Isnin, 18 Januari 2021

Parlimen perlu bersidang untuk proses semak dan imbang – Salahuddin

 KUALA LUMPUR – Parlimen perlu bersidang semula bagi memastikan proses semak imbang berlaku dengan adil, kata Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Tegas Timbalan Presiden Parti Amanah Negara itu, kerajaan tidak wajar menggantung Parlimen hanya kerana mengisytiharkan darurat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 bermula Rabu lalu.

“Saya gesa kerajaan agar membenarkan Parlimen bersidang semula bagi memastikan berlaku proses semak dan imbang.



“Proses perundangan Dewan Rakyat tidak harus digantung memandangkan rakyat menghadapi pelbagai masalah kesan dari pandemik Covid-19.

“Tolong bersidang semula. Ahli Parlimen tidak boleh membincangkan kepentingan rakyat di kedai mamak. Rakyat sedang meminta bantuan sekarang,” katanya menerusi ciapan Twitternya semalam.

Sebelum ini, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dilaporkan berkata, kedudukan dan tanggungjawab semua Ahli Parlimen sebagai wakil rakyat tetap sama seperti sedia kala dan berterusan kerana persidangan Parlimen sekadar digantung.

Jelasnya, semua aktiviti kaukus atau kumpulan rentas parti Parlimen dan Jawatankuasa Pilihan Khas yang ditubuhkan masih boleh diteruskan.

Bagaimanapun, Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) berpendapat tindakan menggantung Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) ketika pihak eksekutif serta kehakiman masih boleh berfungsi seperti sedia kala menjejaskan proses semak imbang, merencat demokrasi negara dan menafikan suara rakyat.

https://malaysiagazette.com/2021/01/18/parlimen-perlu-bersidang-untuk-proses-semak-dan-imbang-salahuddin/

Tiada ulasan:

Catat Komen

Berdentum!! Musa Hitam bongkar yang Anwar Ibrahim sepatutnya sudah jadi Perdana Menteri...

 Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam berpendapat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya sudah menjadi Perdana Men...