Isnin, 14 Disember 2020

[Najib lagi?] Maaf saya tidak mahu Najib dalam kerjasama baru nanti kata Tun M

 KUALA LUMPUR – Setelah mengumumkan kerjasama dengan dengan veteran UMNO, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dalam membentuk kerajaan baharu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Datuk Seri Najib tidak akan ada dalam kerjasama itu.

Dr. Mahathir menjelaskan sekiranya menerima bekas Perdana Menteri keenam itu, beliau akan kekal sebagai Perdana Menteri dan tidak akan melepaskan jawatannya.



“Dengan Datuk Seri Najib saya tidak boleh kerjasama. Saya minta maaf, saya dijemput untuk menjadi Perdana Menteri sebelum Tan Sri Muhyiddin jadi Perdana Menteri lagi.

“Saya kata kepada mereka satu kerajaan yang bergantung kepada Datuk Seri Najib untuk jadi kerajaan bukanlah satu benda yang saya boleh terima. Tapi Muhyiddin kata dia boleh terima. Dia ambil lah,” katanya dalam sidang media khas yang diadakan di Yayasan Al-Bukhari, hari ini.

Dr. Mahathir dan Tengku Razaleigh hari ini mengumumkan untuk bekerjasama bagi membangunkan semula negara sebagai Harimau Asia.

Beliau secara terang-terangan mengharap Ahli-ahli Parlimen di Dewan Rakyat agar menolak Rang Undang-undang Pembekalan (Belanjawan) 2021 pada sesi bacaan kali ketiga esok.

Langkah itu, kata Dr. Mahathir, penting kerana kerajaan pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat goyah. – MalaysiaGazette

Dr M, Ku Li mahu kembalikan Malaysia sebagai Harimau Asia lagi sekali

 Dua ahli politik veteran negara hari ini mengumumkan berganding bahu untuk memberikan sumbangan kepada negara tetapi tidak memberikan penjelasan terperinci berhubung rancangan mereka.

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, 95 dan Tengku Razaleigh Hamzah, 83, pada satu sidang media bersama mengatakan mereka membuat pengumuman menjelang pengundian Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 untuk bacaan kali ketiga esok yang bermaksud sekiranya gagal kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan tumbang.



Dua pemimpin yang pernah “berentap” untuk jawatan tertinggi Umno pada tahun 1987 sehingga menyebabkan parti Melayu itu berpecah mengatakan mereka mahu memberikan sumbangan kepada negara untuk menggembalikan status Malaysia sebagai “harimau Asia”.

Mahathir dan Razaleigh juga menyeru semua 220 ahli Parlimen membuat undian esok tanpa memikirkan kepentingan parti dan kedudukan masing-masing.

Sebaliknya, mereka menggesa semua ahli Parlimen membuat keputusan demi kebaikan rakyat yang menerima impak negatif selepas pandemik Covid-19 melanda negara.

Razaleigh yang juga pengerusi Jemaah Penasihat Umno berkata, beliau berharap wakil rakyat dapat bekerjasama untuk membangunkan semula negara kepada zaman kegemilangannya sehingga dikenali sebagai harimau Asia.

Manakala, Mahathir menegaskan kerajaan hari ini mempunyai banyak konflik yang perlu diselesaikan segera yang menyebabkan banyak dasar-dasar kerajaan tidak boleh dijalankan dengan baik.

“Kerajaan pun ada kelebihan dua undi sahaja. Ahli Parlimen pun sibuk dengan politik sahaja.

“Menteri-menteri dapat gaji jauh lebih besar berbanding dulu, (sebab itu) masing-masing nak jadi menteri, timbalan menteri kerana gaji lebih besar. Untuk duit sahaja,” katanya dalam satu sidang media bersama di Yayasan Al Bukhary, Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum ini, Ku Li menegaskan beliau tidak akan mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2021 selagi keabsahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) belum dimuktamadkan.

[Panas!Panas!] Ku Li, Tun M ‘ bergabung’

 KUALA LUMPUR : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li yang pernah ‘berseteru’ sebelum ini akan bergabung.





Gabungan dua pemimpin terbabit ‘terbentuk’ menerusi  satu sidang akhbar petang ini bagi   menjawab pelbagai persoalan termasuk hubungan serta politik mereka.

Berdasarkan sejarah sebelum ini, pada tahun 1987 UMNO pernah berpecah kepada dua kem.

Baru-baru ini Ku Li dikatakan berjumpa dengan Dr. Mahathir berunding untuk membina kerjasama.

Namun, segala persoalan akan terjawab termasuk gabungan pemimpin pada petang ini.-UTUSAN ONLINE

Anwar dikelilingi golongan pembodek dengan budaya samseng, politik wang, kata Rafizi

 PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli meggesa presiden parti, Anwar Ibrahim, supaya waspada terhadap golongan “pembodek” di keliling beliau yang membawa “budaya samseng dan politik menabur duit serta janji.”

Rafizi berkata beliau sudah memberikan peringatan itu kepada Anwar sebelum ini, namun membayangkan kumpulan “pembodek” itu masih belum disisihkan oleh Ketua Pembangkang itu.



“Saya jenis yang tak suka bercakap benda sama berulang-ulang. Kalau dah nasihat itu telah diberi dan nampaknya tidak berkesan, maka biarlah Anwar tanggung sendiri risiko menyimpan jenis-jenis opportunis di keliling beliau,” kata Rafizi dalam facebooknya.

Rafizi tidak menamakan sesiapa tetapi menegaskan Anwar perlu berhati-hati supaya pengkhianatan lalu ke atasnya oleh Azmin Ali tidak berulang.

“Ramai tahu dan sedar ada beberapa kerat yang mengelilingi Anwar adalah opportunis haprak yang membawa budaya berbahaya dalam parti. Mereka membawa budaya gangster dan politik wang menabur duit dan janji,” kata Rafizi dalam facebooknya.

“Anwar perlu pandai pilih orang kelilingnya yang menjadi penjaga tol ke pejabatnya. Dulu pilih Azmin, tengok apa yang jadi. Yang ada sekarang pun dua kali lima,” kata Rafizi.

Azmin, menjadi orang kanan Anwar untuk sekian lama tetapi akhirnya berpaling tadah dengan membawa keluar sejumlah Ahli Parlimen PKR untuk bergabung dengan Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin dan menubuhkan kerajaan Perikatan Nasional.

Rafizi berkata, individu yang kini “menghimpit” Anwar tidak berjuang membebaskan Anwar semasa beliau dipenjarakan, berbeza dengan pengorbanan pemimpin lain yang dipenjarakan.

“(Tetapi) bila (PKR dan Pakatan Harapan) dah menang tahun 2018, berhari-hari dia berkampung di depan Hospital Cheras untuk mula menempel. Tiba-tiba, menjadi pembela parti dan orang paling setia kepada Anwar Ibrahim, sedangkan tindak tanduk mereka boleh menjatuhkan parti dan Anwar,” katanya.

Rafizi berkata “puak pembodek” berkenaan kini mensasar untuk menjatuhkan pemimpin yang lantang bersuara seperti Ketua Pemuda PKR, Akmal Nasir, demi keuntungan diri.

“Sekarang mereka mula pula sasarkan pimpinan seperti Akmal untuk diburukkan supaya mana-mana pimpinan yang boleh ada pandangan bebas dan kekuatan yang boleh mengancam mereka menjadi pembodek tegar; perlu disingkirkan dengan cara ini,” kata Rafizi.

Beliau juga memberi amaran kepada mana-mana individu yang berhasrat menunggang parti demi kekayaan dan kedudukan peribadi supaya tidak mengacaunya.

“Kalau species ini banyak buat kacau, boleh saja saya kacau balik.”

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/12/13/anwar-dikelilingi-golongan-pembodek-dengan-budaya-samseng-politik-wang-kata-rafizi/

PRU15 boleh memudaratkan, kata Hamzah

 PETALING JAYA: Setiausaha Agung PPBM, Hamzah Zainudin berkata, desakan pembangkang supaya kerajaan mengadakan pilihan raya umum ketika situ...