Jumaat, 16 April 2021

Pelik! Muhyiddin kata kerajaan sudah dah tak banyak duit, tetapi timbalan menteri pelancongan baru tetap akan dilantik hari ini

 Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Dee Koh Hoi dilapor akan mengangkat sumpah sebagai timbalan menteri pelancongan, kesenian dan kebudayaan, esok.



“Saya bersyukur atas pelantikan ini, tapi semestinya ada banyak kerja yang perlu dilakukan,” katanya seperti dipetik TheVibes.com

Malaysiakini difahamkan, upacara mengangkat sumpah akan diadakan di Istana Negara pada jam 10.30 pagi esok di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Jawatan itu kosong selepas penyandangnya Jeffrey Kitingan meletak jawatan pada September tahun lalu.

Peletakan jawatan berkenaan dibuat selepas presiden Star itu dilantik menjadi timbalan ketua menteri Sabah.

Kabinet Perdana Menteri Muhyiddin Yassin ketika terdiri daripada 32 menteri dan 38 timbalan menteri dan menjadi yang terbesar dalam sejarah Malaysia. – MK.

https://perakinsights.com/2021/04/16/muhyiddin-kata-kerajaan-dah-tak-banyak-duit-tapi-timbalan-menteri-pelancongan-baru-tetap-akan-dilantik-hari-ini/


Menteri Kesihatan kecewa penurunan kes Covid-19 kepada 500 sehari pada Mei akan tidak berlaku

 Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba tidak dapat menyembunyikan kekecewaan apabila mengakui unjuran penurunan kes positif Covid-19 pada Mei ini tidak mungkin berlaku.



Dalam nada kesal, beliau menyifatkan kegagalan masyarakat yang leka pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sebagai antara penyumbang terbesar lonjakan penularan Covid-19.

“Jika anda lihat pada rajah unjuran awal ini, ia menunjukkan graf trend menurun dan kita unjur kemungkinan dapat mencapai sekitar 500 kes baharu dalam sehari menjelang bulan depan.

“Bagaimanapun nampaknya keadaan ketika ini tidak memberangsangkan dengan ramai tidak patuh SOP dan mungkin kes positif melonjak semula,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan buku ‘Malaysia Health Sector Response To Covid-19 Pandemic: Perspective From The Field’ di sini semalam.

Adham berkata, pihaknya berharap penugasan anggota penguatkuasaan pihak berkuasa tempatan (PBT) mulai kelmarin akan membantu masyarakat lebih mematuhi SOP, malah kementeriannya sendiri turut menerima banyak aduan daripada orang ramai yang bimbang dengan suasana bazar Ramadan di kebanyakan negeri tidak terkawal.

“Saya berharap semua mengambil pengajaran daripada apa berlaku di Kelantan dan Sarawak yang tidak membenarkan operasi bazar Ramadan kerana kes naik mendadak,” katanya.

Menyentuh isu vaksin AstraZeneca sama ada akan digunakan dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), beliau berkata, perkara itu dijangka diketahui pada minggu depan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) yang dipengerusikan beliau dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaludin yang akan meneliti semula isu tersebut.

“Secara terus terang, saya yang menandatangani perolehan vaksin ini daripada dua sumber termasuk dihasilkan di Thailand untuk keperluan 10 peratus penduduk Malaysia,” jelas beliau.

Bagaimanapun katanya, bekalan itu dijangka tiba pada Mei atau Jun dengan ada tempoh masa lagi jika JKJAV memutuskan untuk pembatalan perolehan atas faktor risiko tertentu.

Katanya, rakyat negara ini diharap tidak perlu bimbang kerana kerajaan akan membuat penilaian semula berdasarkan data dan rekod terkini dari seluruh dunia. – Utusan

Khamis, 15 April 2021

Pemimpin gabungan PN kata harga barang terkawal

 Berdasar Ops Pantau yang dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Penguna (KPDNHEP) mendapati harga makanan dan barangan kawalan di Kedah masih terkawal.

Wan Romani Wan Salim


Exco Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Wan Romani Wan Salim berkata, setakat ini belum ada aduan berkenaan kenaikan harga barang oleh pengguna.

Bagaimanapun katanya, pengguna digesa segera membuat aduan sekiranya terdapat peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barang terutama di musim perayaan sekarang.

“Mereka boleh membuat aduan secara di atas talian e-aduan,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian sumbangan pelitup muka dan hand sanitizer kepada 57 sekolah di daerah Pokok Sena hari ini.

Turut hadir Pegawai Pendidikan Daerah Pokok Sena Ahmad Bawadir Abdul Ghani.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan berlaku kenaikan mendadak harga runcit barangan keperluan hampir di seluruh negara ketika umat Islam menghadapi Ramadan sekarang.

Berdasar tinjauan yang dibuat didapati berlaku peningkatan harga ayam bersih standard sebelum ini RM5.99 meningkat kepada RM9.50 sekilogram.

Wan Romani yang juga Adun Bukit Pinang turut memberi jaminan bekalan makanan di Kedah sepanjang Ramadan dan sambutan Aidilfitri ini mencukupi.

“Ini bermakna bekalan makanan mencukupi seluruh Kedah. Kerajaan negeri dan KPDNHEP mengadakan lawatan ke premis-premis perniagaan sebelum Ramadan lagi,” ujarnya.

Sementara itu pada majlis berkenaan sebanyak 1,200 keping pelitup muka dan 600 botol hand sanitizer diserah kepada guru besar dan wakil sekolah yang hadir.

Program itu diadakan di Dewan MADA Hutan Kampung itu ditaja Respack Manufacturing Sdn Bhd. – HD

https://perakinsights.com/2021/04/14/pemimpin-pas-kata-harga-barang-terkawal/

Gempar! Pengerusi Tabung Haji bakal ditukar?

 Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Datuk Seri Amrin Awaludin disebut-sebut akan meninggalkan entiti itu untuk menerajui Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji).



Difahamkan pelantikan Amrin sudah mendapat persetujuan kerajaan.

Malah, MalaysiaGazette difahamkan berita ini juga sudah berlegar di Tabung Haji.

Beliau disebut sebagai pengganti Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff, dikatakan akan meninggalkan Lembaga Tabung Haji selepas hampir dua tahun tahun memimpin institusi tersebut.

Nik Mohd Hasyudeen, 56, dilantik sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH pada 1 September 2019 selepas Datuk Zukri Samat menamatkan kontraknya lebih awal.

Kontrak Nik Mohd Hasyudeen di Tabung Haji sehingga 31 Ogos ini.

Nik Mohd Hasyudeen meneruskan pelan pemulihan TH yang dimulakan oleh Zukri dan proses itu berjalan lancar.

Sebelum ini, MalaysiaGazette memetik sumber yang berkata, perubahan peneraju dalam TH akan dilakukan tidak lama lagi memandangkan organisasi itu kini berada pada landasaan baik.

Malah, individu pengganti sudah berada ‘dalam senarai’,  dipilih atas dasar keyakinan mampu mengukuhkan proses tadbir urus serta pengurusan telus bagi menjaga kepentingan pendeposit, sekali gus membawa kecemerlangan TH.

Amrin bukan nama baharu dalam dunia korporat kerana sebelum menerajui LTAT, beliau menggepalai Boustead Holdings Berhad dan Sime Darby Property Bhd, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. – MG


Panas! Pemimpin GPS tempelak Zuraida, tiada tempat untuk Bersatu di Sarawak

 Pemimpin GPS menafikan kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Zuraida Kamaruddin yang mencadangkan agar partinya dapat bertanding di Sarawak di bawah panji GPS.



Naib Presiden PBB Abdul Karim Rahman Hamzah menyatakan tidak ada ruang untuk Bersatu di Sarawak.

“Terdapat banyak cakap-cakap mengenai isu baru-baru ini mengenai Bersatu bertanding dalam pilihan raya negeri kita di bawah tiket GPS tetapi setakat yang kita tahu tidak ada ruang untuk mereka melakukannya kerana gabungan negeri telah mengenal pasti calon untuk bertanding semua 82 kerusi,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, Abdul Karim mengatakan GPS masih menyokong Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Bersatu dan akan menguruskan isu itu sewajarnya.

“PN ditubuhkan demi kestabilan dengan sokongan GPS. Kami juga berharap PN akan membalasnya ketika menghadapi pilihan raya negeri,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda PBB Gerald Rentap Jabu menyatakan bahawa komponen GPS yang terdiri daripada PBB, SUPP, PRS dan PDP akan bertanding di semua 82 kerusi DUN di Sarawak.

“Bersatu bukan anggota GPS,” katanya seperti dipetik oleh Borneo Post.

Rentap menambah bahawa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menyerahkan kepada Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg, yang juga pengerusi GPS, untuk memutuskan pengaturan kerusi untuk pilihan raya negeri yang akan berlangsung pada bulan Ogos.

“Jangan datang ke Sarawak dan hanya membuat tuntutan.

“Adalah baik baginya untuk terlebih dahulu memahami keperluan rakyat untuk lebih banyak stesen bomba, skim perumahan yang mengutamakan rakyat dan peruntukan kepada pihak berkuasa tempatan, sehingga wilayah Sarawak setaraf dengan wilayah Semenanjung Malaysia,” katanya seperti dilapor.

Zuraida, yang juga menteri perumahan dan kerajaan tempatan, dalam lawatan kerja di Sarawak pada hari Isnin mendakwa bahawa Bersatu mungkin akan bertanding di bawah panji GPS.

“Kita difahamkan di Sarawak ini, insyaAllah, sekiranya Bersatu bertanding, kita akan bertanding dengan tiket GPS dalam pilihan raya negeri,” katanya seperti dipetik Astro Awani.

Pengerusi PBB Cawangan Piasau Kaunselor Sardon Zainal, sementara itu, mendakwa Zuraida telah salah faham dengan apa yang disampaikan kepadanya oleh pemimpin PBB yang telah bertemu dengannya.

Sardon berkata perbincangan diadakan antara wakil rakyat PBB Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman dan ketua Pengerak Komuniti Negara (PKN) Sarawak, Nurhanim Mohsen, tetapi tidak ada yang menyentuh tentang membenarkan Bersatu bertanding dengan tiket GPS.

PKN adalah organisasi yang dikaitkan dengan Zuraida, yang terdiri daripada banyak bekas anggota PKR yang menyertai Bersatu.

“Fazzrudin tidak pernah menyentuh mengenai soal membenarkan Bersatu menggunakan tiket GPS untuk bertanding pada PRN Sarawak yang akan datang.

“Kenyataan ini hanyalah suatu andaian yang tidak berasas sama sekali kerana presiden Bersatu sendiri telah memberikan jaminan bahawa Bersatu tidak akan bertanding di Sarawak dan Ketua Menteri Sarawak sendiri tidak pernah mengalu-alukan Bersatu bertanding di Sarawak demi menjaga hubungan antara PN dan GPS di peringkat pusat,” katanya seperti dipetik Sarawak Tribune. – MK

Rabu, 14 April 2021

Pedih Azmin kena sindir, buatlah kerja tarik pelabur asing jangan tidur


Maka apa penyelesaiannya. Kenapa teruskan dasar SST Kerajaan PH yang ternyata gagal.

Kerajaan PN patut timbang semula perlaksanaan GST.

Tidak perlu diulang ulang PN mengutamakan rakyat. Cari segera penyelesaian bagaimana mahu menambah hasil negara. 

Jangan setakat berhutang dan jual aset negara.

Apakah kerajaan PN akan menaikkan lagi had hutang negara kepada 64.1% pada akhir 2021.

Itu melepasi paras 60% yang luluskan oleh Parlimen pada bulan Ogos 2020?

Kerajaan PN rancang berhutang sebanyak RM95B pada tahun 2021.

Bermakna hutang akan naik kepada RM975 bilion (berbanding RM687B sebelum PRU14).

Memang tidak salah kerajaan berhutang untuk bantu rakyat masa pandemik. Tetapi kerajaan perlu ada formula baru untuk tambah hasil negara.

Menteri kanan yang jaga MITI pula macam tidak kompeten untuk menarik pelabur asing. Minta Azmin jangan tidur.

Kerja luar sudah kurang. Parlimen sudah lama cuti. Itu pun ada Menteri yang tidak cukup tidur.

Dalam majlis boleh tidur nyenyak. Takkan nak potong gaji penjawat awam pula.

DR. PUAD ZARKASHI

Ahli MT UMNO.

Selasa, 13 April 2021

Najib tetap PM paling teruk dalam sejarah kata Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia paling teruk dalam sejarah negara ini.



Memetik laporan MalaysiaNow, kritikan Dr Mahathir terhadap Najib, yang terlibat dalam skandal 1MDB masih berterusan hingga menyebabkan beliau bertindak meninggalkan UMNO.

"Mana-mana kerajaan yang dianggotai Najib, akan teruk," katanya seperti dilaporkan MalaysiaNow apabila ditanya mengapa tidak bersama dengan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Apabila diminta mengulas berkenaan Najib, ada beberapa perkara yang menjadi penegasan Dr Mahathir.

"Individu ini (Najib) diketahui sebagai seorang penjenayah. Mencuri wang yang banyak, pengubahan wang haram dan pelbagai lagi.

"Dia juga didapati bersalah atas tujuh pertuduhan, dijatuhi hukuman penjara 12 tahun," katanya yang mengaitkan pertuduhan ke atas Najib berkenaan SRC International.

Namun, pada masa sama Dr Mahathir tidak pernah mengenepikan hormat beliau kepada bapa Najib, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.

"Tun Razak merupakan Perdana Menteri terbaik yang pernah kita miliki. Saya ingatkan anaknya akan lebih kurang Tun Razak.

"Sebaliknya dia (Najib) merupakan yang paling teruk. Dia mencuri duit, bukan satu dua ringgit, berbilion ringgit. Seluruh dunia mengkritik negara ini, daripada menjadi Harimau Asia, kita jatuh kepada negara kleptokrasi, negara yang dipimpin oleh seorang pencuri.

Semua ini berlaku ketika Najib menjadi Perdana Menteri," katanya.

Beliau kekal dengan pendirian menolak sokongan terhadap kerajaan Muhyiddin yang beliau percaya telah memberi nafas baharu kepada Najib.

https://www.astroawani.com/berita-politik/najib-masih-perdana-menteri-malaysia-paling-teruk-tun-m-293105?fbclid=IwAR08YL5PLYWoebe7yxzMsORoWTJT5N11VwSRWYaVqcDj4VofN-JqovZHW10

Isnin, 12 April 2021

Malu! Sekali video Timbalan Menteri tertidur masuk berita Turki tu...

 Rakaman video yang menunjukkan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Eddin Syazlee Shith tertidur ketika di satu majlis konvokesyen baru-baru ini tular hingga ke Turki.



Melalui satu hantaran yang dikongsi oleh seorang pengguna laman Twitter menunjukkan rakaman itu disiarkan dalam berita minggu sebuah saluran televisyen di Turki, Kanal 7, dengan tajuk ‘Timbalan Menteri Malaysia tidur nyenyak dalam protokol’.

Hantaran tersebut mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya terkejut dengan tersebarnya rakaman itu sehingga mendapat perhatian pihak media di Turki.

Terdahulu, sebuah video berdurasi lebih 1 minit yang memaparkan Eddin Syazlee tertidur ketika menghadiri Majlis Khatam Al-Quran dan Graduasi Huffaz kali Ke-5 Sekolah Menengah Agama Sains Kuala Pilah di Seremban tular di media sosial, semalam.

Video berkenaan turut memaparkan dua individu yang berada di atas pentas cuba mengejutkan beliau, namun gagal sebelum seorang lelaki iaitu pengawal peribadinya mengejutkannya.

Susulan kejadian itu, Eddin Syazlee telah memohon maaf kerana tertidur dalam acara tersebut dan memberitahu beliau sebenarnya terlalu letih dan kurang sihat namun bagi memenuhi undangan jemputan, beliau gagahkan diri untuk hadir. – Kosmo

Perdana Menteri kata kerajaan sudah tidak ada banyak wang

 Kerajaan telah membelanjakan banyak wang iaitu sebanyak RM600 bilion dalam Belanjawan 2021 dan beberapa pakej rangsangan untuk membantu rakyat Malaysia yang terkesan akibat Covid-19, kata Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.



"Sudah banyak kita belanjakan wang tahun ni, tahun lepas. Apa sebab? Covid-19. RM340 bilion untuk pakej-pakej rangsangan, RM322 bilion untuk belanjawan.

"Saya pergi sekolah tapi saya tak pandai kira how much is that, saya fikir banyak orang Sikh faham, it is more than RM600 billion, that's big sum of money (ia lebih daripada RM600 bilion, jumlah yang sangat besar)," katanya kepada masyarakat Sikh sempena sambutan perayaan Vaisakhi di Petaling Jaya, Selangor hari ini.

"What i am trying to say here, we don't have much money left (Apa yang saya cuba nak sampaikan di sini, kita tak banyak wang lagi yang tinggal)," katanya.

"Kita tak ada banyak wang seperti sebelum ini, kerana perkara yang paling penting bagi kita adalah memastikan kehidupan kita; kita seharusnya dapat menguruskan diri dengan lebih baik,"katanya.

Meskipun demikian, Muhyiddin berjanji memperuntukkan RM3 juta untuk semua 120 kuil Sikh di negara ini. Jumlah itu meningkat sedikit berbanding RM2.18 juta pada tahun 2020.

Perdana menteri juga mengumumkan peruntukan RM1 juta untuk Majlis Gurdwara Malaysia bagi membina pusat Sikh.

Pada Mac lalu, Muhyiddin mengumumkan pakej rangsangan ekonomi baru yang digelar Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) bernilai RM20 bilion.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan pelbagai pakej rangsangan, iaitu Prihatin bernilai RM250 bilion, PKS Prihatin (RM10 bilion), Penjana (RM35 bilion), Kita Prihatin (RM10 bilion) dan Permai (RM15 bilion).

Sementara itu, Muhyiddin berharap rakyat Malaysia dapat mengenal sambutan perayaan pelbagai kaum dan agama di negara ini.

"Saya ingin menegaskan bahawa dasar Perikatan Nasional sangat berlandaskan prinsip hormat, inklusif dan keadilan.

"Oleh itu, penting bagi kita untuk saling mengenal dan memahami keunikan budaya dan sejarah antara satu sama lain," katanya.

Perdana menteri berkata sikap dan tingkah laku yang boleh menimbulkan rasa kurang selesa dan kecurigaan di kalangan rakyat harus diketepikan.

https://www.malaysiakini.com/news/570438

Ahad, 11 April 2021

Azmin kata dia yakin audio itu rakaman sahih, anggap itu pengkhianat terbesar Anwar

 Mohamed Azmin Ali yakin audio yang dikatakan perbualan antara Presiden PKR Anwar Ibrahim dan presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi merupakan rakaman sahih.



Ketua penerangan Perikatan Nasional (PN) itu berkata, dia membuat kesimpulan itu berdasarkan pengalamannya yang lama berkhidmat bersama Anwar ketika di dalam PKR.

Menteri kanan perdagangan antarabangsa dan industri itu mendakwa Anwar bukan sahaja melakukan penghianatan besar kepada PKR, malah kepada komponen parti dalam Pakatan Harapan (PH).

"Kita berharap kedua-dua individu ini perlu jujur kepada sekurang-kurangnya kepada ahli parti masing-masing.

"Saya kira ini merupakan pengkhianatan yang terbesar yang dilakukan Anwar Ibrahim bukan saja kepada partinya sendiri tapi juga kepada anggota komponen PH kerana secara sulit menjalankan rundingan dan perbincangan.

"Saya sebagai pegawai yang telah berkhidmat dengan beliau sekian lama dan merupakan (bekas) setiausaha sulit beliau, saya yakin itu adalah rakaman yang sahih yang akan dibuktikan melalui penyiasatan yang akan dilakukan," katanya.

Dalam pada itu, Anggota Parlimen Gombak itu juga menuntut siasatan segera dilakukan terhadap pendedahan audio berkenaan.

Dia berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan Ihya' Ramadan kepada masjid dan surau Parlimen Gombak, di Masjid Gombak Utara, Gombak. 

Acara tersebut turut dihadiri Adun Gombak Setia merangkap setiausaha politik Azmin, Muhammad Hilman Idham.

Sebelum ini, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin juga menyatakan yakin bahawa rakaman itu mengandungi suara Anwar, berdasarkan pengalamannya selama 20 tahun dalam PKR.

Azmin merupakan bekas timbalan presiden PKR, manakala Zuraida pula bekas naib presiden parti itu sebelum kedua-duanya melompat untuk membentuk kerajaan PN Februari tahun lalu.

Audio yang tular beberapa hari lalu itu memaparkan perbualan dua pihak yang mirip suara Anwar dan Ahmad Zahid.

Suara berkenaan antara lain bercakap mengenai Perhimpunan Agung Umno dan ucapan ahli parlimen Bagan Datuk semasa perhimpunan berkenaan.

Kedua-dua mereka menafikan kesahihan klip audio berkenaan.

Namun Anwar semalam mempersoalkan apakah dia melakukan sebarang jenayah sekiranya rakaman video tersebut adalah tulen.

Baca selanjutnya https://www.malaysiakini.com/news/570306

Jumaat, 9 April 2021

Adakah akaun FB Najib disekat? Sampai begini gerunnya aura 'King of Trolls'

 PETALING JAYA: Najib Razak mendakwa akaun Facebooknya telah disekat sejak pagi Khamis, dengan beberapa hantarannya tidak muncul di ‘timeline’ pengikutnya.



Susulan itu, bekas perdana menteri itu turut menyoal sama ada pihak tertentu bertanggungjawab atas ‘sekatan’ itu.

“Adakah ada pihak yang kacau? Saya main FB pun ada yang takut?” soalnya.

Akaun Telegramnya itu setakat 11.30 malam sudah mempunyai kira-kira 5,213 pengikut.

Sejak disingkirkan sebagai perdana menteri, Najib menjadi antara anggota pembangkang paling lantang bersuara, terutama ketika pemerintahan Pakatan Harapan selama 22 bulan.

Malah pada 2019 beliau turut menggelar dirinya “King of Trolls” di media sosial.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/04/09/akaun-fb-najib-disekat/

Khamis, 8 April 2021

Adakah satu kesalahan UMNO mahu bekerjasama dengan PKR? kata Hamzah

 KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengesahkan polis akan menyiasat ketulenan audio perbualan telefon antara dua individu mirip suara Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.



Hamzah berkata, ia tidak menjadi kesalahan kepada UMNO dan PKR untuk menjalinkan kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).

“Sudah tentu kita (KDN) akan siasat semua laporan yang telah diberikan kepada kita. Pertama siasat tentang ketulenan, apakah ada perbuatan itu.

“Kalau tidak ada perbualan itu maka bermakna cerita yang dibuat itu adalah fitnah.

“Kalau ceritanya betul, saya dengar juga (audio itu), ceritanya Zahid mengaku bahawa Anwar adalah cikgu, cerita yang betul. Kalau itu betul,” katanya pada sidang media selepas merasmikan projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe), hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud.

Menteri Perikatan Nasional (PN) itu mengulas mengenai laporan polis yang akan dibuat Pengerusi Majlis Kelab Penyokong Kerajaan Barisan (PNBBC), Datuk Seri Shahidan Kassim, Anwar Ibrahim, dan Ahmad Zahid terhadap penyebaran audio rakaman tersebut.

Hamzah berkata, dalam rakaman itu Ahmad Zahid mengaku bahawa Anwar sebagai guru politik dan itu tidak langsung menjadi sebarang kesalahan.

“Salah ke Anwar Ibrahim jadi cikgu kepada Ahmad Zahid. Yang dua-dua nak marah ni kenapa. Saya pun hairan juga.

“Salah ke kalau UMNO nak bekerjasama dengan PKR. Kalau salah terpulang kepada mereka. Jadi kalau mereka kata tidak ada, tidak pernah bincang, maknanya tidak benar UMNO nak bersubahat dengan PKR,” tambah beliau.

Semalam, sedutan rakaman audio yang didakwa mirip suara Ahmad Zahid dan Anwar tular di media sosial.

Rakaman perbualan itu rata-rata menyebut mengenai rumusan Perhimpunan Agung UMNO 2020 pada akhir bulan lalu.

Dalam rakaman tersebut, suara mirip Ahli Parlimen Port Dickson itu didengar memuji individu yang memiliki suara seakan Ahmad Zahid kerana berjaya mengendalikan Perhimpunan Agung UMNO.

Selain itu, suara yang didakwa Ahmad Zahid itu berkata, apa yang diucapkan ketika Perhimpunan Agung UMNO hanya bersifat taktikal. – MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/2021/04/08/adakah-satu-kesalahan-umno-mahu-kerjasama-dengan-pkr-hamzah/?fbclid=IwAR2AGvoWJyYsQq_XQ2l1hCwkvBrMRbX4kJECXMTZjvZ4V012hx8sAwgkPVU

Terkini! Adun Teratai isytihar keluar DAP

 Adun Teratai Bryan Lai Wai Chong mengumumkan keluar DAP dan menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong PH.



Perkembangan ini di tengah-tengah dia berdepan dakwaan mempunyai hubungan sulit.

Dalam kenyataan hari ini, Lai berkata keputusan itu agar DAP tidak terus terpalit dengan skandal tersebut.

“Saya tidak ingin nama parti yang saya cintai terjejas kerana masalah peribadi saya.

“Selepas membuat pertimbangan, saya memutuskan untuk keluar DAP dan menjadi Adun bebas yang pro-DAP dan pro-PH untuk berkhidmat di kawasan saya,” katanya.

Lai berkata dia membuat keputusan itu setelah DAP menerima “serangan” berterusan berkaitan dakwaan terhadapnya, walaupun setelah dia meletakkan jawatan sebagai setiausaha penaja DAP Selangor minggu lalu.

“Sekali lagi saya ingin memohon maaf kepada DAP atas kesan terhadap parti daripada perkara ini,” katanya lagi.

Keputusan Lai ini tidak memberi kesan kepada kerajaan Selangor, di mana PH mempunyai majoriti besar. – MK

https://perakinsights.com/2021/04/08/terkini-adun-teratai-isytihar-keluar-dap/

Panas!! Rayuan kes SRC: Najib jadi mangsa pendakwaan terpilih, kata peguam

 Najib Razak menjadi mangsa "pendakwaan terpilih" dalam kes rasuah RM42 juta SRC International, kata peguam bekas perdana menteri itu di Mahkamah Rayuan hari ini.

Peguam Harvinderjit Singh merujuk tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT) yang dikenakan pihak pendakwaan kepada Najib.

Menurutnya, ia berlaku ketika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengeluarkan notis merah untuk menangkap tiga individu lain bagi kesalahan CBT.

Ia berkaitan notis merah untuk menangkap bekas pengarah SRC Suboh Md Yassin, bekas CEO SRC Nik Faisal Ariff Kamil dan seorang individu yang dikenali dengan nama Redzuan Adam Shah.

Ketiga-tiga individu itu didakwa keluar dari Malaysia setelah PH mengambil alih pentadbiran negara pada Mei 2018.

"Pada Jun atau Julai (2018), notis merah dikeluarkan terhadap tiga individu ini untuk CBT berjumlah RM50 juta.

"(Bagaimanapun) pendakwaan tiba-tiba buat keputusan untuk dakwa Najib," katanya kepada panel tiga hakim yang dipengerusikan hakim Mahkamah Rayuan Abdul Karim Abdul Jalil.

Abdul Karim kemudian berkata, pendakwa raya mempunyai budi bicara berhubung siapa yang akan didakwa.



Ketika perbicaraan kes tersebut, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendengar tentang kerumitan proses pengalihan wang sebanyak RM42 juta daripada akaun SRC.

Ketika itu, pendakwaan berhujah yang wang tersebut disalurkan melalui syarikat Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd, sebelum berakhir di akaun peribadi Najib di AmBank.

Suboh dan Nik Faisal diberi kuasa sebagai penandatangan untuk SRC dan Gandingan Mentari.

"Najib tidak bertanggungjawab terhadap CBT orang lain, dengan RM50 juta dibawa keluar," kata Harvinderjit.

Panel terdiri daripada dua lagi hakim Mahkamah Rayuan, Vazeer Alam Mydin Meera dan Has Zanah Mehat.

Pada 28 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Najib bersalah ke atas satu tuduhan salah guna kuasa, tiga tuduhan CBT, dan tiga tuduhan pengubahan wang haram berkaitan dana RM42 juta daripada SRC.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazalimenjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kepada Najib.

Bagaimanapun Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan pasukan pembelaan Najib untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman, sementara menunggu rayuan.

https://www.malaysiakini.com/news/569887

Isnin, 5 April 2021

Pas ‘goreng’, kata ramai Siam, Cina, India sokong dia

 Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Kedah berjaya menubuh beberapa lagi cawangan baharu yang turut melibatkan masyarakat Siam, Cina dan India.



Pengerusinya, K Kumaresan berkata, cawangan baharu terbabit di Baling, Jerlun, Kuala Kedah dan Padang Terap.

Katanya jawatankuasa DHPP berkenaan melibatkan masyarakat India, Cina dan Siam berjaya ditubuhkan.

“Ini merupakan lembaran baharu sebab sekian lama DHPP Kedah tidak dapat mengadakan mesyuarat kerana pandemik Covid-19.

“Tetapi hari ini dapat berkumpul semula bersama wakil daripada cawangan-cawangan baharu yang ditubuh,” kata beliau di sini.

Menurutnya juga beliau menyusun perancangan dan gerak langkah untuk memastikan masyarakat bukan Islam menjadikan DHPP sebagai wadah perjuangan politik mereka.

Kata beliau di bawah kepimpinan Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor masyarakat bukan Islam di Kedah semakin ramai mendekati DHPP.

“Malah satu kejayaan besar apabila masyarakat Siam di Padang Terap mula berjinak dan mendekati PAS,” ujarnya.

Justeru itu katanya DHPP akan mengadakan majlis penyerahan borang keahlian DHPP dalam tempoh terdekat.

Beliau turut merakam ucapan penghargaan kepada PAS Kedah terutamanya Pesuruhjaya Senator Ahmad Yahaya yang banyak memberi nasihat dan dorongan kepada dewan itu.

Kumaresan juga berkata, penglibatan Timbalan DHPP Kedah Kuan Kok Siang berjaya menarik sokongan masyarakat Cina bersama DHPP.

“Semoga slogan PAS For All terus memainkan peranan memastikan parti itu relevan untuk semua bangsa dan agama,” kata beliau. – HD

https://perakinsights.com/2021/04/05/pas-goreng-kata-ramai-siam-cina-india-sokong-dia/

Sabtu, 3 April 2021

Gempar! Bersatu tak sesekali pancing atau curi ahli UMNO kata Shabudin

 TASEK GELUGOR – Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Pulau Pinang, Datuk Shabudin Yahaya menafikan partinya ‘memancing’ atau ‘mencuri’ mana-mana ahli UMNO untuk menyertai Bersatu.



Shabudin berkata, dakwaan Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau, Datuk Shah Headan Ayoob Shah baru-baru ini terlalu subjektif.

“Mana ada siapa boleh ‘curi’ siapa. Kalau ahli mana-mana parti nak sertai parti lain itu hak dia.

“Jadi, dakwaan ‘curi’ ini bagi saya tak lebih daripada tindakan ‘escapism’ atau cuba melepaskan diri daripada masalah yang dihadapi parti itu sekarang,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Tambahnya, adalah tidak adil untuk membuat tuduhan tidak berasas itu tanpa mengemukakan sebarang bukti yang kukuh ketika ini.

“Tidak adil untuk tuduh kami curi ahli, sedangkan rakyat kini boleh cari maklumat lebih awal daripada kita untuk lihat perjuangan parti.

“Saya nasihatkan UMNO agar yakinkan kembali ahli dengan perjuangan mereka,” kata Shabudin. – MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/2021/04/03/bersatu-tak-pancing-atau-curi-ahli-umno-shabudin/

Kenyataan Hadi ‘pandangan peribadi’, Tok Mat tetap mahu Muafakat diteruskan

 PETALING JAYA: Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan secara peribadi mahu kerjasama antara parti Melayu itu dan PAS menerusi “tiket” Muafakat Nasional (MN) diteruskan malah diperkasakan.



Memetik laporan Berita Harian, beliau yang juga ADUN Rantau berkata, kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang seakan memberi bayangan PAS akan meninggalkan MN adalah pandangan peribadi.

“Kenyataan itu adalah pandangan dia, tidak mengapalah. MN berjalan seperti biasa. Secara peribadi, saya ingin melihat MN terus kekal dan diperkasakan.

“Bagaimanapun, Jawatankuasa Teknikal MN akan melihat kerjasama itu menuju ke hadapan, buat masa ini berilah tempoh bertenang dahulu,” kata beliau selepas merasmikan sebuah program di Sikamat, Seremban hari ini.

Semalam, Hadi menuntut PPBM dijadikan komponen MN dengan merujuk kepada perjanjian dimeterai Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau juga berkata, Perikatan Nasional yang ditunjangi PPBM adalah sebuah gagasan berdaftar, sekali gus membayangkan kerjasama semua kumpulan Melayu-Islam harus diasaskan menerusi gabungan itu.

Menyentuh mengenai dakwaan segelintir pihak bahawa Umno punca kepada perpecahan perpaduan Melayu, beliau menegaskan Umno sudah menyatupadukan rakyat di negara ini sejak sebelum Merdeka pada 1956.

“Umno parti dah lama, pelbagai gelombang sudah kita lalui. Jangan begitu mudah kata Umno pemecah perpaduan Melayu atau perpaduan ummah.

“Agenda kita adalah perpaduan dan usaha menyatupadukan rakyat Malaysia sudah dilakukan Umno sejak sekian lama,” kata beliau.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/04/03/kenyataan-hadi-pandangan-peribadi-tok-mat-tetap-mahu-muafakat-diteruskan/

Selasa, 30 Mac 2021

PAS pasti pilih Bersatu berbanding UMNO, kata penganalisis politik

 Pengkaji Ilham Center pula berpendapat, PAS lebih yakin untuk bersama Bersatu yang diketuai Muhyiddin Yassin berbanding Umno yang dipimpin Ahmad Zahid Hamidi.



Pengarah eksekutifnya Hisommuddin Bakar malah berpendapat pilihan itu sudahpun nyata di tangan PAS.

“Saya rasa PAS dah ada pilihan iaitu Bersatu dan PN. Bila PAS buat keputusan bersama dengan PN, keyakinan PAS untuk memihak kepada Muhyiddin dan PN lebih kuat berbanding MN yang dipelopori mereka dengan Umno.

“Pertimbangan PAS untuk sertai PN adalah kerana mereka lebih yakin kepada Bersatu berbanding dengan Umno,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Lanjut di bawah:

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/307894

Isnin, 29 Mac 2021

Panas! Peja kata UMNO ada muslihat, sudah dihidu, harap rakyat tidak tertipu

 Keputusan Barisan Nasional (BN) bertanding bersendirian dan hanya bersedia untuk menubuhkan jajaran politik baharu selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) seperti ada muslihat yang sedang dirancang.



Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, beliau berharap keputusan itu tidak dibuat atas kepentingan mana-mana pemimpin yang mendambakan jajaran baru sesudah PRU-15.

“Saya berharap pucuk pimpinan BN telah menimbang dengan teliti sebelum membuat keputusan seperti ini.

“Saya amat berharap, keputusan ini tidak dibuat atas kepentingan mana-mana pemimpin yang mendambakan jajaran baru sesudah PRU-15.

“Ada pihak yang ternampak seakan-akan suatu muslihat dalam pembikinan dan jika benar, semoga rakyat tidak tertipu,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau mengulas ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada Persidangan Perhimpunan Agung UMNO 2020 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) semalam.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN berkata, keputusan tidak bekerjasama dengan Bersatu bukan kerana riak dan sombong sebaliknya mahu dominan dalam pembentukan kerajaan.

Beliau juga mengakui bahawa parti itu hanya bersedia untuk menubuhkan jajaran politik baharu selepas PRU-15 dan menegaskan UMNO terbuka untuk melakukan kerjasama selepas PRU-15 dengan mana-mana sahaja pihak untuk membentuk kerajaan. – Utusan

https://perakinsights.com/2021/03/29/panas-peja-kata-dapat-hidu-muslihat-umno-harap-rakyat-tak-tertipu/

Ahad, 28 Mac 2021

Panas! Muhyiddin kata Bersatu akan lawan, tanding semua kerusi UMNO

 Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi bayangan akan mempertahankan semua kerusi yang pernah ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekiranya UMNO tidak mahu bertoleransi melepaskan kerusi berkenaan pada PRU15.



Malah, Ahli Parlimen Pagoh itu juga menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai halangan sekiranya UMNO tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya itu nanti.

“Lebih baik UMNO ambil semua 222 kerusi Parlimen. Jika (mereka) menang (dan) bentuk kerajaan, tidak mengapa. Tetapi kalau UMNO ambil semua (kerusi), saya (Bersatu) pun hendak ambil semua. Satu lawan satu pun boleh, satu lawan dua pun boleh, satu lawan tiga pun boleh… sebab ini politik.

“Tetapi saya tidak mahu sombongkan diri, nanti rakyat marah. Saya faham dengan kenyataan pemimpin UMNO ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) kerana saya juga pernah ada di situ suatu masa dahulu,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Zon Ekonomi Khas Pagoh Fasa Satu, Bandar Universiti Pagoh di sini pada Sabtu.

Muhyiddin yang juga Perdana Menteri menegaskan, beliau tidak mahu berdebat dan berbincang soal pembahagian kerusi secara terbuka, sebalikanya akan memberi keutamaan kepada hal rakyat terutama soal keperluan asas dan ekonomi.

“Bukan saya tidak boleh berpolitik, bukan saya tak boleh berbahas. Sebahagian kehidupan saya merupakan politik. Saya boleh berbahas dengan sesiapa sahaja, namun itu saya elakkan.

“Saya nak elak begitu bukan saya takut tetapi kerana rakyat resah, hidup susah, nak makan tiada duit, makan tidak cukup untuk alas perut. Saya tak tahu kenapa parti politik tak prihatin. Ada masalah lain yang perlu diberikan keutamaan.

“Soal pertama ialah menguruskan masalah Covid-19. Soal kedua pula pemberian vaksinasi yang cukup penting dalam menentukan rakyat selamat dan sihat. Seterusnya soal ketiga pula ialah ekonomi,” katanya.

Justeru, Muhyiddin meminta ahli politik mendahulukan kepentingan rakyat termasuk menyelesaikan masalah pandemik Covid-19, pemberian vaksin dan pengukuhan ekonomi rakyat.

Pada Sabtu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dilaporkan berkata bahawa semua kerusi UMNO adalah milik parti itu dan ia tidak akan sesekali melepaskannya.

Susulan itu, beliau berkata, UMNO tidak akan mengalah dan memperjudikan mana-mana kerusi parti itu pada PRU15.

Mohamad berkata demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat ketiga-tiga sayap parti sempena PAU 2020 di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur. – SH

Sabtu, 27 Mac 2021

Najib balun lagi Azmin, Menteri PN lah yang berjanji nak laksana Undi 18

 Bekas perdana menteri, Najib Razak berkata menteri Perikatan Nasional (PN) pernah berjanji untuk melaksanakan dasar Undi18 tahun ini.

“Menteri PN pun tanya siapa yang janji.

“Jawapan bagi menteri PN ialah menteri PN. Menteri PN yang pernah janji dalam Parlimen,” katanya di Facebook.

Terdahulu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali mempertahankan penangguhan pelaksanaan dasar Undi18, dan membayangkan kerajaan PN tidak berjanji melaksanakannya dalam tempoh terdekat.

“Pilihan raya seterusnya adalah pada 2023. Siapa janji untuk (laksana Undi18) pada 2020 atau 2021?” soal Azmin pada majlis di Shah Alam pagi tadi.



Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata pendaftaran automatik hanya akan dapat dilaksanakan selepas September tahun depan.

Sebelum itu, seorang lagi menteri Kabinet, Khairy Jamaluddin, mengkritik SPR kerana menangguhkan pelaksanaan Undi18.

Menteri sains, teknologi dan inovasi itu berkata, alasan bahawa perintah kawalan pergerakan (PKP) menjejaskan perancangan dan persiapan SPR adalah tidak munasabah memandangkan ia sudah dilaksanakan sejak lebih setahun lalu.

Hari ini, NGO Undi18 berkata mereka akan mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan atas penangguhan itu minggu depan.

Pada November lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan dilapor memberitahu Dewan Rakyat bahawa pelaksanaan usia kelayakan mengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik dijangka dilaksanakan selewat-lewatnya Julai ini.

Beliau berkata, SPR melakukan beberapa persiapan untuk melaksanakan perkara itu bersama Jabatan Pendaftaran Negara. – FMT

https://perakinsights.com/2021/03/27/panas-najib-tempelak-azmin-menteri-pn-lah-yang-berjanji-nak-laksana-undi-18/

Panas! Tok Mat bagi sedas, Umno sahkan ada individu berpura-pura di dalam parti

 UMNO perlu memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15)  bagi mengembalikan maruah parti Melayu itu yang tewas dalam pilihan raya lalu.




Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ia adalah satu-satunya peluang terdekat dan terbesar untuk UMNO kembali menjadi kerajaan dan mentadbir negara ini.

“Usah kita menunggu sepenggal dua lagi. UMNO mesti segera kembali menjadi kerajaan dengan cara bermaruah, demokratik dan berdasarkan mandat sebenar rakyat.

“Hanya dua kemungkinan yang ada, sama ada kita menang dan memerintah atau kita sekali lagi menjadi pembangkang dan diperkotak-katikkan!

“Kita tiada pelan B atau apa-apa pelan lain pada waktu ini. Kita mesti menang.

“Kita optimis untuk menang. Kita mesti memerintah semula. Dengan usaha dan aliran pemikiran sedemikian, Insya-Allah kita boleh dan akan menang,” katanya berucap pada Perasmian Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Mohamad juga menegaskan, bagi tujuan itu, UMNO perlu menguruskan mana-mana pemimpinnya yang berpura-pura mendukung parti tetapi jiwa mereka sebenarnya telah ‘dibeli’ dengan murah sekali.

“UMNO tidak boleh terkeliru tentang siapa musuh kita sebenarnya. Ini kerana menghadapi musuh nyata adalah lebih mudah, daripada menentang musuh tersembunyi. Api dalam sekam sifatnya membakar lebih teruk, lebih sakit dan lebih memusnahkan.

“UMNO sepatutnya sudah tahu siapa mereka, walaupun tanpa perlu untuk disebutkan di sini. Cuma, beringatlah, musuh kita amatlah licik dan sanggup berbuat apa sahaja untuk memusnahkan kita.

“Mereka ini masih memerlukan UMNO untuk bernaung tetapi cinta dan hati mereka sudah kepada orang lain. Mereka telah digelapkan dengan kesenangan yang bersifat kebendaan,” katanya.

Mohamad juga menyifatkan pemimpin UMNO yang berpura-pura itu tidak lebih daripada sekadar tunggangan dan apabila parti itu menjadi kuat, mereka dekat, sebaliknya apabila lemah, mereka mengalah.

“Ingat, UMNO ini bukan dayus. Sesiapa yang curang dan khianat, wajar ditinggalkan selama-lamanya,” katanya.

Katanya lagi, UMNO mesti menegaskan bahawa sesiapa yang memusuhi orang Melayu dan Islam adalah musuh UMNO.

“Selagi mereka tidak melepasi batas ini, UMNO sangat terbuka untuk meneroka segala jalan kerjasama yang ditawarkan.

“Namun, setakat mengenali musuh sahaja, tidak akan menjayakan UMNO dalam PRU akan datang,” katanya lagi. – MG

https://perakinsights.com/2021/03/27/umno-sahkan-ada-individu-berpura-pura-di-dalam-parti/

Gempar!! Penganalisis kata parti Pejuang mampu jadi penentu PRU15

 Dalam keadaan senario politik yang tidak menentu, sukar untuk menjangkakan parti mana yang mampu menjadi penentu (kingmaker) dalam pilihan raya umum ke-15.



Walaupun begitu, Felo Penyelidik Ilham Centre Prof Madya Dr Hamidin Abd Hamid berkata kenyataan Pengasas Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Dr Mahathir Mohamad bahawa ia akan menjadi penentu kepada gabungan kerajaan baru nanti tidak boleh dipandang enteng.

“Saya rasa Tun memberikan isyarat kepada gabungan-gabungan parti besar ini supaya jangan menafikan kemunculan parti-parti kecil macam Pejuang ataupun Muda (Ikatan Demokratik Malaysia),” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Memandangkan belum jelas gabungan parti mana yang akan dibentuk pada PRU nanti, Hamidin berkata parti-parti besar memerlukan parti-parti kecil pada masa akan datang terutamanya parti yang mempunyai kelebihan untuk menyumbang jumlah kerusi.

“Jadi dalam konteks ini semua orang, semua parti memerlukan kerjasama daripada sekecil-kecil mana jumlah kerusi yang ada di parlimen pada masa akan datang.

“Saya rasa Pejuang ataupun Muda mampu memainkan peranan dalam konteks ini,” katanya.

Jelasnya, jika Pejuang atau Muda mampu menawan lima hingga enam kerusi pada PRU akan datang, ia boleh menentukan gabungan mana yang mempunyai kelebihan majoriti di parlimen.

“Kalau kita melihat pada hari ini pula jajaran politik baru ini tak nampak siapa lagi yang akan bekerjasama dengan siapa. Itu yang menjadikan setiap kerusi itu penting.

“Apa yang Tun katakan itu tepat dalam memastikan setiap kerusi itu boleh memainkan peranan dalam pilihan raya yang akan datang,” katanya.

Semalam, Mahathir berkata dia mengharapkan supaya Pejuang menjadi kuasa ketiga yang akan menjadi penentu kepada gabungan kerajaan baru nanti.

Ahli Parlimen Langkawi berkata sokongan tersebut kemudian hanya akan diperolehi jika syarat Pejuang diterima.

Dejavu untuk Dr M

Prof Madya Dr Azizuddin Sani dari Universiti Utara Malaysia juga melihat masih terlalu awal untuk menjangkakan parti yang akan menjadi penentu pada PRU15.

Dia menyifatkan situasi sedia ada merupakan 'dejavu' untuk Mahathir.

“Masa PRU 14, Bersatu belum jadi parti yang sah. Jadi Tun M masuk Pakatan Harapan pakai logo PKR. Cuma kali ni kita masih belum pasti Tun M mahu sertai gabungan yang mana.

“Buat masa ini masih terlalu awal untuk lihat Pejuang sebagai kingmaker. Pandangan saya, mereka lebih kepada pelengkap parti gabungan lain.

Katanya, faktor-faktor penentu tersebut banyak bergantung kepada keadaan pertandingan antara parti (multiparty contest) atau pertembungan banyak penjuru (multi corners fight) di setiap kawasan.

Pada 6 Januari lalu, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) memaklumkan kepada pemimpin Pejuang dan Muda bahawa permohonan mereka untuk didaftarkan sebagai parti politik ditolak.

Bagaimanapun, seorang lagi pemimpin Pejuang, Mukhriz Mahathir berkata kepada Malaysiakini bahawa parti itu bersiap sedia dengan alternatif lain yang tidak dapat didedahkan buat masa ini.

“Apapun kedudukan Pejuang, kami tetap akan menyertai PRU15 untuk mendapatkan mandat rakyat dan menyumbang kepada penubuhan sebuah kerajaan yang bersih, cekap dan berwawasan,” katanya.

https://www.malaysiakini.com/news/568281

Pelik! Muhyiddin kata kerajaan sudah dah tak banyak duit, tetapi timbalan menteri pelancongan baru tetap akan dilantik hari ini

 Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Dee Koh Hoi dilapor akan mengangkat sumpah sebagai timbalan menteri pelancongan, ke...