna, Sabah, meninggal dunia.

Melihat kepada kronologi, Muhyiddin Yassin mula berhadapan dengan krisis kepemimpinan apabila timbalan menteri kesihatan didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan semasa perintah kawalan pergerakan kira-kira empat bulan lepas.

Hari demi hari, detik demi detik dan saat demi saat, Muhyiddin terus terbukti gagal menguruskan seluruh jentera kabinet dan kerajaan apabila pelbagai isu ketidakadilan berlaku.

Malah didapati ada ahli politik tidak melakukan kuarantin atau melanggar SOP yang ditetapkan mereka sendiri selepas pulang daripada berkempen di Sabah.

Ianya bertambah parah apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Zulkifli Mohamad disahkan positif Covid-19 baru-baru ini.

Muhyiddin perlu kembali kepada masalah dasar dihadapinya sejak hari pertama mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Malaysia, iaitu keabsahan kerajaan sekarang.

Pemuda PKR (AMK) Damansara menuntut dengan setegas-tegasnya supaya Muhyiddin mengadakan sidangan khas parlimen bagi menentukan sama ada dia memiliki sokongan majoriti ahli parlimen ataupun sebaliknya.

Hal ini perlu untuk memastikan kestabilan politik tanah air dan segala urusan pentadbiran negara dapat berjalan dengan lancar.

Jika tidak Muhyiddin perlu berani menegakkan kebenaran demi kemaslahatan rakyat dan negara dengan berundur secara bermaruah selepas siri kegagalan pengurusannya semakin terdedah sepanjang tempoh lapan bulan ini.

DZULHILMI ZAINOL ialah ketua AMK Damansara.

https://m.malaysiakini.com/letters/545707

Malu! Sekali video Timbalan Menteri tertidur masuk berita Turki tu...

 Rakaman video yang menunjukkan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Eddin Syazlee Shith tertidur ketika di satu majlis konvokesyen baru-ba...