Ahad, 31 Januari 2021

Muhyiddin kekal dapat sokongan majoriti rakyat - Harakahdaily

 KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal berada dalam sokongan majoriti rakyat Malaysia sebagaimana kajian terbaharu yang dikeluarkan oleh badan penyelidikan QGenAnalysts (QGA), semalam.

Dapatan utama itu menunjukkan, Muhyiddin masih menjadi pemimpin utama pilihan rakyat meliputi pelbagai kaum, peringkat umur dan juga kategori pendapatan dari zon Pantai Timur pinggir bandar yang juga Kawasan campuran.



Ini selari dapatan sama kajian Analisis Persepsi Kepimpinan Semasa Di Malaysia di kawasan bandar bermajoriti Melayu, di mana Perikatan Nasional diterima 82 peratus rakyat sebagai gabungan paling dipercayai pada Ogos lalu.

Diikuti kajian sama pada September di kawasan luar bandar juga bermajoriti Melayu dengan sokongan lebih tinggi apabila 94 peratus rakyat memihak kepada Perikatan Nasional, malah mahu terus kekal hingga akhir penggal.

Manakala di pinggir bandar berpenduduk seimbang Melayu dan bukan Melayu, kajian sama pada Oktober merekodkan 56.02 peratus rakyat meyakini gabungan Perikatan Nasional berbanding hanya 22.41 peratus kepada Pakatan Harapan.

Terdahulu, QGA telah menunjukkan kecenderungan dan peralihan sokongan rakyat Malaysia kepada agenda baharu untuk Malaysia dicetuskan dari Muafakat Nasional yang dimeterai PAS dan Umno pada kajian diumumkan Februari tahun lalu.

Pilihan ke atas Muhyiddin dalam kajian terkini QGA itu merekodkan jumlah sebanyak 58 peratus, diikuti Dato’ Seri Abdul Hadi Awang (19%) dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim (11%), sementara Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak (6%) dan lain-lain (6%).

Manakala pilihan berdasar kaum, Muhyiddin menjadi pilihan Melayu (63%), Cina (51%) dan India (67%), diikuti Abdul Hadi menjadi pilihan 29 peratus Melayu, manakala Anwar menerima pilihan dari Cina (29%) dan India (24%).

Secara pecahan usia juga kajian mendapati empat pecahan umur iaitu 20 hingga 30 dan 31 hingga 40, serta 41 hingga 50 dan 51 ke atas, semua majoriti memilih Muhyiddin Yassin diikuti Abdul Hadi Awang dan Anwar Ibrahim.

Pilihan rakyat menurut kumpulan pendapatan isi rumah pula merekodkan B40 dan M40 konsisten memilih Muhyiddin diikuti Abdul Hadi dan Anwar, namun T40 memilih Najib selepas Muhyiddin, tetapi masih berjurang jauh.

Kajian QGA ini juga mendapati faktor banteras rasuah dan salah guna kuasa mempengaruhi rakyat dalam memilih sesebuah parti atau gabungan bersama faktor-faktor lain antaranya mengutamakan pemulihan ekonomi negara.

Juga mempertahankan keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan memperjuangkan agama serta mengutamakan keharmonian masyarakat majmuk; baik mengikut pecahan kaum, umur mahupun kumpulan pendapatan isi rumah.

Di bawah kajian dan pecahan sama menunjukkan penolakan ke atas parti atau gabungan politik pula adalah atas faktor disabitkan dengan isu rasuah; mengganggu kedudukan Islam, Melayu dan Bumiputera.

Juga membangkitkan sentimen perkauman; gagal menunaikan manifesto; dan juga tiada hala tuju jelas, sebaliknya ciri pemimpin pilihan adalah mesra rakyat; berintegriti; berpengalaman luas; berwibawa; dan beragama.

Kajian kali ini juga dalam mendapatkan pandangan mengenai logo sesuai digunakan gabungan parti politik menunjukkan 55.95 peratus tidak pasti, 28.61 peratus memilih logo gabungan PN, MN dan PH, manakala 15.44 peratus mahu logo parti masing-masing dikekalkan. – HARAKAHDAILY 30/1/2021

https://harakahdaily.net/index.php/2021/01/30/muhyiddin-kekal-dapat-sokongan-majoriti-rakyat/

Muhyiddin perlu pecat Azmin kerana gagal urus ekonomi, kata Pemuda PKR Sabah

 KOTA KINABALU: Ketua Penerangan Pemuda PKR Sabah, Razeef Rakimin berkata, Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin perlu memecat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohamed Azmin Ali kerana gagal menjalankan tugasnya dengan baik sebagai menteri.

Selain itu katanya, Muhyiddin perlu menggantikan Azmin dengan seseorang yang lebih mementingkan ekonomi negara berbanding agenda peribadi.



”Saya melihat hanya ada dua cara bagaimana kerajaan Perikatan Nasional (PN) boleh melonjakkan sedikit ekonomi negara, iaitu sama ada Azmin meletak jawatan selepas gagal selaku menteri kanan (Ekonomi) atau Muhyiddin memecat beliau dan menggantikannya dengan seseorang yang lebih mementingkan ekonomi negara berbanding agenda peribadi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Razeef berkata, kegagalan Azmin menangani krisis ekonomi negara susulan penularan wabak Covid-19 jelas membuktikan beliau tidak mampu dan layak memegang jawatan menteri berkaitan ekonomi.

”Dalam situasi paling teruk dihadapi oleh Muhyiddin bagi mempertahankan kerajaan PN yang hilang majoriti sekali gus berdepan cabaran pandemik Covid-19, beliau dibantu oleh Azmin yang sememangnya gagal.

“Ini menjadikan pentadbiran Muhyiddin dilihat semakin teruk, bukan sahaja di mata rakyat ,malah di mata pelabur dari luar negara.

”Baru-baru ini Pemuda Umno melalui ketuanya mendesak Azmin untuk tampil menjelaskan tindakan segera yang diambil kerajaan bagi menangani kejatuhan terus pelaburan langsung asing (FDI) negara selepas merosot sehingga 68% iaitu jauh lebih teruk berbanding negara Asean lain.

”Banyak negara di dunia yang menghadapi krisis Covid-19 yang jauh lebih teruk daripada Malaysia, namun berjaya menghadapi krisis ekonomi dengan baik.

“Malah ia tidak menghilangkan keyakinan pelabur untuk melabur di negara berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, pelabur tidak yakin dengan kemampuan ekonomi negara, lebih-lebih lagi dengan kerajaan yang tidak kukuh kerana memerintah tanpa majoriti.

Katanya, pelabur hilang keyakinan sejak PN merampas kuasa dan kerajaan dalam mengurus ekonomi dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) menyebabkan mereka menarik “hand brake” daripada melabur di negara ini.

”Ini jelas membuktikan Azmin tidak layak memegang jawatan menteri, apatah lagi berkaitan ekonomi.

”Beliau dilihat tidak mampu membawa pelaburan, apatah lagi mencari inisiatif bagi membangunkan ekonomi negara,” katanya.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/01/31/muhyiddin-perlu-pecat-azmin-kerana-gagal-urus-ekonomi-kata-pemuda-pkr-sabah/

Yang di-Pertuan Agong mahu lantik Dr. Wan Azizah Perdana Menteri interim?

 KUALA LUMPUR – Nama Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail disebut oleh Istana Negara sebagai calon Perdana Menteri interim menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang meletakkan jawatan itu pada 24 Februari tahun lalu.

Bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong tidak dapat berbuat demikian kerana Dr. Mahathir mahukan beliau dilantik sebagai Perdana Menteri interim itu.

Demikian pendedahan yang dibuat oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dalam buku terbaharunya, “My Story: Justice in the Wilderness” terbitan SIRD yang mula berada di pasaran semalam.



Tulis Tommy lagi, Yang di-Pertuan Agong meminta Dr. Mahathir supaya kekal menjadi Perdana Menteri, tetapi beliau bertegas mahu meletakkan jawatan yang menyebabkan baginda tiada pilihan lain selain menerima peletakan jawatan tersebut.

“Berikutan itu Yang di-Pertuan Agong mahu melantik Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Perdana Menteri interim, tetapi Yang di-Pertuan Agong tidak dapat berbuat demikian kerana Tun Dr Mahathir mahukan beliau sendiri dilantik sebagai Perdana Menteri interim tersebut.

“Paling menarik, Dr. Mahathir mendakwa mempunyai sokongan sebulat suara daripada 222 Ahli Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri,” jelas kandungan buku itu.

Dalam pendedahan itu, Tommy menyatakan dengan jelas peranan Yang di-Pertuan Agong di dalam tempoh peralihan kuasa dari kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) ke pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Beliau menulis, akibat tindakan Dr. Mahathir itu, Kabinet PH terbubar secara automatik menyebabkan 50 menteri dan timbalan menteri kehilangan jawatan.

Tommy turut mendedahkan pertemuannya dengan Dr. Mahathir pada 25 Februari 2020 yang menyebut, selain mempunyai sokongan sebulat suara 222 Ahli Parlimen, beliau akan mempunyai kuasa penuh dalam Kerajaan Perpaduan nanti.

Dalam pertemuan itu juga, Tommy menyatakan, Dr. Mahathir disebut sebagai berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng tidak akan menjadi sebahagian daripada Kabinet Kerajaan Perpaduan yang akan dipimpinnya.

Selain itu, Tommy turut menjelaskan, Dr. Mahathir terpaksa memecatnya sebagai Peguam Negara untuk memenuhi syarat UMNO dan Pas.

Lebih penting lagi, ujar Tommy, ini juga adalah bukti jelas bagaimana Dr. Mahathir telah mengkhianati rakannya dalam PH, khususnya Anwar, Dr. Wan Azizah dan Guan Eng. – MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/2021/01/31/yang-di-pertuan-agong-mahu-lantik-dr-wan-azizah-perdana-menteri-interim/

Sabtu, 30 Januari 2021

Keengganan KKM kongsi data buat kami 'bertinju' dalam keadaan mata tertutup - Dr Dzul

 KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad sekali lagi meminta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk berkongsi data mentah COVID-19 kepada kerajaan-kerajaan negeri.

Beliau berkata, ia bagi memastikan langkah lebih efektif dapat dikenal pasti bagi menangani pandemik itu.



Jelas Pengerusi Selangor Task Force for COVID-19 (STFC) itu lagi, keengganan pihak KKM berkongsi data berkenaan, menyebabkan Kerajaan Negeri seolah-olah ‘bertinju’ dalam keadaan mata tertutup dan tangan terikat.

“Umpamanya kalau kita bertinju, umpama mata kita ditutup, tangan kita diikat. Data sharing ini adalah sangat penting dan ia bukan data sharing bersabitan dengan data peribadi.

“Yang kita katakan, ini adalah data anonymous. Kita tidak kenal pun siapa (pesakit), kerana ia masih dalam Akta Perlindungan Data Peribadi (PDP), Akta Kesihatan…itu kita tiada pertikaian.

"This is the way moving forward, maaf kalau saya katakan. Ini adalah jalan keluar untuk kita mengatasi rebakan gelombang ketiga ini dengan berkesan. Dan saya harapkan perkara ini dapat diperhatikan dan dipertimbangkan, dan segera dilaksanakan.

“Ini juga yang diminta surat terbuka sejumlah pakar kesihatan kepada Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin), dan saya harap perkara ini dapat diperhalusi dan diambil tindakan segera," katanya lagi.

Dalam sidang Parlimen November lepas, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dilaporkan berkata, pihak Kementerian enggan berkongsi data mentah COVID-19 dengan pihak lain termasuk Kerajaan Negeri Selangor.

Dalam jawapan bertulisnya di Parlimen, Dr Adham mendakwa tafsiran berbeza terhadap maklumat ini boleh menyebabkan kekeliruan dan orang ramai menjadi panik.

Dalam pada itu, Dr Dzulkefly mengakui ada masanya Kerajaan perlu mengambil tindakan drastik seperti kaedah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan ataupun Bersasar.

Namun, jelas Ahli Parlimen Kuala Selangor itu lagi lagi, perkara itu perlu diperhalusi dengan sebaik mungkin bagi memastikan ia lebih efektif dalam menangani pandemik itu.

Ujarnya lagi, Selangor telah mencadangkan beberapa perkara yang bersifat proaktif, berbanding tindakan reaktif seperti yang dilaksanakan sekarang.

“STFC mutakhir ini mengesyorkan satu program proaktif (bukan reaktif) iaini Program POIS atau 'Preventing Outbreak at Ignition Site’ (POIS) atau 'Mencegah Tercetus Perebakan di Tapak-Tapak Penularan'.

“POIS merupakan kerjasama pintar 3-Penjuru (Tripartite Partnership) secara sukarela (voluntary), antara "Kerajaan Negeri-Majikan-NGO", dimana tumpuan utama diberikan termasuk menjalankan saringan berkala di semua kilang dan tempat kerja (termasuk tapak-tapak binaan),” katanya lagi.

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/keengganan-kkm-kongsi-data-buat-kami-bertinju-dalam-keadaan-mata-tertutup-dr-dzul-280464

Jumaat, 29 Januari 2021

Tiada pertukaran MB Kedah, PAS puas hati prestasi Sanusi, kata Takiyuddin

 PETALING JAYA: PAS Pusat berpuas hati dengan prestasi Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor dan tidak mempunyai sebarang rancangan untuk beliau digantikan, kata Setiausaha Agung parti, Takiyuddin Hassan.  “Tak timbul langsung isu tukar menteri besar Kedah. Secara umumnya, PAS berpuas hati dengan prestasi Sanusi. 

 “Soal pentadbiran (kerajaan negeri) akan diperbaiki dari semasa ke semasa,” kata Takiyuddin yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang).  Takiyuddin menyifatkan laporan sebuah portal bahawa beliau bakal menggantikan Sanusi sebagai menteri besar selewat-lewatnya selepas pilihan raya umum (PRU) akan datang sebagai tidak masuk akal.



“Saya wakil rakyat di Kelantan, bukan Kedah,” kata beliau kepada FMT.  Prestasi Sanusi sebagai menteri besar Kedah menjadi polemik selepas beberapa isu tercetus, menimbulkan ketegangan antara beliau dan MIC yang menjadi sekutu PAS dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN). 

Beberapa pemimpin MIC menegaskan parti itu semakin sukar bekerjasama dengan Sanusi.  Malah mereka memberi amaran PN akan kehilangan sokongan kaum India di Kedah pada PRU15, jika Sanusi terus menerajui negeri itu.  Minggu lalu, Sanusi mengumumkan pembatalan cuti peristiwa untuk Thaipusam tahun ini kerana pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bagi mengekang Covid-19. 

Susulan itu, pelbagai pihak khususnya MIC menuduh Sanusi jahil, angkuh serta menjejaskan keharmonian masyarakat majmuk di negara ini.  Tahun lalu, Sanusi dan pemimpin utama MIC terbabit dalam satu lagi episod perang mulut susulan perobohan sebuah kuil Hindu. 

Beliau mempertahankan tindakan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) merobohkan Kuil Sri Raja Muniswarar di Taman Bersatu, Kuala Kedah, kerana ia dibina tanpa kelulusan dan pihak kuil tidak mengendahkan notis dikeluarkan.  Sanusi mempertahankan segala keputusannya atas keperluan menegakkan undang-undang dan kesihatan awam.  Beliau turut menyifatkan MIC sebagai mengikut tarian perkauman DAP dengan membangkitkan isu tertentu untuk mendapatkan sokongan murahan.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/01/29/tiada-pertukaran-mb-kedah-pas-puas-hati-prestasi-sanusi-kata-takiyuddin/

Khamis, 28 Januari 2021

PRU15 boleh berlaku sebelum 1 Ogos atau 60 hari selepasnya, 'Nakhoda Umno perlu kemudi ke arah kejayaan kata Annuar

 Tanggungjawab "para nakhoda Umno" pada masa ini adalah mengemudi parti ke arah kejayaan, bukannya ke arah kehancuran, bagi menghadapi PRU15, menurut bekas Setiausaha Agung BN Annuar Musa.

Annuar berkata, ini kerana tidak mustahil PRU tersebut boleh diadakan sebelum 1 Ogos - iaitu tarikh darurat dijadual tamat - atau 60 hari selepas itu.



"Tidak mustahil PRU15 boleh berlaku sebelum 1 Ogos atau 60 hari selepasnya.

"Justeru yang paling utama bagi kita ahli Umno ialah memastikan Umno memenangi PRU itu, atau sekurang-kurangnya sebahagian daripada pasukan yang menang.

"Tanggungjawab para nakhoda adalah mengemudi (parti) ke arah kejayaan, bukan menghancurkan. Sementara para juragan pula terus mendayung, berkerja kuat sepasukan membawa parti ke destinasinya," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Di tengah-tengah pergeseran antara Umno dan Bersatu, Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dilihat sebagai antara pemimpin pro-PN dalam parti itu.

Umno sepatutnya membuat keputusan berhubung isu kerjasama dengan Bersatu pada perhimpunan agung yang dijadual akhir bulan ini. Bagaimanapun ia telah ditangguh susulan penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan.

Selain pergeseran itu, timbul juga desakan dari dalam Umno agar Ahmad Zahid Hamidi berundur daripada jawatan presiden.

Ia selepas Ahli Parlimen Bagan Datuk itu dikatakan mempunyai kaitan dengan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dalam usaha menjatuhkan kerajaan PN, serta gesaan agar Ahli Parlimen Umno memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk satu sidang Parlimen khas.

Annuar sendiri mengkritik Zahid berkenaan sokongan terhadap Anwar sebelum ini.

Bagaimanapun pada 26 Jan, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan menegur ahli-ahli parti yang mendesak Ahmad Zahid berundur dengan cara tidak wajar, yang menurutnya, satu budaya tidak sihat dalam parti.

Dalam hantaran hari ini, Annuar turut mengingatkan pemimpin Umno supaya tidak sombong dan bersikap bermuka-muka.

"Jangan sombong, jangan bongkak, jangan hasad, jangan pepat di luar rencong di dalam. Jangan depan lain, belakang lain. Berkata benar, berterus-terang serta sabar bila di fitnah.

"Insya-Allah kebenaran dan kemenangan menanti di hadapan. Apa yang penting, Umno selamat, kekal diyakini dan disayangi rakyat," katanya lagi.

https://www.malaysiakini.com/news/560799

Rabu, 27 Januari 2021

Melayu tak daftar undi sebab lihat ahli politik seolah dirasuk syaitan kata Khalid Samad

 PENGARAH Komunikasi Amanah Khalid Abd Samad menyangkal kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang kononnya ramai orang Melayu beragama Islam di negara ini dirasuk syaitan penjajah kerana lemah mendaftar untuk menjadi pengundi.

Ahli Parlimen Shah Alam itu berpandangan bahawa ramai orang Melayu tidak mendaftar sebagai pengundi disebabkan melihat perangai ahli politik bukannya disebabkan oleh ‘syaitan penjajah'.



Bekas menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, ada ada orang Melayu melihat tingkah lalu ahli politik yang bertindak seperti dirasuk oleh syaitan.

Ini terutama ahli Politik yang menggunakan agama untuk kepentingan politik tanpa menghiraukan halal dan haram sesuatu perkara.

Beliau mendakwa rakyat melihat politik yang diamalkan oleh Barisan Nasional, Perikatan Nasional dan Pas sebagai menjijikan.

“Saya rasa mereka tak berdaftar sebagai pengundi kerana melihat ahli politik yang bertindak seolah-olah dirasuk syaitan.

“Khususnya golongan penjual agama yang sanggup menghalalkan yang haram termasuk rasuah, khianat, perkauman dan sebagainya. Politik BN, PN dan PAS dilihat kotor dan jijik,” kata Khalid di Twitternya.

Semalam Abdul Hadi berkata, golongan Melayu beragama Islam yang tidak daftar mengundi didakwa berbuat demikian kerana telah dirasuk oleh ‘syaitan-syaitan’ warisan penjajah dahulu.

Menurutnya, ketika ini kaum Melayu paling lemah untuk mendaftar sebagai pengundi sedangkan dalam masa sama masyarakat bukan Islam berusaha untuk mengambil-alih kuasa politik.

“Hari ini di negara kita, dapat menyaksikan bahawa kaum Melayu yang beragama Islam paling lemah mendaftar untuk menjadi pengundi kerana berjaya dirasuk oleh syaitan-syaitan warisan penjajah dahulu.

“Dalam keadaan bangsa lain yang bukan Islam pula saling berlumba dengan mengambil peluang untuk merampas kuasa politik,” kata Abdul Hadi dalam satu kenyataan yang dikongsi di media sosialnya.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, pengaruh bisikan syaitan penjajah masih menghantui umat Islam khususnya generasi muda yang sepatutnya mewarisi perjuangan untuk menegakkan Islam.

Kebencian segelintir umat Islam terhadap politik berlaku kerana terpengaruh dengan syaitan berwajahkan manusia termasuk umat Islam sendiri yang digerakkan oleh dalang-dalang.-SM

https://suaramerdeka.com.my/melayu-tak-daftar-undi-sebab-lihat-ahli-politik-seolah-dirasuk-syaitan/

Dr M minta saya letak jawatan sehari selepas lantikan, kata Tommy Thomas

 KUALA LUMPUR: Tidak lama selepas Tommy Thomas dilantik sebagai peguam negara pada 2018, beliau diminta meletak jawatan oleh orang sama yang mengesyorkannya ke jawatan itu – Dr Mahathir Mohamad.

Pakar undang-undang Perlembagaan, Thomas mendedahkan perkara itu dan fakta baru lain dalam bukunya “My Story: Justice in the Wilderness”.



Dalam prolog buku yang diterbitkan Pusat Pembangunan Penyelidikan dan Maklumat Strategik, Thomas berkata, perdana menteri ketika itu memaklumkan beliau pada Jun 2018, Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Sultan Muhammad V memperkenankan pelantikannya sebagai peguam negara.

Keesokannya, beliau berkata, Mahathir mahu beliau meletak jawatan akibat bantahan kuat orang Melayu terhadap pelantikannya, menurut catatan Facebook oleh GerakBudaya, yang menawarkan buku itu untuk dijual.

“Sokongan untuk saya tiba-tiba hilang. Tun mengejutkan saya. Di sebalik keputusan Agong, Tun mahu saya letak jawatan disebabkan skala bantahan orang Melayu terhadap pelantikan saya.

“Saya sangat terkejut. Tun mahu peletakan jawatan saya keesokannya. Peluang profesional dalam seumur hidup terlepas dari tangan saya sebelum saya sempat menarik nafas,” menurut prolog itu.

Gerakbudaya, yang akan menjual buku itu mulai 30 Jan ini, menyifatkan kandungan buku itu, berkata bekas peguam negara “membincangkan keputusan penting dibuatnya, termasuk pendakwaan bekas perdana menteri, Najib Razak, Jho Low, Arul Kanda dan Goldman Sachs atas peranan mereka dalam skandal 1MDB”.

Tambahnya dalam laman web itu: “Bukunya ialah kisah dalaman pertama oleh seorang pegawai kanan kerajaan Pakatan Harapan mengenai pencapaian, kekecewaan dan kegagalan pentadbiran bukan Barisan yang pertama dalam sejarah 60 tahun kemerdekaan Malaysia.

“Suara tulennya dirakam dalam memoir tanpa berselindung ini, dan disyorkan untuk dibaca oleh sesiapa saja yang berminat dalam politik dan undang-undang Malaysia.”

Thomas meletak jawatan pada 28 Feb 2020, selepas kejatuhan kerajaan PH susulan “Langkah Sheraton” yang menyebabkan Mahathir meletak jawatan dan Muhyiddin Yassin mengambil alih jawatan perdana menteri dengan sokongan Umno, PAS dan GPS.

Buku itu turut menceritakan peristiwa yang membawa kepada kejatuhan PH dan maklumat baru ketika PH berkuasa.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/01/26/dr-m-minta-saya-letak-jawatan-sehari-selepas-lantikan-kata-tommy-thomas/

Suhakam: Vaksin percuma perlu rangkumi banduan, warga asing

 Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menggesa kerajaan memberikan vaksinasi percuma kepada golongan rentan serta mereka yang berada dalam tahanan.

Menurut suruhanjaya itu, jika tidak demikian, komuniti itu tidak akan mendapat perlindungan daripada virus yang tidak membezakan manusia berdasarkan status kewarganegaraan.



"Suhakam mendesak kerajaan untuk memberikan vaksin Covid-19 percuma untuk semua termasuk golongan rentan, pelarian, pendatang, orang tanpa kewarganegaraan, tahanan di pusat tahanan dan tahanan penjara tanpa diskriminasi berdasarkan status kewarganegaraan mereka [...]

"Hak untuk kesihatan adalah hak asasi manusia yang dinikmati oleh semua orang. Akses kepada penjagaan kesihatan, termasuk vaksin, adalah aspek penting dari hak untuk kesihatan.

"Golongan yang rentan [...] menghadapi risiko mengalami keretakan dalam sistem kesihatan semasa kerana banyak sebab termasuk status dan kewarganegaraan mereka, dan ketidakmampuan untuk menanggung kos penjagaan kesihatan," kata suruhanjaya itu dalam satu kenyataan, semalam.

Bank Dunia sebelum ini menganggarkan bahawa terdapat antara 2.96 juta hingga 3.26 juta pekerja warga asing yang berdaftar dan tidak berdokumen di Malaysia pada tahun 2017.

Penduduk Malaysia adalah sebanyak 32.69 juta pada suku ketiga 2020.

Menurut UNHCR, terdapat 178,450 pelarian dan pencari suaka di Malaysia pada Oktober 2020.

Di bawah rancangan vaksinasi ini, warganegara Malaysia tidak perlu membayar untuk vaksin.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin sebelum ini berkata kerajaan kini mempertimbangkan untuk pemvaksinan pekerja asing bagi memastikan pekerja asing tidak dijangkiti virus itu ntuk mencapai imuniti kelompok (herd immunity).

Bagaimanapun, Menteri Sumber Manusia M Saravanan menegaskan bahawa majikan harus menanggung semua kos imunisasi kakitangan mereka.

Matlamat kerajaan adalah untuk memvaksin 70 peratus penduduk - ambang yang dikatakan oleh kajian cukup untuk mencapai imuniti kelompok. Imuniti seperti itu seharusnya memperlambat penularan Covid-19 dan melindungi mereka yang belum diberi vaksin.

Suhakam menggesa Putrajaya agar memberi vaksin tahanan penjara dan mereka yang berada di pusat tahanan secara percuma.

"Terdapat kes jangkitan Covid-19 di pusat tahanan dan penjara.

"Oleh itu, penting untuk kerajaan mempertimbangkan ketika ini untuk memberikan vaksin Covid-19," katanya.

Pusat tahanan seperti penjara, lokap polis, pusat tahanan imigresen telah menjadi kawasan panas Covid-19 kerana keadaannya yang sempit dan terkurung.

Sehingga 18 Jan, kemudahan ini mencatat 28 kluster Covid-19.

Kluster dikesan berkaitan tahanan atau kakitangan di kemudahan ini.

"Suhakam menekankan bahawa Covid-19 tidak mendiskriminasi, ini mempengaruhi semua orang termasuk golongan yang rentan ini," tegasnya.

Khairy ketika mempengerusikan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 berkata kerajaan merancang untuk menjalankan vaksinasi di kawasan di mana wabak Covid-19 dikesan.

Menamakan strategi itu sebagai "vaksinasi ring", kawasan tersebut dapat mencakup pusat tahanan atau tempat kerja yang mengalami lonjakan jangkitan.

Bagaimanapun, dia tidak menyatakan sama ada mereka yang dalam tahanan ini akan diberi vaksin secara percuma atau sebaliknya.

https://www.malaysiakini.com/news/560625

Selasa, 26 Januari 2021

Jaga adab - Mat Hasan tegur penentang Zahid

 Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan menegur ahli-ahli parti yang mendesak Presiden Ahmad Zahid Hamidi berundur dengan cara tidak wajar, yang menurutnya, satu budaya tidak sihat di dalam Umno.

Merujuk insiden kain rentang dan sepanduk yang dikatakan dinaikkan akar umbi bagi mendesak Ahmad Zahid meletak jawatan, kata Mohamad, perbezaan pendapat jangan disuarakan dengan cara tidak beradab sehingga kurang rasa hormat terhadap institusi presiden.



“Pelbagai kain rentang dan sepanduk dengan perkataan nista dan kurang sopan digunakan dalam desakan tersebut. Ini bukan budaya dan nilai Umno. Malah ini bukan adab dan susila kita sebagai orang Islam dan Melayu.

“Pesan saya, janganlah sesekali kita terkurang hormat kita kepada institusi presiden, yang wajar disantuni dengan sopan dan tata susila sebaiknya.

“Kita boleh berbeza pandangan, aspirasi dan citra kerana Umno itu nilainya demokratik, tetapi jangan lah sampai ia membawa kepada sengketa yang akhirnya memecah-belahkan Umno.

“Menurut biar berakal, menentang biar beradab,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sejak kebelakangan ini, tersebar di media sosial beberapa gambar kain rentang yang digantung di kawasan awam, mendesak Ahmad Zahid meletakkan jawatan.

Ia didakwa dilakukan oleh sayap atau bahagian parti, seperti yang tercetak pada kain rentang berkenaan.

Antaranya, kejadian itu dilaporkan berlaku di daerah di Negeri Sembilan, Perak, dan Selangor. Namun beberapa bahagian parti kemudian telah tampil menafikan mereka terlibat dalam penggantungan kain rentang berkenaan dan ada yang membuat laporan polis.

Selain itu, Ahmad Zahid turut berdepan desakan serupa daripada beberapaindividu, antaranya, Ketua Pemuda Umno Pontian, Helmi Buang, Ketua Pemuda Umno Seremban, Zool Amali Hussin, Ketua Umno Bahagian Paya Besar, Ahmad Tajuddin Sulaiman, serta beberapa yang lain.

Antara lain, mereka mendakwa kepemimpinan Ahmad Zahid gagal membaca dan memahami sentimen di akar umbi Umno, selain tindakan kepemimpinan tertinggi mendedahkan Umno kepada kehilangan keyakinan orang Melayu dalam pilihan raya umum (PRU) ke-15.

Mohamad berpesan agar Umno bersatu kerana sedikit pun perpecahan berlaku di dalam Umno akan memberi peluang kepada lawan untuk mengadu domba dan meretakkan parti sehingga membawa perseteruan dan perpecahan.

“Kekuathiran saya ialah akhirnya, yang akan menjadi korban ialah Umno dan bangsa Melayu.[...]

“Antan sama antan berlaga, ayam tepi lesung yang akan kenyang,” katanya.

Justeru dia menyeru Umno membangunkan era kesatuan dan muafakat, di mana perbezaan diurus dengan sopan, berhikmah dan sepakat.

“Dan akhirnya, era di mana Umno dihormati sebagai jurucakap sebenar rakyat Malaysia dan bangsa Melayu dan bukannya parti yang rakus dengan kuasa dan kedudukan,” katanya lagi.

https://www.malaysiakini.com/news/560504

[Dashyat] Adun Amanah ajak MIC sertai PH

 Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada Amanah mengajak MIC menyertai Pakatan Harapan (PH).

Adun Durian Tunggal, Mohd Sofi Abdul Wahab berkata demikian susulan kemelut parti itu bersama Menteri Besar Kedah dari PAS Muhammad Sanusi Md Nor, berhubung isu penarikan cuti peristiwa Thaipusam di Kedah.



“Saya ajak MIC supaya bersama-sama keluar dan sertai PH kerana jelas PH kita utama semua kaum tidak kira bangsa dan agama.

“[...] Jadi kalau (Presiden MIC) S Vigneswaran sudah sedar sikap PAS melalui menteri besar yang tidak hormat kaum dan agama lain dalam perjuangan politik, maka sudah sampai masa MIC sertai PH,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Perselisihan antara kedua-dua parti itu timbul selepas Sanusi mengumumkan tiada cuti peristiwa Thaiupusam tahun ini, walaupun acara keagamaan dibenarkan dengan syarat yang ketat.

Thaipusam sebelum ini merupakan cuti peristiwa di Kedah sejak 2014.

https://www.malaysiakini.com/news/560080

Keputusan menarik semula cuti itu mendapat kecaman pemimpin MIC, PH, dan juga bekas presiden Umno, Najib Razak.

Sebagai tindak balas terhadap kritikan itu, Sanusi mengatakan langkah itu tidak bertujuan untuk meminggirkan umat Hindu.

Sebaliknya, Sanusi menggesa MIC harus melobi agar kerajaan persekutuan menjadikannya cuti kebangsaan.

Sementara itu, Mohd Sofi turut berkata, PH akan berbesar hati menerima MIC sebagai salah satu parti komponen.

“Saya yakin pimpinan PH berbesar hati dan sedia terima MIC sebagai salah satu komponen parti besar kerana kita PH tiada satu parti pun berjuang atas nama bangsa.

“Walau Amanah berteraskan Islam, tetapi kami adalah parti yang meletakkan asas perjuangan bukan hanya pada satu agama dan bangsa,” katanya lagi.

https://www.malaysiakini.com/news/560515

Isnin, 25 Januari 2021

'Malas layan, PRU14 pun ahli MIC tak sokong PAS, mereka undi PH'

 Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, dia enggan melayan kenyataan pemimpin MIC termasuk amaran parti itu yang tidak akan menyokongnya pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).

Sanusi yang mengganti Mukhriz Mahathir tahun lalu bagi mentadbir kerajaan negeri itu menambah, ketika PRU14 lalu, parti itu juga tidak menyokong PAS.




Dia malah mendakwa, kebanyakan ahli parti MIC menyokong Pakatan Harapan (PH).

"Malas layan dah, pada PRU14 pun dia tak sokong kita juga. Kebanyakan mereka mengundi PH, MIC pun tinggal satu kerusi sahaja.

"Hakikatnya MIC yang memerlukan undi daripada bukan India," katanya seperti dipetik portal BH Online hari ini.

Sanusi berkata demikian susulan kenyataan Presiden MIC S A Vigneswaran yang menyifatkannya sebagai pemimpin yang tidak berpengalaman dan tidak mempunyai kemampuan untuk 'bersosial' dengan kaum lain.

Justeru itu, Vigneswaran memberi amaran bahawa partinya tidak akan menyokong Sanusi pada PRU15 akan datang.

Cuti Thaipusam menjadi kontroversi di Kedah selepas Sanusi mengumumkan tiada cuti peristiwa bagi perayaan berkenaan di negeri itu susulan situasi semasa berkaitan Covid-19.

Susulan itu, berlaku pertikaman lidah antara Timbalan Presiden MIC, M Saravanan dan menteri besar Kedah itu.

Untuk rekod, sambutan Thaipusam dijadikan cuti peristiwa di Kedah sejak 2014.

Mengulas lanjut, Sanusi menjelaskan usahanya itu bukan bermakna mengetepikan penganut Hindu.

Sebaliknya katanya MIC sepatutnya menggesa kerajaan persekutuan supaya menjadikan sambutan perayaan Thaipusam sebagai cuti umum.

Sanusi sebelum ini didakwa bersikap anti-Hindu selepas membuat keputusan untuk meruntuhkan dua buah kuil dan menerima kecaman susulan kenyataannya mengenai “mabuk todi".

https://www.malaysiakini.com/news/560331?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR3t79Om_u-B1kFc_ctpJ4VYowrn1njIGpJp7XWf3e4bx3JDyyqmmeQKyx0

Ahad, 24 Januari 2021

[Setelah tular] Tok Mat nafi jadi calon PM Muafakat Nasional

 TIMBALAN Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan menafikan dirinya telah dipilih sebulat suara sebagai calon perdana menteri bagi  Muafakat Nasional.

Mohamad berkata, berita yang dilaporkan oleh sebuah portal dalam talian kononnya dia adalah calon perdana menteri untuk Pilihan Raya ke-15 merupakan berita tidak benar.



Justeru, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau itu meminta masyarakat agar berhati-hati dalam menerima sebarang maklumat yang disebarkan dalam talian.

“Sila ambil maklum. Ini adalah berita palsu. Berita palsu ‘lebih cepat’ tersebar berbanding virus Covid-19. Berhati-hatilah,”kata Mohamad.

Dalam laporan yang disiarkan pada 22 Januari lalu, portal tersebut mendakwa nama Mohamad telah disenaraikan oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dalam mesyuarat baru-baru dan telah mendapat undian  paling tinggi.

TIMBALAN Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan menafikan dirinya telah dipilih sebulat suara sebagai calon perdana menteri bagi  Muafakat Nasional.

Mohamad berkata, berita yang dilaporkan oleh sebuah portal dalam talian kononnya dia adalah calon perdana menteri untuk Pilihan Raya ke-15 merupakan berita tidak benar.

Justeru, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau itu meminta masyarakat agar berhati-hati dalam menerima sebarang maklumat yang disebarkan dalam talian.

“Sila ambil maklum. Ini adalah berita palsu. Berita palsu ‘lebih cepat’ tersebar berbanding virus Covid-19. Berhati-hatilah,”kata Mohamad.

Dalam laporan yang disiarkan pada 22 Januari lalu, portal tersebut mendakwa nama Mohamad telah disenaraikan oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dalam mesyuarat baru-baru dan telah mendapat undian  paling tinggi.

https://suaramerdeka.com.my/tidak-benar-tok-mat-calon-pm-muafakat-nasional/

Jangan berkira jaga kebajikan barisan hadapan, maksimumkan capaian internet di pedalaman kata Pemuda Amanah

 Pemuda AMANAH Nasional menggesa kerajaan untuk menghapuskan beban berlebihan petugas barisan hadapan.

Ketuanya, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, penyusunan semula tugas perlu dilakukan dengan segera serta bersifat manusiawi.



“Pada masa sama, mana-mana tragedi buruk yang menimpa barisan hadapan ini, siasatan lebih adil wajar dilakukan dan keluarga mereka diberikan pampasan setimpal.

“Sebagai permulaan, kerajaan boleh menyerap secara bertahap staf-staf bawah Kementerian Kesihatan yang berstatus kontrak.

“Walau berdepan dengan kekangan kewangan, dalam situasi kritikal kerajaan sewajarnya tidak harus terlalu berkira dalam menjaga kebajikan para pejuang barisan hadapan, seterusnya membolehkan mereka melaksanakan tugas dengan cemerlang,” ujarnya.

Dalam masa sama, Shazni berkata, kerajaan juga wajar membuat unjuran ketika ini bahawa pembelajaran secara atas talian bukan lagi alternatif, bahkan telah menjadi medium utama.

Menurutnya, masalah capaian internet di kawasan pedalaman wajar ditangani segera dengan kerajaan memanfaatkan sepenuhnya dana terkumpul Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

“Kita tidak pasti berapa lagi berbaki dana terkumpul ini.

“Namun yang pasti, akhir Februari tahun lalu – sebelum dijatuhkan – kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah mengumumkan peruntukan dana sebanyak RM3 bilion daripada ‘USP fund’ untuk menggerakkan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP).

“Mungkin menteri sekarang boleh melaporkan perkembangan projek, sama ada diteruskan atau tergendala,” katanya.

Mengulas lanjut, Shazni berkata, rakyat perlu tahu perkembangan keenam-enam projek bawah NFCP yang sepatutnya telah bergerak dengan baik jika diteruskan.

“Jika tergendala, rakyat juga berhak tahu mengapa dan bagaimana ianya boleh tergendala. Situasi luar biasa menuntut langkah yang luar biasa.

“Sekiranya menteri masih termangu-mangu dan tidak proaktif, lebih baik berundur sahaja dengan terhormat,”

https://malaysiadateline.com/jangan-berkira-jaga-kebajikan-barisan-hadapan-maksimumkan-capaian-internet-di-pedalaman/

Najib balun lagi dan lagi kerajaan PN, Sektor perkilangan, pembinaan dibenar beroperasi punca kes Covid-19 naik

 KERAJAAN sepatutnya menjangka lebih awal untuk menyekat operasi sektor perkilangan dan pembinaan sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)2.0.

Kedua-dua sektor itu sebelum ini pernah menyumbang kepada peningkatan jangkitan Koronavirus (Covid-19) sejak saringan kepada pekerja dilakukan secara meluas.

Malah, terdapat beberapa kilang yang tidak dapat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) penjarakan sosial ditempat kerja kerana bertentangan dengan tatacara kerja.



Antara langkah terbaik untuk membendung masalah itu adalah dengan menghentikan sementara operasi kilang ketika PKP.

“Sebab itu untuk memutuskan rangkaian jangkitan Covid, kerajaan laksana PKP2.0 untuk larangkan sektor-sektor lain yang tidak berkaitan dan membenarkan sektor perkilangan dan pembinaan untuk terus beroperasi seperti biasa.

“Oleh sebab strategi itu kurang berjaya maka kerajaan lanjutkan larangan ke atas sektor-sektor lain yang tidak berkaitan untuk 9 hari lagi dan terus membenarkan sektor perkilangan dan pembinaan untuk beroperasi seperti biasa.”

Demikian kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam satu kenyataan hari ini menerusi hantaran dalam Facebooknya.

Kes baharu Covid-19 dilapor terus mencatat empat angka walaupun PKP2.0 dilaksana sejak 13 Januari dan terus dilanjutkan sehingga 4 Februari selepas dikuatkuasakan di seluruh negeri kecuali Sarawak.

Malah, tiada penurunan ketara dicatatkan dalam tempoh penguatkuasaan PKP, sehinggakan semalam negara mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 4,275 dan tujuh kematian.

Malah, baru-baru ini, Najib Razak mendedahkan dalam satu hantaran berasingan memaklumkan, kerajaan akan melaksanakan PKP lebih ketat selepas 4 Februari ini jika kes tidak turun.

Ini termasuklah larangan kepada operasi sektor kilang dan pembinaan.

Bagaimanapun, tindakan itu sepatutnya dilakukan lebih awal lagi kerana akan memberi kesan kepada sektor lain yang menutup operasi sejak 13 Januari.

“Jika PKP 3.0 berlaku, sektor-sektor lain tidak berkaitan yang terpaksa sia-sia berkorban 23 hari untuk PKP 2.0 hendak claim kerugian daripada siapa?

“Kenapa tak laksanakan secara ketat tanpa kelonggaran awal-awal lagi pada PKP 2.0 seperti disaran saya dan ramai lagi?

“Kenapa hanya cadang nak buat selepas PKP 2.0 selama 23 hari telah terbazir?

“Jika nak buat secara ketat dengan melarangkan sektor kilang dan pembinaan, buatlah ‘all-out‘ sekarang. Jangan tunggu dan paksa rakyat menderita lagi lama di bawah PKP,” tegasnya. – SM

https://suaramerdeka.com.my/sektor-perkilangan-pembinaan-dibenar-beroperasi-punca-kes-covid-19-naik/

Sabtu, 23 Januari 2021

Najib 'tarbi' kerajaan PN kerana tidak mampu menjaga warganya sendiri yang jatuh sakit

 

Memang itulah yang terjadi, mengapa Najib kritik lantang dengan kerajaan PN sekarang ini? Puncanya kerna mereka cara mereka menyelesaikan pendemik pada gelombang ke-3 ini sangatlah gagal.

Mengapa gagal? Ini kerana mudah sahaja nak difahamkan, kerana dalam PN pemimpinnya agak lembab kerana tidak bertindak mengikut keadaan yang terkawal dan tidak terkawal.

Dalam status terbaru DS Najib di Facebooknya, Najib agak terkesan kerana ada pesakit Covid yang membunuh diri kerana tertekan. 

Berita ini amat menyedihkan dan mengundang kemarahan ramai.

Kenapa seorang pesakit Covid yang mengadu kesakitan dan bergejala tidak diberi tempat di fasiliti rawatan kerajaan?

Sehingga mangsa yang dalam keadaan positif Covid dan berpeluang menjangkiti orang lain perlu pergi ke bank untuk mengeluarkan duit RM40,000 untuk menjalani rawatan Covid di hospital swasta.

Sebuah kerajaan yang tidak mampu menjaga warga sendiri yang jatuh sakit adalah sebuah kerajaan yang gagal segagalnya.

Saya faham jumlah kes aktif Covid sudah melepasi kapasiti sistem kesihatan dan saya telah banyak memberi amaran bahawa ini bakal berlaku pada bulan November dan bulan Disember apabila kerajaan tiba-tiba tarik balik PKPB, tarik balik sekatan rentas negeri, lancarkan kempen pelancongan domestik dan melonggarkan SOP Covid.

Sebab itu, saya saran kerajaan untuk lebih berinovasi untuk mencari jalan bagi menambah kapasiti pusat rawatan kes berisiko rendah agar pesakit yang positif Covid tidak diperlu rawat serta kuarantin kendiri di rumah atau perlu menghabiskan segala simpanan mereka untuk rawatan hospital swasta yang mahal.

Kita ada banyak hotel-hotel yang sudah berhenti operasi sejak pandemik bermula. Kita juga ada banyak kem-kem PLKN yang tidak lagi terpakai.

Kenapa tempat-tempat ini tidak boleh dipulihkan oleh kerajaan untuk menjadi pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah dalam masa yang singkat?

https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157639491295952/

Hakim kendali kes Najib kembali ke mahkamah sivil

KUALA LUMPUR – Satu surat pekeliling memaklumkan pertukaran Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali dari mahkamah jenayah ke mahkamah sivil berlegar di media sosial sejak semalam.

Tertera pada pekeliling yang dikeluarkan oleh Majlis Peguam itu memaklumkan bahawa Ketua Hakim Malaya, Azahar Mohamed mengarahkan pemindahan Mohd Nazlan dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Jenayah 3) ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (NCvC 2). 



Dalam pekeliling oleh Setiausaha Majlis Peguam Malaysia, AG Kalidas itu menyebut arahan tersebut berkuatkuasa 1 Mac 2021.

Hakim Nazlan adalah hakim yang membicarakan kes rasuah SRC International Sdn Bhd membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pada 28 Julai tahun lalu, beliau menjatuhkan hukuman bersalah ke atas Najib bagi kesemua tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn Bhd.

Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan salah guna kuasa dan bagi kesalahan pecah amanah pula, penjara 10 tahun setiap satu tuduhan.

Perlantikan Mohd Nazlan bagi mengendalikan kes Najib menimbulkan kontroversi kerana beliau dikatakan tidak mempunyai pengalaman mengendalikan kes-kes jenayah dan baru dilantik ke Mahkamah Tinggi Sivil selama satu tahun setengah.

Kes Najib sepatutnya dibicarakan di hadapan Hakim Mohd Sofian Abd Razak pada 4 Julai 2018 tetapi tempat beliau digantikan oleh Mohd Nazlan.

Selain kes Najib, Mohd Nazlan juga mengendalikan kes penyitaan dana UMNO serta beberapa kes lain termasuk kes Tan Sri Mohd Isa Samad dan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor. – MalaysiaGazette

MKN tak sepatutnya longgar sekatan pada Dis lalu, kata MP Bangi

 Anggota Parlimen Bangi Ong Kian Ming berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) gagal memerangi Covid-19 kerana melonggarkan syarat kebenaran rentas negeri pada Dis tahun lalu ketika kadar “peratus positif” melebihi 5 peratus.

Jelasnya, kerajaan sepatutnya hanya boleh melonggarkan perintah kawalan pergerakan (PKP) sekiranya kadar itu kurang daripada 5 peratus.



Merujuk laporan yang menyatakan kadar “peratus positif” di Malaysia melebihi 5 peratus sejak 6 Nov tahun lalu, Ong berkata, MKN membuat kesilapan dengan melonggarkan kebenaran rentas negeri di bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

Bekas timbalan menteri itu juga menambah, tidak mustahil kes harian Covid-19 di Malaysia akan mencapai 8,000 pada suatu masa nanti jika melihat keadaan yang berlaku kini.

“Pada 18 Jan 2020, saya menerbitkan senarai 10 soalan berkaitan Covid-19 yang ditujukan kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham (Abdullah).

“Salah satu soalan yang saya ajukan ialah, adakah dia akan menerbitkan nilai Rt mengikut negeri supaya orang ramai dapat mengetahui trend Covid-19 yang diramalkan untuk setiap negeri dan bagaimana nilai Rt dapat digunakan untuk menentukan tarikh PKP akan dihentikan bagi setiap negeri.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Noor Hisham kerana menerbitkan nilai Rt terkini mengikut negeri semalam, pada 21 Jan 2020.

"Ramalan terkini menunjukkan bahawa jumlah Covid-19 harian mungkin mencecah 8,000 kes pada akhir bulan Mac 2021 jika nilai Rt kekal pada tahap 1.1 untuk seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

https://www.malaysiakini.com/news/560136

Jumaat, 22 Januari 2021

[Gempar] Pemimpin Armada ditangkap miliki ganja dalam jumlah besar

 Seorang tokoh Pemuda Bersatu (Armada) telah ditangkap polis pada 20 Jan lalu atas dakwaan memiliki dadah dalam jumlah yang besar.

Perkara itu dimaklumkan oleh sumber dalaman polis yang enggan dinamakan memandangkan ia masih dalam siasatan.

Bercakap dengan Malaysiakini, dia berkata polis merampas 1.5 kilogram leraian daun kering disyaki ganja, sembilan pokok ganja, dan sejumlah besar cecair disyaki memiliki kandungan dadah jenis itu.



Dia berkata polis bertindak setelah mendapat maklumat awam dan menangkap suspek yang berusia 35 tahun di Fraser Business Park di Kuala Lumpur pada tengah hari Rabu lalu, atas kesalahan memiliki barang terlarang.

Susulan tangkapan, polis menyebu kondominium suspek di Ampang, Selangor pada hari sama.

" Ketika pemeriksaan, polis menemui tujuh pokok dan dua anak pokok ganja. Ada beberapa lagi botol ditemui yang disyaki mengandungi ekstrak ganja.

"Kami juga menemui daun kering ganja dalam beberapa beg plastik dan bekas," kata sumber lagi.

Nilai rampasan dianggarkan kira-kira RM60,000.

Polis turut menahan isteri suspek, 34 tahun, dan seorang warga asing yang disyaki pembantu rumah pasangan itu.

Ketiga-tiganya disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Malaysiakini tidak mendedahkan nama ahli politik ini kecuali dia telah didakwa, memandangkan dia masih sebagai suspek dan tidak memegang apa-apa jawatan kerajaan.

Suspek juga tidak memegang apa-apa jawatan yang diraih secara undian dalam Bersatu. Dia merupakan ahli lantikan dalam sebuah biro dalam Armada.

Ketika PRU 2018, dia menjadi calon Bersatu di kerusi Parlimen di Perak.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan kes ini dan ia di bawah siasatan polis Kuala Lumpur.

Malaysiakini telah menghubungi Ketua Polis Kuala Lumpur Saiful Azly Kamaruddin dan sedang menunggu maklum balasnya.

Kalau anda terlepas...

ULASAN | Kapal kayu zaman tori dan pembantaian gergaji besi

Ini bukan kali pertama seorang tokoh Bersatu disiasat atas kes berkaitan dadah.

Pada Januari tahun lalu, Adun Dengkil Adhif Syan Abdullah merupakan antara yang ditahan dalam satu serbuan berkaitan dadah di Kuala Lumpur.

https://m.malaysiakini.com/news/560035

Rabu, 20 Januari 2021

Melampau tuduh Umno derhaka kepada Raja, adakah Annuar memang berniat jahat?

 Annuar Musa menuduh Umno menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong. Tuduhan itu dinyatakan dalam suratnya kepada Setiausaha Agung Umno. Annuar menolak diadakan sidang khas parlimen.

Annuar boleh puji melangit PPBM (Bersatu). Itu hak dia. Tetapi jangan tergamak tuduh parti sendiri menderhaka kepada raja sepertimana dia pernah buat di Kelantan dulu.

Dia dengan sengaja menularkan pula suratnya itu. Nampak dia berniat jahat.




Asas dan tujuan Umno disebut dengan jelas dalam fasal 3 perlembagaannya iaitu "Umno mendukung dan mempertahankan perlembagaan negara, perlembagaan negeri-negeri dan raja berpelembagaan”. Tiada kompromi mengenainya.

Tujuan ahli parlimen menulis surat kepada Agong ialah untuk memohon perkenan baginda supaya satu sidang khas parlimen dipanggil. Maka terpulang kepada budi bicara baginda untuk memutuskannya.

Kenapa itu dikatakan menderhaka? Ia termaktub jelas dalam Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. Hanya Agong berkuasa memanggil sidang khas semasa darurat, bukan perdana menteri.

Sebab itu yang dipersoalkan ialah gelagat perdana menteri, iaitu gelagat beliau semasa “proses” memberi nasihat kepada Agong.

Ketika itu dia tidak ada sokongan majoriti. Apakah dia bercakap benar (semasa memberikan nasihat berkenaan)?

PKP macam bukan PKP

Lagi pun dalam Warta Ordinan Darurat yang disiarkan, disebut dengan jelas di bahagian bawah selepas tanda tangan perdana menteri bahawa “akan dibentangkan di parlimen menurut Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan“.

Ahli Parlimen bertindak mengikut klausa itulah. Perdana menteri dituduh melakukan darurat politik. Apa stabiliti yang beliau mahukan melalui darurat dan menggantung parlimen?

Apakah tempoh tujuh bulan sehingga Ogos itu pelabur asing akan masuk ke Malaysia?

https://www.malaysiakini.com/news/559694

Selasa, 19 Januari 2021

Dengan Muhyiddin 'berkuasa mutlak', Dr M jangka berlaku salah guna kuasa

 Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata "kuasa mutlak" yang diberikan kepada penggantinya Muhyiddin Yassin berikutan pengisytiharan darurat akan menyebabkan berlaku "pelanggaran dan penyalahgunaan kuasa".

"Pengisytiharan darurat telah memberikan kerajaan kuasa yang luar biasa.

"Semua yang dilakukan adalah atas nama Yang di-Pertuan Agong. Mereka tidak boleh dipersoal, dan juga tidak boleh dibawa ke parlimen kerana semua persidangan telah dibatalkan. Kedaulatan undang-undang telah dihapuskan.



"Kita yakin bahawa niatnya baik. Tetapi apabila kuasa mutlak diberikan, pelanggaran dan penyalahgunaan kuasa akan berlaku," kata Mahathir dalam catatan di blognya hari ini.

Katanya, peningkatan mendadak kes Covid-19 dijadikan alasan untuk "rampasan kuasa" melalui pengisytiharan darurat.

"Apa yang dapat dilakukan perdana menteri dengan kuasa mutlaknya untuk menyelesaikan krisis kesihatan ini?

"Bolehkah perdana menteri, dengan kuasanya memenjarakan orang hingga 10 tahun dan menjatuhkan denda RM5 juta dapat mengurangkan jumlah kes?" soal Mahathir.

Bekas perdana menteri itu berkata, masalah yang berpunca daripada wabak Covid-19 tidak boleh diselesaikan dengan mudah.

Di antaranya ialah tekanan sistem penjagaan kesihatan akibat peningkatan kes, kesesakan di asrama pekerja asing hingga menyebabkan peningkatan jangkitan dan juga masalah ekonomi.

"Nasihat apa yang boleh (Muhyiddin) berikan kepada Agong yang akan mengurangkan jumlah mereka yang dijangkiti, mereka yang harus dirawat di hospital, mereka yang akan mati?" soal Mahathir.

Tambahnya, kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Muhyiddin telah hilang majoriti dan hak mentadbir, maka hanya melalui perisytiharan darurat "kerajaan minoriti" memperoleh kuasa untuk memerintah.

Pada 9 Jan lalu, Pengerusi Umno Kelantan dan Ahli Parlimen Machang, Ahmad Jazlan Yaakub menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin dan kerajan PN.

Beberapa hari kemudian pada 12 Jan, Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz pula mengumumkan menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin dan kerajaan.

Dengan penarikan sokongan oleh Nazri, kerajaan Muhyiddin hilang majoriti, dengan hanya disokong 109 daripada 220 anggota parlimen.

Dalam catatan blognya hari ini, Mahathir berkata darurat tidak perlu dilaksanakan sejak awal kerana kerajaan sudah mempunyai kuasa dan rakyat Malaysia telah mematuhi arahan yang dikeluarkan.

"Kita bukan seperti negara-negara barat yang liberal di mana rakyat secara terbuka tidak mematuhi arahan kerajaan yang mendakwa bahawa hak dan kebebasan mereka telah diabaikan," katanya.

Mahathir pada Jumaat lalu menyamakan Muhyiddin sebagai "diktator" kerana menggunakan pengisytiharan darurat.

Dilaporkan juga hari ini Pejuang, parti yang diasaskan Mahathir,  mengutuskan warkah rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menarik balik pengisytiharan darurat.

Agong berkenan terhadap Pengisytiharan Darurat berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan pada 12 Jan lalu sebagai langkah membendung kes Covid-19 yang semakin meningkat.

Darurat berkuat kuasa sehingga 1 Ogos atau tarikh yang lebih awal sekiranya angka Covid-19 dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

Pengisytiharan darurat membolehkan Muhyiddin menggantung parlimen dan menangguhkan pilihan raya negeri Sarawak. Tempoh Dun Sarawak akan berakhir secara automatik pada Jun tahun ini.

https://www.malaysiakini.com/news/559500

Pecah-belahkan perpaduan Melayu, Islam kerja syaitan

 KETUA Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menyelar pihak yang cuba memecah-belahkan perpadua...