Isnin, 16 November 2020

Teresa Kok hentam Zuraida pula, tak puas hati Wilayah dijadikan tempat "bebas berniaga"

 Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok menyifatkan Zuraida Kamaruddin tidak sesuai menerajui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kerana menggalakkan pelanggaran undang-undang di Kuala Lumpur dengan menjadikan wilayah berkenaan sebagai 'bebas berniaga'.

Dalam satu kenyataan hari ini, Kok menyatakan rasa terkejutnya kerana Zuraida menyifatkan kritikannya terhadap dasar itu sebagai tidak peka terhadap peniaga kecil.



"Saya rasa hairan atas kritikan yang dilemparkan oleh Zuraida terhadap saya kerana saya menyoal pengumuman Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa yang berkata DBKL membenarkan warga kota untuk membuka gerai atau perniagaan kecil di mana-mana tempat yang sesuai di sekitar bandaraya mulai 15 November 2020.

"Kenyataan Zuraida ini menunjukkan beliau sebagai menteri yang menjaga kerajaan tempatan memang tidak sedar tentang masalah penjaja tanpa lesen yang melanggari undang-undang yang berlaku di banyak tempat di Kuala Lumpur," kata Kok.

Tambah pemimpin DAP itu, Zuraida dan Annuar seharusnya membantu golongan peniaga kecil tanpa lesen dengan mewujudkan lebih pusat penjaja ataupun pasar pagi atau pasar malam di tempat yang sesuai.

"Ini adalah kerana 'wilayah bebas berniaga' bukan sahaja akan mewujudkan masalah trafik, tetapi ia juga akan mewujudkan pergaduhan di antara penduduk dan penjaja berkenaan, dan akan menjadikan bandaraya Kuala Lumpur kucar-kacir," katanya.

Kok menegaskan bahawa dia prihatin terhadap nasib peniaga kecil dan masalah pengangguran di kalangan warganegara.

Semalam, Zuraida mengatakan dia terkejut apabila Kok, dalam perbahasan di Dewan Rakyat telah menentang dasar berkenaan yang bertujuan untuk membantu peniaga kecil menjalankan aktiviti ekonomi pada ketika mereka menghadapi cabaran dalam menjana pendapatan kerana sekatan yang dikenakan untuk memerangi pandemik Covid-19.

"Saya terkejut kerana Kok telah membangkitkan di Dewan Rakyat bantahan sia-sia dan tidak sopan terhadap tindakan untuk membantu pengguna kecil ini.

"Sangat mengecewakan mendengar dia menyindir bahawa akibat dari cadangan zon bebas, gerai penjaja dapat didirikan di sepanjang Jalan Parlimen.

"Kehidupan peniaga kecil kami bukanlah perkara yang menggelikan hati," kata Zuraida.

Di bawah dasar "bebas berniaga", mana-mana peniaga kecil boleh mendirikan gerai di Kuala Lumpur asalkan dianggap sesuai oleh pihak berkuasa.

Mereka hanya perlu memohon kebenaran berniaga sementara selama enam bulan.

Kok mendesak Zuraida dan Annuar untuk memperhatikan apa yang dikemukakan oleh anggota parlimen Segambut, Hannah Yeoh yang mendakwa bahawa ahli politik dan NGO tertentu berusaha mendapatkan keuntungan dari kawasan bebas berniaga.

"Saya menyeru Zuraida dan Annuar membuat kenyataan dan menjalankan tugas mereka sebagai menteri secara professional dan mengikut peraturan dan undang-undang.

"Selain itu, mereka sepatutnya mengadakan rundingan dan bekerjasama dengan wakil rakyat khususnya di bandaraya Kuala Lumpur untuk mencari jalan membantu golongan B40, dan bukan memutar-pelitkan kenyataan bernas yang dikeluarkan oleh wakil rakyat seperti saya," katanya. -MalaysiaKini

https://www.malaysiakini.com/news/551148

[Hebat] Hutang negara boleh capai sifar jika Anwar masih menteri kewangan

 Negara mungkin akan mencapai sifat hutang jika Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim masih lagi menjadi menteri kewangan.

Ahli Parlimen Padang Seria M. Karupaiya dalam sesi sidang Dewan Rakyat hari ini berkata, Malaysia juga mungkin akan menjadi negara yang terkaya di Asia Tenggara jika Anwar masih memegang jawatan tersebut.

Menurutnya, masalah kewangan negara boleh diatasi sekiranya Anwar menjadi perdana menteri kesembilan.

“Memandangkan hutang negara telah mencecah angka 60.7 peratus KNK dan pihak kementerian telahpun memberikan penjelasan namun jika YB Port Dickson masih memegang jawatan menteri kewangan hingga hari ini kita mungkin mencapai sifar hutang dan kemungkinan besar menjadi negara yang terkaya di Asia Tenggara.

“Masih belum terlambat kalau Port Dickson menjadi PM yang ke-9 masalah kewangan tersebut boleh ditangani. Seterusnya berapa generasi yang perlu menanggung hutang tersebut. Tolong perjelaskan,” kata Karupaiya.

Beliau sebelum itu meminta Kementerian Kewangan menyatakan hutang dan liabiliti Kerajaan yang berjumlah.



RM1.264 bilion pada akhir tahun ini yang dikatakan oleh Timbalan Menteri Kewangan I.

Karupaiya juga ingin mengetahui langkah Kerajaan dalam memastikan jumlah hutang dan liabiliti tersebut tidak menjadi beban kepada generasi akan datang.

Sementara itu Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, sejarah hutang negara bermula tahun 1997 apabila negara berdepan dengan krisis kewangan di Asia Tenggara, kata

Katanya, tidak berbangkit siapa jadi Perdana Menteri dengan keupayaan negara dapat mengurangkan hutang kepada sifar.

Beliau berkata, hutang negara sehingga akhir tahun ini berjumlah RM874.3 bilion iaitu 60.7 peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Untuk makluman, kalau kita lihat sejarah hutang negara bermula tahun 1997 apabila negara kita berdepan dengan krisis kewangan.

“Ekonomi kita diserang menyebabkan kejatuhan mata wang, maka kita terpaksa ambil pendekatan berbelanja secara berhemah bagi memastikan ekonomi kita dapat dijana semula,” katanya menjawab soalan tambahan M. Karupaiya (Padang Serai-PKR) di Parlimen hari ini.-SM

https://suaramerdeka.com.my/hutang-negara-boleh-capai-sifar-jika-anwar-masih-menteri-kewangan/?fbclid=IwAR20dJ322-f0OM9Mv6XPxl-afXeFcpdydTsgkPPf4SXUHrk7EghYOl12z2Y

[Panas] PAS, Umno, PPBM bentuk gabungan rasmi dalam masa terdekat, kata Tuan Ibrahim

 PETALING JAYA: PAS memberi bayangan bahawa parti itu bersama-sama Umno dan PPBM akan membentuk gabungan rasmi dalam masa terdekat di sebalik khabar angin yang mendakwa hubungannya dengan Umno semakin renggang.

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perbincangan antara 3 parti itu sedang berjalan dan akan dimuktamadkan tidak lama lagi.



“Perbincangan dan muafakat agar pembentukan gabungan ketiga-tiga parti (PAS, Umno dan PPBM) diwujudkan. Ia akan jadi kenyataan dalam masa terdekat,” katanya kepada FMT hari ini.

Ogos lalu, Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin mengumumkan parti pimpinannya bersetuju menyertai Muafakat Nasional (MN), iaitu kerjasama antara Umno dan PAS.

Tuan Ibrahim juga menolak dakwaan bahawa hubungan parti itu dengan sekutunya Umno semakin dingin selepas menyertai gabungan Perikatan Nasional (PN).

Katanya, kerjasama antara PAS-Umno terus berjalan sehingga ke peringkat akar umbi, termasuk pembentukan jawatankuasa (JK) bersama.

“Hubungan antara PAS dan Umno terus berjalan, bahkan pembentukan JK bersama kawasan dan bahagian terus diwujudkan. Tidak timbul isu PAS ketepikan Umno atau sebaliknya.

“PAS juga menjaga hubungan dengan PPBM dalam PN. Ini kerana kerajaan PN didokongi oleh ketiga tiga parti utama ini,” katanya ketika diminta mengulas dakwaan bahawa PAS cuba meminggirkan Umno dan hubungan 2 parti itu ketika ini semakin renggang selepas menyertai PN.

Sebelum ini, setiausaha agung veteran Umno, Mustapha Yaakub mengakui hubungan parti itu dengan rakan sekutunya dalam MN, iaitu PAS, tidak seintim dulu dan semakin renggang sejak kebalakangan ini.

Mustapha berkata, perubahan itu berlaku apabila PAS mula mendapat tempat dalam kerajaan PN.

“Orang kata, kalau umpama orang yang baru kahwin, tidur tidak lagi berpelukan.

“Kita nampak dan kita sedar hubungan itu kini sedikit renggang, namun tidak ada pergeseran,” katanya lapor sebuah portal berita, namun mengakui hubungan antara 2 parti itu masih elok tanpa sebarang pertelingkahan serius.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/11/15/pas-umno-ppbm-bentuk-gabungan-rasmi-dalam-masa-terdekat-kata-tuan-ibrahim/

Malu! Sekali video Timbalan Menteri tertidur masuk berita Turki tu...

 Rakaman video yang menunjukkan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Eddin Syazlee Shith tertidur ketika di satu majlis konvokesyen baru-ba...