Rabu, 14 Oktober 2020

Ku Li hantar usul undi tidak percaya terhadap PM

SHAH ALAM - Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah telah menghantar usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Speaker Dewan Rakyat pada 25 September lalu.

Menerusi sepucuk surat yang dilihat oleh Sinar Harian, Tengku Razaleigh mendakwa Muhyiddin telah menolak usul yang sama untuk dibahaskan sebanyak dua kali.

"Usul tidak percaya ini amat penting atas beberapa sebab keperlembagaan, termasuk kesahihan kerajaan sekarang ini di bawah kepimpinan perdana menteri.




"Sekiranya usul tersebut disokong oleh sebahagian besar (majoriti) Ahli-ahli Dewan Rakyat, akibat keperlembagaan yang menyusulnya haruslah dipersembahkan ke pengetahuan Yang di-Pertuan Agong," katanya.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Gua Musang itu juga meminta usul tersebut dikemukakan kepada Dewan Rakyat sebagai perkara penting yang memerlukan perhatian segera.

Ia perlu dibuat supaya kerajaan kepimpinan Perdana Menteri kini dapat mengesahkan kewajarannya di Dewan Rakyat.

https://www.sinarharian.com.my/article/105329/BERITA/Politik/Ku-Li-hantar-usul-undi-tidak-percaya-terhadap-PM

Agong tangguh untuk jumpa Lim Guan Eng dan Mat Sabu menurut sumber

 KUALA LUMPUR – Yang-di Pertuan Agong menangguhkan sesi menghadap baginda yang melibatkan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Susulan penangguhan itu, Mohamad Sabu dan Guan Eng mengeluarkan satu kenyataan media bersama.

“Sebelum ini, kami (Guan Eng) telah dititah untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada hari Rabu, 14 Oktober 2020.

“Manakala untuk Mohamad Sabu pada hari Rabu, 21 Oktober 2020,” katanya.

Bagaimanapun, semalam Setiausaha Sulit Kanan Baginda telah memaklumkan kepada kami bahawa kedua-dua sesi menghadap Tuanku telah ditangguhkan.

“Kami menjunjung titah dan mendoakan agar Yang di- Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong serta seluruh kerabat dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan,” ucapnya.

Semalam, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu, Agong memerlukan sedikit masa untuk mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua parti bagi mendapat maklum balas sokongan terhadap Presiden PKR itu menjadi Perdana Menteri dan sekali gus membentuk kerajaan baharu.

Suara TV https://suara.tv/14/10/2020/agong-tangguh-jumpa-guan-eng-dan-mat-sabu-tidak-umum-tarikh-baru/?fbclid=IwAR0FnPIXslxMurtYh6Wh2H2p8D7n_T0V_UB75exe5NmtUdPmMgc0oWk4Kpc

[Hot!] Jangan anggap PN kerajaan yang lemah – Razali

 KUALA LUMPUR – Jangan menganggap Perikatan Nasional (PN) sebagai satu kerajaan yang lemah atau tidak berwibawa. Ini kerana kerajaan PN tela...