Isnin, 18 Januari 2021

[Gempar] DAP pecat Adun Malim Nawar

 DAP hari ini memecat salah seorang wakil rakyatnya di Perak.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP Chong Chien Jen berkata keputusan memecat Leong Cheok Keng dibuat mereka semalam.

Katanya pengguguran keanggotaan Adun Malim Nawar itu berkuat kuasa serta-merta.

Menurut Chong, sebelum ini Leong dilaporkan secara meluas oleh media bahawa dia memohon untuk menyertai MCA.

Foto - MalayMail

Kata Chong ekoran laporan media berkenaan jawatankuasa disiplin menulis surat kepada Leong pada 6 Jan lalu bagi mendapatkan penjelasannya.

Bagaimanapun kata ahli parlimen Stampin itu Leong menggunakan media untuk menyatakan keputusannya untuk tidak mahu memberi penjelasan.

Kata Chong langkah yang dianggap ingkar dan angkuh kepada badan disiplin dalaman DAP itu tidak boleh diterima.

"Lebih penting lagi, ia memberi keyakinan terhadap laporan mengenai permohonnya untuk menyertai MCA yang merupakan pelanggaran asas disiplin parti dan kompromi terhadap integriti pemimpin parti.

"Atas premis itu, Leong tidak memberikan pilihan kepada jawatankuasa disiplin kecuali membatalkan keanggotaannya serta-merta," katanya.

Sementara itu dalam komen segeranya Leong berkata dia belum dimaklumkan mengenai pemecatan tersebut.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Leong berkata buat masa ini masih terlalu awal untuk dia memberikan kenyataan dan hanya akan berbuat demikian selepas menerima surat pemakluman daripada DAP.

"Saya belum dimaklumkan. Kamu diberitahu (mengenai pemecatan berkenaan) lebih awal berbanding saya," katanya.

https://www.malaysiakini.com/news/559445

Tiada ulasan:

Catat Komen

Shazni dilantik ketua pemuda PH, namun ditentang dalam AMK

 Ketua Pemuda Amanah Shazni Munir Mohd Ithnin dilantik sebagai Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) yang baru. Namun pelantikan itu, yang diput...