Jumaat, 1 Januari 2021

Penafian Zeti mengenai dana 1MDB ‘tak boleh dipercayai’, kata Najib

 Bekas perdana menteri, Najib Razak terus mencabar Zeti Akhtar Aziz menjelaskan sama ada ahli keluarganya pernah menerima dana daripada ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho yang didakwa mendalangi skandal 1MDB.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, penafian bekas gabenor Bank Negara itu yang beliau dan keluarganya tidak menerima sebarang dana 1MDB “tidak boleh dipercayai”.




“Apa yang dia (Zeti) tak nyatakan adalah sama ada akuan berkanun (SD) yang kami sahkan dengan peguam mereka adalah palsu dan sama ada keluarganya pernah diambil tindakan jenayah oleh Singapura berhubung dana yang berasal dari 1MDB?” soal Najib.

Beliau berkata, Zeti harus mengesah atau menafikan sama ada Cutting Edge Industries adalah milik ahli keluarganya.

Najib merujuk SD yang ditandatangani suami Zeti dan dua anaknya, di mana mereka mengesahkan tahu wang 1MDB dimasukkan ke akaun bank mereka di Singapura.

Wang itu dimasukkan ke akaun Cutting Edge Industries dan mereka bertiga mengakui ialah pemilik akaun itu, menurut SD berkenaan.

SD itu, yang dilihat FMT, adalah dokumen tulen, menurut peguam yang menandatangani dokumen itu.

Terdahulu, Zeti dalam kenyataan ringkas menafikan dakwaan ahli keluarga dan dirinya menerima dana daripada 1MDB.

“Dakwaan terhadap saya dan keluarga saya palsu serta berniat jahat sama sekali,” katanya.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/12/31/penafian-zeti-mengenai-dana-1mdb-tak-boleh-dipercayai-kata-najib/

Tiada ulasan:

Catat Komen

'Malas layan, PRU14 pun ahli MIC tak sokong PAS, mereka undi PH'

 Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, dia enggan melayan kenyataan pemimpin MIC termasuk amaran parti itu yang tidak akan me...