Rabu, 13 Januari 2021

Loke nafi jumpa pemimpin Umno bincang kerjasama dengan DAP

 PETALING JAYA: Setiausaha Organisasi DAP, Loke Siew Fook menolak dakwaan Annuar Musa yang beliau pernah menemui beberapa pemimpin Umno untuk membincangkan kerjasama kedua-dua parti bagi menubuhkan kerajaan baru.

“Saya tak pernah jumpa dengan mana-mana pemimpin Umno untuk bincang kerjasama Umno-DAP,” katanya selepas menghadiri mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Ibu Pejabat PKR.



Ditanya jika Annuar cuba menipu, Loke enggan mengulas lanjut.

Semalam, Annuar yang juga bekas setiausaha agung Barisan Nasional mengulangi dakwaannya beberapa pemimpin Umno, termasuk ahli Majlis Kerja Tertinggi, menemui Loke.

Bagaimanapun, beliau tidak menamakan pemimpin terbabit.

“Memadai saya menyatakan saya mendapat maklumat sahih…bahawasanya di luar keputusan parti, ada pimpinan tertinggi parti yang terlibat dalam pertemuan dengan Anthony Loke dari DAP,” kata Annuar.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/01/12/loke-nafi-jumpa-pemimpin-umno-bincang-kerjasama-dengan-dap/

Tiada ulasan:

Catat Komen

Shahril Hamdan tegur Bersatu, usahlah pusing cerita dakwa Umno pula yang cetus masalah

 PETALING JAYA: Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan meminta Bersatu tidak menuduh Umno mencetuskan masalah, sebaliknya beliau mempersoalka...