Khamis, 14 Januari 2021

Benar, UMNO lemas di kolam yang cetek – Annuar

 TAN Sri Annuar Musa menjadi pemimpin UMNO pertama bersetuju dengan pandangan Profesor Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin bahawa UMNO ketika ini sedang lemas di dalam sebuah kolam yang cetek

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, ada antara pemimpin UMNO yang marah di kumpulan WhatsApp dan tidak dapat menerima pandangan yang dilontarkan oleh Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia tersebut.


“Tulisan Prof. Samsul Amri sememangnya pedih. Dalam grup Whatsapp pemimpin UMNO ada yang marah dan in denial tapi ramai juga yang berjiwa besar menerima kritikan Pengerusi Majlis Professor Negara itu.

“Saya mendapati ia benar. Saya merasakan UMNO perlu mendengar jika tidak UMNO bakal hanyut semakin jauh.

“Masih ramai yang masih dibuai mimpi lama ketika rakyat sudah jauh berubah. Masih ramai selesa dalam kepompong lama sedangkan parti lain telah merekayasa parti mereka masing masing,” kata Annuar.

Ketua UMNO Bahagian Ketereh itu berkata, UMNO seolah-olah tidak mendapat sebarang pengajaran selepas tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.

Malah parti itu menganggap sebarang teguran terhadap UMNO dan pemimpinnya dikira sebagai pembelotan dan mereka yang membuat teguran perlu disingkirkan.

“Namun saya merasakan belum terlambat untuk membangkitkan kesedaran dalam UMNO. Malah telah ada gelombang kesedaran baru yang mampu membesar. Yang diperlukan adalah keberanian serta keihlasan dalam perjuangan.

“Ya… lemas di kolam cetek kerana hilang upaya atau terlena di kolam renang bukan disebabkan tiada kepandaian berenang. Pulihkan keupayaan, bangunlah dari lena yg panjang,” gesa Annuar.

Dalam artikel yang disiarkan oleh sebuah portal berita, Shamsul Amri berkata, UMNO kini umpama lemas di kolam yang cetek.

Baca selanjutnya https://suaramerdeka.com.my/benar-umno-lemas-di-kolam-yang-cetek-annuar/

Tiada ulasan:

Catat Komen

'Malas layan, PRU14 pun ahli MIC tak sokong PAS, mereka undi PH'

 Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, dia enggan melayan kenyataan pemimpin MIC termasuk amaran parti itu yang tidak akan me...