Khamis, 14 Januari 2021

Ku Li positif Covid-19

 Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah disahkan positif Covid-19 dan kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital di ibu negara, menurut sumber yang rapat dengan pemimpin Umno itu.

Sumber itu berkata, pengerusi jemaah penasihat Umno itu berada dalam keadaan sihat dan stabil tanpa mengalami sebarang komplikasi.


Foto- FMT

“Beliau nampaknya sihat dan sedang berehat. Beliau diketahui umum sebagai amat sihat bagi seseorang yang sudah berusia,” kata sumber itu kepada FMT.

Difahamkan, beliau adalah kontak rapat kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim dan ADUN Neggiri, Ab Aziz Yusoff serta Ketua Pemuda Umno Gua Musang, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang disahkan positif virus itu.

Sebelum ini, pegawai Tengku Razaleigh, Lokman Abdul Ghani juga disahkan positif Covid-19 dan menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/01/14/ku-li-positif-covid-19/

Tiada ulasan:

Catat Komen

Terbaru! DAP namakan Adly calon Ketua Menteri Melaka

 Nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil, Adly Zahari diumumkan akan kembali menjawat jawatan Ketua Menteri Melaka seandainya Pak...