Jumaat, 23 Oktober 2020

Darurat, keputusan pendek akal dan penting diri kata Anwar

 KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pengisytiharan darurat sebagai suatu keputusan yang pendek akal dan penting diri.

Katanya,hari ini kita sedang menyaksikan babak sejarah yang tidak pernah berlaku sebelumnya yakni mempunyai sebuah kerajaan yang bergelut dengan persoalan keabsahan, dan sedang menggunakan wabak Covid-19 yang memungkinkan penyalahgunaan kuasa.



“Saya mengikuti rapat laporan-laporan yang mengandaikan bahawa kerajaan sedang mempertimbang untuk melaksanakan langkah darurat bagi menyekat proses Parlimen.

“Pengisytiharan darurat hanya dilakukan bilamana terdapat unsur ancaman pada keselamatan negara. Tetapi apabila kerajaan itu sendiri yang menjadi punca pada ancaman keselamatan, maka langkah darurat ternyata suatu langkah kebelakang yang akan memungkin kediktatoran.

“Hal demikian, saya menggesa Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menimbang semula keputusan ini kerana ia ternyata suatu keputusan yang pendek akal dan penting diri,” katanya.

Presiden PKR itu menyatakan, dengan langkah ini, maka kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang tidak ada keabsahan ini telah menonjolkan kelemahan mereka dalam menangani wabak Covid-19 dan kemelut ekonomi yang kita hadapi sekarang.

“Negara-negara di rantau ini sedang memikirkan pelbagai cara bagi menangani wabak dan benarkan aktiviti ekonomi untuk bergerak, namun Malaysia sedang bergerak kebelakang.

“Kita masih belum mengetahui apa strategi kerajaan dalam mengemudi krisis ini, tetapi apa yang terpamer adalah pemerintah merasakan strategi ampuh untuk melawan dampak wabak adalah dengan melemahkan demokrasi.

“Apa yang kita perlukan dalam mendepani wabak Covid-19 adalah ketelusan, kebertanggungjawaban dan dasar yang jelas oleh pelbagai kementerian.

Menurut Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, pemerintah telah gagal menonjolkan kepimpinan yang berkualiti saat wabak, malah telah mengambil langkah yang mencurangi demokrasi untuk terus berkuasa.

https://suara.tv/23/10/2020/darurat-keputusan-pendek-akal-dan-penting-diri-anwar/

PM menghadap Agong di Istana Abdulaziz

 KUANTAN – Perdana Menteri Tan Sri Muhyidddin Yassin tiba di Istana Abdulaziz  di sini hari ini, bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.


Foto - Bernama

Kenderaan yang membawa Perdana Menteri dilihat memasuki pagar Istana Abdulaziz pada kira-kira 4.40 petang, diiringi pasukan keselamatan dan sejumlah kenderaan rasmi kerajaan negeri Pahang.

Turut kelihatan memasuki Istana Abdulaziz ialah kenderaan rasmi Panglima Angkatan Tentera (PAT) Jen Tan Sri Affendi Buang.

Pengamal media mula berkumpul di laluan masuk ke istana itu seawal 2.30 petang, selepas ura-ura Perdana Menteri akan menghadap Seri Paduka mula tersebar sejak tengah hari tadi.

Muhyiddin terdahulu mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Perdana Putra, Putrajaya pagi tadi, dipercayai bagi membincangkan isu-isu semasa.

Turut dilihat memasuki Perdana Putra ialah kenderaan yang membawa menteri-menteri Kabinet dan PAT Affendi Buang.

— BERNAMA

Kabinet setuju darurat, PM dijangka mengadap Agong menurut portal Malaysiakini

 Kabinet bersetuju dengan pelaksaan darurat bagi menangani penularan Covid-19.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas hari ini yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Putrajaya.



“Tunggu pengumuman,” kata seorang menteri yang enggan namanya didedahkan ketika dihubungi Malaysiakini.

Langkah itu diambil susulan ketidaktentuan berterusan dalam negara dan ketika Muhyiddin berdepan desakan daripada luar dan dalam.

Sementara itu, memetik sumber, The Malaysian Insight melaporkan perkataan “darurat” itu harus dipakejkan semula supaya tidak mencetuskan rasa panik di kalangan rakyat.

“Mereka tak akan panggil darurat, tetapi nama baru lain. Sesuatu yang berkaitan dengan Covid-19,” menurut sumber itu.

Malaysiakini difahamkan Muhyiddin dijangka mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi mendapatkan perkenan baginda.

Bagaimanapun, perkara ini masih tidak dapat disahkan

https://www.malaysiakini.com/news/547792

Kes Covid-19 di Sabah naik, Warisan buat apa? soal Najib

 PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan tindakan pemimpin Warisan termasuk presiden Shafie Apdal yang masih membisu walaupun jumlah jangkitan Covid-19 di Sabah meningkat mendadak termasuk membabitkan kawasan Lahad Datu, Semporna, Tawau dan Kunak yang dikuasai parti itu.


“Pemimpin-pemimpin Warisan terus berdiam diri berhubung Covid selepas Pilihan Raya Negeri (PRN). Mohamaddin Ketapi sudah nyahaktif Facebook, manakala Shafie hanya membuat 4 posting sejak PRN, 1 untuk ucap terima kasih pada pengundi, 1 untuk ucap ‘Happy Mooncake’ festival, 1 ucapan takziah kepada VK Liew dan 1 untuk video promosikan diri,” kata Najib.

Najib turut membangkitkan semula kenyataan dikeluarkan pemimpin Warisan dipercayai dituju kepada Mohamaddin yang memaklumkan Covid-19 di Sabah hanya wayang ketika kempen PRN Sabah.

“Tidak boleh dinafikan bahawa mereka (pemimpin Warisan) adalah pemimpin komuniti dari 4 daerah ini,” katanya.

Beliau berkata, pemimpin Warisan sepatutnya bekerjasama membantu kerajaan mendidik masyarakat tempatan membendung penularan Covid-19.

“Saya harap pemimpin-pemimpin ini bekerjasama dengan kerajaan untuk bantu usaha mendidik penduduk tempatan dan membendung Covid di sana. Jangan tahu membisu sahaja sambil mengutip gaji ahli Parlimen dan Adun,” katanya.

Sehingga kini Sabah mencatatkan 9,868 jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 dengan 6,577 kes aktif.

Daripada jumlah itu, Kota Kinabalu mencatatkan kes aktif paling tinggi iaitu 1,582, diikuti Semporna (971), Tawau (962), Sandakan (747), Lahad Datu (558).

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/10/23/kes-covid-19-di-sabah-naik-warisan-buat-apa-soal-najib/

Mesyuarat Kabinet cadang bubar, gantung Parlimen?

 CYBERJAYA— Mesyuarat Khas Kabinet yang berakhir sebentar tadi dikatakan akan mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan ‘Darurat Politik‘ kepada Yang Di Pertuan Agong bagi mengatasi ketidakstabilan politik dan mengelak lebih banyak konflik dalam sidang Parlimen akan datang.

Dalam keadaan kerajaan hanya mempunyai 113 sokongan ahli Dewan Rakyat, kedudukan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan sentiasa menjadi bahan pertaruhan ahli politik lain.

Kabinet dikatakan menyaran supaya Muhyiddin mempersembahkan cadangan ini untuk pertimbangan Yang Di-Pertuan Agong.


Berdasarkan keadaan pandemik Covid-19 yang menular sekarang, kabinet dikatakan turut berbincang mengenai kemungkinan Tuanku mempertimbangkan cadangan menggantung Parlimen dan menjalankan ‘darurat pentadbiran’ selama 6 bulan sebelum pilihan raya umum diadakan.

Kehadiran Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Affendi Buang, dalam mesyuarat khas kabinet hari ini dikatakan bagi mendapat maklum balas mengenai kemungkinan darurat pentadbiran.

Ini menguatkan lagi andaian Tuanku Agong akan mempertimbangkan darurat sebagai satu langkah sementara menstabilkan politik negara.

Jika ini berlaku Tuanku Agong akan mengambil alih pentadbiran negara dengan nasihat kabinet darurat.Ia boleh jadi kabinet sedia ada atau kabinet baharu.

Pengisytiharan darurat ini membolehkan kerajaan melakukan perbelanjaan kecemasan tanpa perlu kelulusan Parlimen.

Kerajaan sedia ada dikatakan percaya Belanjawan 2021 yang bakal dibentang November ini tidak akan lulus akibat kekurangan sokongan majoriti.

Dalam masa yang sama darurat politik ini tidak membabitkan pemerintahan Angkatan Tentera Malaysia seperti darurat keselamatan. -SuaraTV

Azmin kata dia yakin audio itu rakaman sahih, anggap itu pengkhianat terbesar Anwar

 Mohamed Azmin Ali yakin audio yang dikatakan perbualan antara Presiden PKR Anwar Ibrahim dan presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi merupakan...